Cerita pasal makan tak pernah habis. Kalau travel ke luar negara dulu pun, pasar atau market adalah lokasi yang wajib saya lawati. Semasa bekerja di Brockley dulu, saya akan ke Lewisham dan membeli ayam daripada penjual Pakistan. Lantaran kerap membeli di kedai sama, petugas kedai berkenaan pun dah kenal muka saya, sehingga ada satu ketika dia menjual seekor ayam dengan harga yg sangat murah berbanding biasa. Saya tanya kenapa harga ayam kali ni agak murah, dia jawab..sebab saya sentiasa beli ayam di kedainya dan dia tahu saya muslim. Saya balas kembali dengan senyum dan dia pun senyum.
Minggu lepas saya ke Kuantan, ada sedikit family matters nak diselesaikan. Jadi saya ambil peluang jumpa keluarga angkat juga. 1st day di Kuantan, Kak Som dan Abg Din ajak breakfast di Broti's.
|
Broti's ni sangat luas dan bersih kedainya, ada banyak menu pilihan. Kami pilih untuk makan nasi lemak klasik dan satu menu sarapan Barat. |
|
Nasi lemak Broti's, sambalnya memenuhi kriteria dan akan repeat makan jika saya ke Kuantan lain kali. |
|
Sarapan roti bakar dan telur mata, ada bake bean and sausage. Kami makan bertiga..kenyang sungguh. |
|
Kak Som dan Abg DiNasour merangkap tuan rumah belanja saya sarapan di Broti's. |
Esoknya saya ke Jaman Tory Semambu pula dengan Zie untuk lunch. Kami pesan menu viral iaitu Patin Tempoyak Sg Pahang dan Tilapia Berlado. kedua-dua menu ini pun sedap. Saya kata sedap sebab tiada bau hanyir dan tilapia tu digoreng dengan sempurna. Pendek kata lepas makan terus rasa mengantuk sebab kenyang dan puas hati..
|
Lunch dengan Zie.. |
Woaahhh drooling sesungguhnya tengok food semua ni
ReplyDeleteKannn..toast bread dengan boil egg tu sangatttlahhh sedap hihi..
ReplyDelete