Sunday 1 September 2024

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni..

Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. Pagi-pagi bangun, aku dah berpakat dengan Kak Ngah (Adawiah) untuk berjalan sebab tak nak duduk saja di rumah tanpa berbuat apa-apa. kak Ngah pun setuju, jadi selepas sarapan serba ringkas kami berjalan ke stesen keretapi Brockley untuk ke Westfield. 

Di Westfield ada satu mall yg besar dan macam-macam ada. Paling aku suka, makan di kedai kepunyaan orang Malaysia dan ada mi itik yg sedap. Kak Ngah juga memilih menu yg dia suka. Maka kami duduk dan makan sambil bermalas-malas kerana hari itu adalah hari cuti dan kami memang ingin menikmati cuti sepenuhnya tanpa ada rasa bersalah.

"Kak, lepas ni kita nak pi mana?" Tanya Kak Ngah kat aku sambil laju menyuap kue tiau goreng ke mulutnya. Nampak berasap panas, tapi aku rasa taklah panas sehingga membakar bibir Kak Ngah. Kebetulan cuaca masih dalam musim sejuk, jadi makanan pun cepat sejuk walaupun nampak berasap.

"Kita chill sampai petang nak, kalau lapar..kita makan," aku kata pada Kak Ngah. 

Akhirnya kami pusing mall sampai petang dan bila balik rumah, tuan rumah bising sebab katanya kami sepatutnya tidak ke mana-mana, ada satu bekas sate kena cucuk..hahaha kami buat-buat muka bersalah dan sate itu telah settle pun dicucuk sebenarnya.

So itulah cerita raya aku dengan Kak Ngah pada 2014!

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...