Travel brings power and love back into your
life - Rumi
Through patience, great
things are accomplished. – Imam Ali.
The best remedy for those who are afraid, lonely or unhappy is to go
outside, somewhere where they can be quiet, alone with the heavens, nature and
God. Because only then does one feel that all is as it should be and that God
wishes to see people happy, amidst the simple beauty of nature.- Anne Frank
Meskipun bekerja dalam bidang kewartawan, ia
tidak mengehadkan saya kepada jurusan lapur dan tulis berita semata-mata. Kata orang, biar kita multitasking, walaupun tidak pakar dalam sesuatu bidang tapi sekurang-kurang ada kemahiran dan berupaya melakukannya apabila disuruh atau ditanya. Teringat pula kepada ayat ini, Jack of
all trade but masters of none maka
saya pun ‘terjun’ ke sana ke mari buat apa yang saya suka. Ikutkan hati, banyak disiplin yang ingin saya lakukan, antaranya menyelam skuba, belajar membuat seramik dan menjadi pereka fesyen, namun kudrat yang ada tidak membenarkan saya melakukan semua yang saya mahu kecuali yang benar-benar perlu sahaja dapat dilaksanakan, seperti menjadi wartawan yang sudah saya lakukan sejak 20 tahun lalu.
Terkini, menjadi bidang terjun dalam disiplin geologi.
Ia ada kena mengena dengan travel saya ke Turki kerana ketika di sana, saya
banyak melawat tapak geologi bersama Dr Ros yang mengajar subjek ini di Jabatan Geologi, UM.
Batu daripada perspektif saya adalah berbeza
dengan batu daripada sudut pandang Dr
Ros. Oleh sebab dia adalah ahli geologi, maka dia melihat batu gunung berapi, letusan,
hakisan dan luluhawa yang ada kaitan secara langsung membentuk batu itu tapi saya melihat batu
berkenaan adalah satu tanda bahawa Pencipta kita Maha Berkuasa untuk melakukan
apa sahaja yang sesuai dengan fitrah insan. Daripada letusan 82 gunung berapi di
Kula yang berlaku beribu tahun lampau,
kini letusan berkenaan menjadi satu bentuk taman batu batan yang sangat unik,
dengan kawasan seluas saujana mata memandang dipenuhi tompokan batu pelbagai
bentuk dan saiz berwarna hitam.
Kepakaran manusia masa kini (yang juga
kurniaan Allah) maka dibuatnya jambatan dan laluan untuk merentas lautan batu
batan berwarna hitam itu dan wujudlah sebuah geosite dinamakan Kula
Geopark. Kula bermaksud coklat (merujuk kepada warna tanah akibat letusan
gunung berapi yang berlaku dulu). Secara umumnya Kula Geopark adalah satu kawasan yang maha luas yang mempunyai pelbagai bentuk kejadian alam akibat kegiatan letusan gunung berapi lampau. Ada hamparan batu batan, ada kolam air panas yang terbit dari mata air di dalam bumi, ada gunung dengan bentuk hakisan yang mengkagumkan dan ada bukit yang merupakan bekas gunung berapi yang pernah memuntahkan lahar panas pada satu ketika dulu. Semua elemen ini dinamakan geosite dan tertakluk di bawah Kula Geopark.
Kenapa saya tertarik dengan batu batan daripada letusan gunung berapi? Kerana suatu ketika dulu, ketika berada di sekolah rendah (lebih 40 tahun lalu) saya pernah melihat satu rencana mengenai lava muntahan gunung berapi di Jawa yang memusnahkan kampung dan mengorbankan berpuluh nyawa akibat letusan secara tiba-tiba. Sejak itu saya sentiasa teringat akan haba panas lava dan betapa azabnya apabila tercampak ke dalam lava yang panas.
Mungkin juga terpengaruh dengan cerita ustazah di sekolah dengan cerita gambaran neraka, senario berkenaan kekal dalam fikiran saya sehinggalah saya faham mengenai proses letusan lava daripada mana-mana gunung berapi di dunia ini. Walaupun tidak mempelajari Geologi sebagai bidang disiplin di universiti, saya terdedah dengan subjek Geologi kerana sering mengikuti Dr Ros ke tapak geologi antaranya Kota Tampan dan beberapa lagi sejak 1996. Lama kelamaan minat bercambah sedikit demi sedikit terhadap bidang geologi walaupun saya jauh daripada memahami, sekadar tahu, pun sudah memadai bagi saya.
