GINCU & GOL?
Bukan, ini bukan cerita gincu dan gol lakonan Sazzy Falaq dan Fazura suatu
ketika dulu. Ini Pasal gincu yang saya suka, gincu yang sesuai dengan kulit
atau bibir. Mempunyai bibir macam Anita Sarawak adalah satu keistimewaan dan
ada bibir kecil mungil macam Neelofa pun satu keistimewaan juga.
Antara kosmetik yang saya ada, diberi dan disuruh cuba..mana yang saya suka warnanya akan kekal lama dalam pouch ajaib saya. Mana yang saya tak berapa minat akan beralih kepada tuannya yang baru... |
Dia tanya saya jika diberi peluang, apa yang
saya ingin ubah pada wajah. Saya kata, saya mahu kecilkan bentuk bibir kerana
dengan bibir yang saya ada kini, gincu saya cepat habis dan saya pula jenis
yang suka mengenakan gincu pada bibir untuk elak kulit kering.
Merak dan Saadong yang diberi kepada saya dan kedua-duanya saya suka. |
Dia kata jangan, kerana dia suka bibir macam saya, ala-ala Anita Sarawak manakala saya pula suka
bibir macam dia, kecil mungil. Betapa saya adalah manusia yang tak pernah puas
dengan nikmat Tuhan pada masa itu. Dah elok-elok ada bibir cantik, nak kecilkan
pula. Haishh! Tapi sekarang saya sedar dan gembira dengan apa yang saya ada
kerana tak perlu suntik botox dan tak perlu buat pembedahan plastik untuk dapat bibir sempurna.
Biarlah orang
nak cakap apa, saya tak peduli. Biarlah orang nak simbolkan bibir itu dengan
apa, pun saya tak peduli. Yang saya tahu (dan sangat bersyukur) bibir saya
sempurna dan sentiasa dioles dengan gincu berkualiti dan berjenama. Bukan saya
beli, tapi saya diberi percuma, disuruh review dan nyatakan pendapat saya
mengenai produk berkenaan. Ini nikmat kerja macam saya. Try new product and write your
opinion about it. Mudah bukan? Tapi tidak mudah sebenarnya, bukan sekadar
menulis, perlu ada knowledge sebenarnya untuk buat review barangan kecantikan
ini.
Kebetulannya,
kebelakangan ini banyak produk gincu baru ada di pasaran. Saya dah lama dengar
mengenai gincu jenama So.Lek. Dan dah baca banyak review juga mengenainya, cuma
tak berpeluang nak cuba, belum ada peluang membelinya. Ada juga saya beli/dapat
gincu jenama lain seperti Dyan dan Madu Kosmetik.
Nak jadi cerita,
ada satu pagi tu saya masuk office, ada satu gincu atas meja saya. Jenama
So.Lek. Apa lagi, saya cuba terus kat bibir. Ahh hasilnya memang
menggembirakan. Ia meluncur lembut pada bibir dan tidak kering, jadi bibir
tidak menggelupas. Warnya pun sesuai dengan rona kulit saya. Meneliti bahan
yang digunakan untuk pembuatan gincu berkenaan, ada Copernicia Cerifera
(Carnaubo) Wax, Hydrogenated Polysobutene, Petrolatum, Cyclohexsiloxane, Silica, Titanium Dioxide, Tocopheryl Acetate, Collagen, Flavor , BHT, CI 77491, CI 42090 dan
CI 77891. Ini semua adalah bahan-bahan asas dalam pembuatan kosmetik. Anda
boleh buat carian di internet atau Google. Saya bukan saintis, jadi saya buat
carian dan baca mengenai bahan yang digunakan. Setakat yang saya faham,
bahan-bahan ini adalah bahan asas untuk kosmetik dan digunakan dalam hampir kebanyakan
pembuatan kosmetik.
Dan berdasarkan
pengamatan saya juga, gincu So.Lek ini adalah water base dan mudah dibersihkan.
Dengan tekstur lembut dan halus, ia tidak mendatangkan banyak masalah pada
bibir saya. Tak tahulah pula dengan bibir dengan orang lain. Ia sesuai dan
serasi denga bibir saya, mungkin tidak
pada bibir anda.
Saya juga suka
gincu ini kerana ada elemen tempatan yang sangat kuat. Pengasannya ialah Dahlia
Nadirah, wanita Melayu berkelahiran Kelantan. Sebab itulah ada koleksi gincu
So.Lek dinamakan dengan nama Saadong. Ada juga Merak, Teja dan beberapa lagi.
So.Lek akan
terus ada dalam koleksi gincu saya. Harga pun berbaloi. Saya bernasib baik
kerana gincu kedua dari koleksi So.Lek tiba lagi ke meja saya. Jadi saya sudah
ada Merak dan Saadong. Highly recommended ya cik adik semua kalau nak cari
gindu, go for So.Lek!
ni lipstik ala-ala lipgloss tu... cantek...
ReplyDeleteyes dear Rapunzel. akak suka sangat kaler dia
DeleteKalau aku pakai gak, ok tak? Sesuai dengan kebaya ahkak...
ReplyDeleteahahahaha ko memang, nanti mama kau tak kasi masuk rumah laa weiii
Deletemenariknye...boleh la rietta cuba....
ReplyDeleteyes rieta, highly recomended
DeleteHi Sha,
ReplyDeleteNeed your advice on some writing project. Can u wassap me or telegram. I have lost my phone and your number Tq Sha
tak pernah dengar dan nampak brand ni
ReplyDeletesaya pun jenis bibir sensitif
silap calit, boleh terkopek bibir