Kalau tanya lagi, tau makan atau tau buat..hellooooo jawapannya ialah kedua-duanya. Saya tahu makan dan tahu buat juga, sebab kalau makan, saya suka makan lebih dari dua atau tiga jadi jalan selamat ialah belajar buat dan bila saya pandai buat, saya boleh makan banyak.
Hmm..kenyataannya makan kuih lama-lama ini ada nikmat yang tersendiri. Ada kisah dan falsafah di sebalik kuih yang dibuat (walaupun bukan semua) kenapa begitu, kenapa begini..yang penting aku suka yang klasik. Macam mana dengan orang? Ya, aku suka yang lama dan klasik juga..kenapa?
Bab 3
Meneguk air di bibir gelas
serasa terbayang di leher nan mulus
menunggu kasih tidak berbalas
serasa walang hati yang kudus
"Jadi Sophia suka yang lama-lama? Begitu?"
"A ah..semua yang lama-lama.."
"Apa antaranya?"
"Kuih putu kacang hijau. Saya cuma makan yang dibeli dari Kuala Kansar saja,."
"Kenapa nak kena makan yang Kuala Kangsar? Putu kacang lain tak boleh makan ke?"
"Yang Kuala Kangsar punya sedap. Ada kelainan. Serbuknya kering, berderai di dalam mulut, lambat berkulat. Kacang hijaunya terasa, kena dengan lemak dan manisnya.."
"Ohh sampai begitu sekali?"
"Ya lah..alang-alang makan, biar terasa dan terkenang-kenang. Kalau nak tahu, gula tu dimasak, jadi cair, kemudian kering kembali seperti asal dan digesek pada tepi periuk sampai jadi debu, halus. Kemudian dicampur dengan serbuk kacang hijau yang ditumbuk dengan lesung, goreng kering, ayak halus dan hanya direnjis dengan air. dikepal dan dimasukkan dalam sarang kayu.."
"Wahh wahh hebatnya Sophia tahu ini semua.."
"Tak pernah buat tapi pernah tengok orang buat.."
"Kenapa rumit sangat ya nak buatnya..?"
"Nak hasil sedap, kenalah bertungkus lumus. Tak ada jalan mudah kalau mahu hasil baik.."
"Nak hasil sedap, kenalah bertungkus lumus. Tak ada jalan mudah kalau mahu hasil baik.."
"Betul juga tu.."
"Mudah saja falsafahnya, kalau kita goreng tepung sebelum digunakan untuk buat kuih, kuih pun jadi sedap sebab tepung kering sepenuhnya, tiada kelembapan..kalau buat biskut dengan tepung yang digoreng terlebih dulu, biskut pun cantik dan rangup.."
"Ok, saya belajar banyak perkara baru dengan Masjid Biru hari ni..hehe"
"Uhh...nama saya bukan masjid Biru. Hagia Sophia!"
"Ok, saya belajar banyak perkara baru dengan Masjid Biru hari ni..hehe"
"Uhh...nama saya bukan masjid Biru. Hagia Sophia!"
"Tahu..ok pandai tak nak buat kek red velvet. macaroon, whopie pie, congo bar, brownie?"
"Tak tahu. Baru nak belajar.."
"Saya boleh ajar kalau nak.."
Belum lagi chef senior itu habis cakap, dia sudah terlebih dahulu memotong cakap dengan laju dan mata bersinar-sinar seperti kejora terang di langit timur..hati berbunga-bunga kerana ada yang sudi mengajarnya membuat kek dan biskut moden.
"Nak..eh saya nak..bila boleh mula?"
"Ehh nanti dulu..nanti jap. Tak nak tanya ke pengerasnya apa?"
"Gula? Tepung? Esen Vanilla? Ovalette? Ok saya boleh sediakan..."
"Saya tak nak pengeras yang itu.."
"habiskan nak saya bayar yuran berapa? Ke nak saya buatkan kuih? Nak saya buatkan tepung pelita?"
"Saya tak nak tepung pelita. Saya nak Sophia jadi pelita hati saya...boleh?"
"Erkk..?"