Kenapa saya tertarik dengan batu batan daripada letusan gunung berapi? Kerana suatu ketika dulu, ketika berada di sekolah rendah (lebih 40 tahun lalu) saya pernah melihat satu rencana mengenai lava muntahan gunung berapi di Jawa yang memusnahkan kampung dan mengorbankan berpuluh nyawa akibat letusan secara tiba-tiba. Sejak itu saya sentiasa teringat akan haba panas lava dan betapa azabnya apabila tercampak ke dalam lava yang panas.
Mungkin juga terpengaruh dengan cerita ustazah di sekolah dengan cerita gambaran neraka, senario berkenaan kekal dalam fikiran saya sehinggalah saya faham mengenai proses letusan lava daripada mana-mana gunung berapi di dunia ini. Walaupun tidak mempelajari Geologi sebagai bidang disiplin di universiti, saya terdedah dengan subjek Geologi kerana sering mengikuti Dr Ros ke tapak geologi antaranya Kota Tampan dan beberapa lagi sejak 1996. Lama kelamaan minat bercambah sedikit demi sedikit terhadap bidang geologi walaupun saya jauh daripada memahami, sekadar tahu, pun sudah memadai bagi saya.
Sedikit mengenai Kula Geopark, saya petik keterangan daripada laman sesawang Unesco
mengenai Kula: Kula Volcanic UNESCO Global Geopark terletak di Wilayah Aegean
Turki, di Anatolia Barat di Wilayah Manisa. Kawasan ini bermula dari 200 m bermula di
Bandar Salihli dan naik sehingga ketinggian 600 m di Bandar Kula. Beriklim Mesothermal
dengan musim panas yang panas, kering dan sejuk, musim hujan yang hujan dan ada
salji tapi jarang berlaku.
Kula Volcanoes UNESCO Global Geopark mempunyai
bentuk geologi yang kompleks kerana rejim tektonik yang aktif di wilayahi
Aegean suatu ketika dulu, yang merupakan salah satu daerah yang paling aktif
dan cepat berubah bentuk di dunia yang dikuasai oleh plat konvergensi, proses
geodinamik yang berkaitan dengan perlanggaran subduksi. Ia juga terletak di
bawah tanah metamorphis Menderes massif dan unit mélange ophiolitik dari Zon
Izmir-Ankara. (Saya tidak memahami seratus peratus, namun boleh memahami secara ringkas kerana saya sudah mengunjungi beberapa geosite yang tertakluk dalam geopark di Kula).
Ia mewakili 200 juta
tahun sejarah bumi dari metamofik Palaeozoik kepada volkanisme Holocene. Kula
adalah rantau vulkanik termuda di Turki. Gunung berapi Quaternary di kawasan
terbentuk dalam tiga fasa letusan (1.1 juta tahun hingga 300.000 dan 15.000
tahun yang lalu). Struktur gunung berapi yang unik di kawasan Geopark Global
UNESCO ini terkenal sejak zaman antik di mana ahli geografi Yunani kuno Strabo
(63 BC-24 AD) dalam bukunya berjudul 'Geographica' menamakan Kula
sebagai 'KATAKEKAUMENE' (kelahiran api) merujuk kepada lava arang
batu hitam. (http://www.unesco.org)
Kolam air panas.. |
Kula Fairy Chimneys |
Kula Volcano |
Saya dan Dr Ros di Fairy Chimneys... |
Hot Spring |
Jadi cuba anda
bayangkan bagaimana rasanya jika berada di padang batu batan gunung berapi
dengan lava cair mengalir dan mendidih? Tapi jangan risau, senario itu adalah
ketika volcano masih aktif, kini semuanya sudah mati. Jadi yang ada hanyalah
batu batan keras dan sejuk.
