Monday, 9 December 2019

Zon selesa...

Dalam tempoh tidak sampai seminggu, saya akan tahu apa nasib saya di tempat kerja ini, nasib duniawi, nasib yang berpaksi pada percaturan manusia, namu saya tahu nasib untung saya sebenarnya sudah ditentukan Pencipta.

Ramai juga yang sedang berkeluh kesah kerana memikirkan adakah nama mereka termasuk dalam senarai yang akan diberhentikan kerja kerana syarikat tidak mampu membayar gaji ramai staff, jadi sebahagiannya akan diberhentikan dengan sedikit token. Dan saya yang masih sangat baru di syarikat ini, tak tahulah bagaimana.

Sebenarnya bukan pasal nasib yang saya hendak bebelkan di entry ini. Saya ingin bercakap kepada diri sendiri mengenai memasuki zon yang berbeza dalam hidup sebenarnya. Saya sudah pernah berada dalam zon selesa, selama hampir 18 tahun menduduki zon berkenaan, datang kerja seperti biasa, hujung bulan gaji masuk. Tapi selepas itu saya berasa bosan dan penat dengan rutin saya, seolah-olah tiada cabaran lantas saya mengambil keputusan berhenti kerja dan memperuntukkan sejumlah masa untuk diri sendiri. Situasi ini berlaku pada penghujung Ogos 2013, empat bulan selepas PRU 13. Ia seolah-olah saya membebaskan diri sediri daripada satu tugas dan beban yang sudah lama saya pikul. Simbolik hidup mungkin. Selepas itu, daripada September hingga Oktober, saya tidur baring di rumah. Kalau Mak ada, saya boleh menyantuninya dengan banyak masa, tapi dia lebih dulu pergi, sejak pertengahan 2011.

Jadilah saya penganggur dengan pilihan sendiri, setiap hari saya berkemas, lap sana dan sini. Masuk bulan November saya bekerja sambilan di studio kraf seorang sahabat, bakar kek jika ada permintaan dan saya buat apa sahaja yang menggembirakan saya. Pada masa sama, saya menjadi sahabat yang mendengar keluhan raman rakan lain juga, meminjamkan telinga dan masa saya untuk mereka yang ingin mengadu rasa.

Sedar tak sedar, saya sudah terbiasa dengan zon yang tidak begitu selesa ini dan kini sekali lagi saya akan memasuki zon yang sama, menghadapi situasi berhenti kerja. Meskipun senarai yang akan diberhentikan belum keluar, saya berjaga-jaga dan berada dalam mood standby!

No comments:

Post a Comment

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...