Tiba-tiba derap langkah Chef Akub mengejutkan Sophia yang sedang leka berbual dengan Zain. Wajahnya tiba-tiba menjadi merah seperti kepedasan tergigit cili padi. Ada peluh merenik keluar dari dahi dan mula membasah perlahan-lahan. Baru dia sedar mereka berbual berhampiran periuk besar yang sedang mendidih isinya. Kini hatinya juga mendidih seperti gulai kawah itu juga.
Chef Akub berhenti berdekatan mereka dan melemparkan senyum selamba.
"Yaya hari ni balik pukul berapa? Nak buat OT tak?"
Dia tergagap-gagap mahu menjawab. Zain kemudian bersuara, "Yaya jangan lupa pengerasnya yang saya bagitahu tadi kalau nak belajar buat kek..ok saya nak pergi meeting dulu.."
Zain kemudian menghilang ikut pintu besar dapur. Dia melihat lelaki itu melangkah dengan teratur. Memang langkah orang lama, kemas dan segak..
brownie pilihan saya...
ReplyDeleteFarah Wahida Wahid
DeleteSaya suka congo bar:)
tonyoh menu musim sejuk di pasir mas... waktu hujan enggan berhenti menyanyi
ReplyDeleteChekem
Deletemakan ubi kayu mengundang rasa rindu musim hujan di pasir mas..
akak suka kole kacang, buah melaka, onde2.
ReplyDeletesalam LW, lama tak masuk sini tetiba jer nak join org makan hehehe
ya, akak pun suka orang klasik hik3
Kak Q,
Deletesama la kita. yg klasik itu adalah antic, yang antic itu adalah mahal, susah nak dapat kikiki
sis,
ReplyDeletebila nak buatkan?
for my belated....
luv.. :-)
Sis
Deletemai la sg long, nanti kita buatkan..kita ada je kat rumah
muahhh xoxo!:)
Belebak. Lama tak buat. Bubuh dlm peti sejuk. Bila makan macam jelira je tekak. Ahhh..
ReplyDeleteSiti
Deletesedap kae makae belebak sejuk2..lepas tu minum air kosong..perghhh
brownies...yummy...eehhh bru pertama kali tgk kueh ubi kayu tu...cantik plak warna warni...
ReplyDeleteRietta
Deletesedap juga rasanya..cubalah buat..
i sendiri pun dah lama tak makan tonyoh tu sejak anak buah kawin penghujung tahun 2012 tu.... sooo longggg time agooo aarrrr...
ReplyDeleteeh citer tu best laaa...mcm novel..sila buat novel lengkap...i support u...
Net,
Deletemood kering, tak leh sambung citer dua tiga hari ni sbb bz biz
Saya tahu makan tahu buat tidakkkkk. Haha
ReplyDeletereen pas tu tahu apa lagi hehe
DeleteSaya sangat suka putu kacang :)
ReplyDeleteKhairul, putu kacang tu versatile kan..:)
DeleteSangatttt :)
Deletesha... kat trg ada kole kacang, putu kacang pun ada. sesekali makan dan makan sedikit boleh. byk2, su tak tahan manisnya. kuih tradisional byk yg terlebih manis, tu yg su kurang suka tu.
ReplyDeletelayannnn jer baca kisah yaya dan zain tu.. teruskan usaha gigihmu sis!
Su
DeleteSy pun makan sikit-sikit je..satu sekeping dua lepas lunch..tak pun buat ulam masa nak telan ubat sbb ubatnya pahit..jadi bila makan benda manis kurang sikit pahitnya..
Jadi LW, apa kata nanti kita masak2 ubi kukus cantik jelita masa aku datang windsor nanti?
ReplyDeleteMacam best jer.. hehe.
Nong andy
Nong
DeleteBoleh jer..kau datang dulu then kita plan yer hihi
Kalau LW tulis novel, habaq na. Akak mesti pi beli :)
ReplyDeleteInsyaAllah Kak DInas,
Deletedah siap nanti pasti saya letak sini..
kenapa saya x penah jumpa kuih ni masa kt kg ye?
ReplyDeletemgkin terkenal area kB je kot
hihi