Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email: shaidahshafie@gmail.com
Friday, 21 February 2025
Beli je kat Jaya Grocer..
Beberapa hari lalu, sempat memenuhi jemputan Jaya Grocer Sunway sempena pelancaran empat label makanan yg cukup disukai ramai iaitu K Fry, Village Park, KGB dan Inside Scoop. Sebelum ini kalau nak beli produk FnB ini, kita pesan melalui Grab je kan tapi dengan adanya kolaborasi Jaya Grocer dengan empat jenama ini, siapa-siapa pun boleh terus beli di pasar raya besar itu.
Kalau biasa pi makan nasi lemak kat Village Park, ini sambal nasi lemak yang ditawarkan. Ada dua tahap kepedasan, kurang pedas dan pedas sangat, pilih je mana nak. Saya pilih yag biasa je.
Ini pula ayam goreng tanpa tulang K Fry, sedap! Saya dah cuba..pendek kata uols akan rambang mata kalau pergi Jaya Grocer sebab dia macam you name it you got it!
Bukti saya ada kat Jaya Grocer haha..ye lah shopping ni satu proses healing yg menyeronokkan. Cuba browse kat lorong antara rak barang tu, boleh juling kan sebab semua benda nak beli..
Ini barisan vendor yg mana produk mereka ada dijual di Jaya Grocer, so lepas ni boleh beli terus dari Jaya Grocer.
(Dari kiri) Shahirah Razid, Pengurus Pemasaran K Fry Urban Korean, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah, Pengasas Village Park bersama isterinya Datin Seri Aishah Chong,Adelene Foo, Pengerusi Jaya Grocer, Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Joseph Teoh, Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi, Steven Goh, Pengasas Killer Gourmet Burgers (KGB) dan Lim Shiew Li, Pengasas Inside Scoop bergambar bersama Produk Grab Signatures Jaya Grocer.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Beli je kat Jaya Grocer..
Beberapa hari lalu, sempat memenuhi jemputan Jaya Grocer Sunway sempena pelancaran empat label makanan yg cukup disukai ramai iaitu K Fry, V...

-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...