Indah! Indah dan unik
sebenarnya. Bagi saya, tidak terjangkau akal saya memikirkan bagaimana proses
itu berlaku dan kini kita menikmati hasil rupa bentuk mukabumi yang sangat unik
dan memberi manfaat kepada manusia sekarang untuk mengkaji serta menilai usia
bumi mahupun situasi sesuatu tempat. Menakjubkan bukan?
Begitu juga dengan Kula
Fairy Chimneys yang asalnya adalah sebuah sungai besar yang turut menerima
percikan lava gunung berapi diikuti proses luluhawa yang panjang, lama-kelamaan berlakulah bentuk sedemikian yang dinamakan chimney. Ada pelbagai bentuk dan
saiz. Ia berlaku disebabkan aktiviti letusan gunung berapi yang termasuk ke
dalam sungai dan terluluhawa secara berterusan, maka terhasil chimney yang unik.
Begitu juga dengan Sandal Crater yang menyediakan satu pemandangan luar biasa dengan ketinggian lebih 100 m tinggi, saya berupaya mendaki hingga ke puncak walaupun terpaksa berhenti banyak kali akibat semput. Percaya tak? Udara bersih yang saya sedut di puncak Sandal Crater itu membuatkan paru-paru saya berasa lapang dan tidak sendat walaupun malam sebelumnya ada sedikit wheezing akibat asthma. Jejantas panjang yang dibina daripada kayu pine menyediakan scenic view yang sangat mengagumkan, dengan pokok pine hijau berderet sepanjang jejantas berlatarkan biru langit dan warna tanah. Dan udara adalah 100 peratus bersih! Betapa nikmatnya hidup dengan suasana begini...
Wooden trail untuk naik ke puncak Sandal Crater. Sambil menapak naik, bayu sejuk menampar pipi dan mencuri menyelinap ke dalam jaket. Sejuk dan nyaman... |
Beralih pula ke satu lagi geosite, iaitu hotspring yang menjadi punca air yang
diproses menjadi air minuman, ia terletak di kawasan tanah tinggi dan jauh dari
kawasan kependudukan atau perumahan. Suhu sejuk menjadikan pokok dan tumbuhan
sekitarnya diselaputi ais nipis, namun air yang mengalir di sebelah tetap panas..betapa
kerdilnya saya untuk menilai kejadian ais di sebelah aliran air panas.
Pertembungan kedua-dua elemen ini menjadikan geosite hotspring di Kula Geopark semakin unik dan tersendiri,
jauh daripada gangguan dan kekacauan manusia. Ia kekal menyendiri meneruskan legasi
alam yang sangat misteri namun memberi impak besar kepada manusia yang faham dan
sedar akan kekuasaan Pencipta seluruh alam.
Jika ada peluang, saya ingin jejakkan kaki lagi ke daerah terasing ini lantaran Ali juga sudah menegaskan kami adalah saudara dan bukannya orang asing, justeru beliau mengalu-alukan bila-bila masa sahaja jika kami ingin mengunjunginya yang menetap di Kula dan pernah bekerja di Cappadoccia sebelum ini. Suami kepada Narges dan bapa kepada tiga anak ini begitu setia dan sayang akan keluarganya. Sebagaimana dia mengambil endah akan Kula Geopark yang dikendalikannya, begitu juga dia mengambil berat terhadap keluarga kecilnya dengan meminta kami membuat ucapan kepada Narges dengan mengatakan "Hi Narges, Ali really loves you..." Lelaki ini melahirkan kasih sayang dengan cara tersendiri.
Berlatar belakangkan dataran bukit batu yang berlaku akibat luahan gunung berapi... |
Pokok menjalar yang diselaputi ais nipis.. |
Matahari memancar terik mencuri masuk melalui celah dedaun pine namun cuaca sangat sejuk sebenarnya..dan saya berpeluh ketika menapak naik ke trail Sandal Crater.. |
saya suka saya suka saya suka walaupun dulu dpt D- utk geologi.
ReplyDeleteTQ kay, akak lagiiii suka dapat pergi sini:)
DeleteBlog Rafly
ReplyDeleteRafly Iska
Say No To Hoax (ID)
Serius seronok trip ni.. I like 1000x... Nature baby..
ReplyDelete