Friday, 24 January 2014

Masih hidup...

Minggu lalu, ada sms masuk:
 
"Bila free, boleh jumpa tak? Nak bagi buku?"
"Buku apa?"
"Buku saya, ada dua biji baru siap.."
"O ok..anytime. Cakap je kat mana, nanti saya pi.."
"Isnin, jam 3 petang. Mai opis saya.."
"Ok boleh.."
 
Dan aku pun menunggu-nunggu hari yang dijanjikan, alang-alang turun KL nak jumpa pemberi buku, baik juga aku jumpa sahabat yg dah lama tak jumpa ni, Che Kem. Kalau jumpa Che Kem, aku mesti mengeteh sejam dua dengan dia, yang juga sama sealiran minat dan percakapan.
 
Lepas habis sembang, aku menghala ke opis pemberi buku dan Che Kem menuju ke Aswara kerana katanya dia ada urusan di sana. Jam 3 aku jumpa orang dimaksudkan. Dua buku bertukar tangan. Satu buku edisi mewah dan satu lagi buku nipis yang dia menang hadiah pertandingan puisi. Aku lebih-lebih lagi suka sebab dapat dua buku percuma dan sudah pastilah akan dihargai.
 
Sekitar jam 4.45 pm aku minta diri sbb nak elak sangkut..dari Jalan Tun Razak, bergerak ke Jalan Ampang dan masuk ke Jalan Cheras, lalu ikut terowong Smart yang agak panjang itu. Dalam terowong aku dah terfikir, tak boleh bawa laju sebab tak tahu apa yang ada di depan memandangkan terowong agak gelap. Sampai luar terowong, langit mendung dan ada rintik hujan..tiba-tiba aku tak tahu kuasa apa yang mendorong aku tekan minyak menyebabkan kereta bergerak dengan laju dan bila dah tersangat dekat baru nampak ada palang tol kat depan. Haruslah cermin kereta akan pecah, dan kaca berderai masuk dalam mata. Jadi tindakan segera yang aku lakukan ialah brek mengejut dan pejam mata rapat, sebab tak nak kaca yg pecah masuk dalam mata.
 
Ehh..bila buka mata, kereta betul2 ada di hadapan tiang palang dan tiada apa yang pecah, depan dan belakang tak ada kereta. Dan aku nampak palang berada di tepi, bergerak dengan sendiri kah? Dan tiada apa yang berlaku. Tiada kaca pecah, tiada kemalangan jiwa, cuma keliru. Palang tol itu lembutkah? Ada siapa ke yang tolong buka palang? Ke aku yang tak tahu palang itu dihasilkan dengan canggih untuk tidak mencederakan pemandu sekiranya dilanggar dengan laju? Sungguh aku berasa keliru..
 
Pemanduan diteruskan nak balik ke Sg Long, dan aku teringat, dua hari sebelumnya aku ada menulis di buku catatan peribadi..begini: Ya Allah, kalau nak ambil nyawa aku, ambil dengan baik supaya aku tidak menyusahkan sesiapa, tidak menyusahkan sesiapapun di dunia ini.
 
Terima kasih Allah, kerana mendengar kata hatiku.

23 comments:

  1. terkejut i tau... sib baik u okay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NP
      Alhamdulillah..seb baik panjang umur..

      Delete
    2. BETUL KATA KAK NET,MEREMANG BACA ENTRI NI TADI
      ALHAMDULILLAH SELAMAT

      KAKAK, HATI2 TAU

      Delete
  2. Amin. Saya pun selalu berdoa yang sama. Amin Ya Rabb.

    Ros-pj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros-PJ
      kan..saya doakan itu supaya saya x susahkan sesiapa pun hatta adik beradik..

      Delete
  3. Alhamdulillah selamat....take care yea...

    ReplyDelete
  4. Itu bukan mimpi.. kan?
    Tapi cara naratifnya macam mimpi je sebab banyak unsur misteri dan thrill...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      peristiwa betul la beb...aku dah terkesima amat masa tu..

      Delete
  5. LW
    apa yg difikirkan sampai nyaris terlanggar palang..take care yer

    ReplyDelete
  6. Nasib baik semua selamat. Please be careful next time yer. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul,
      Thanks..Alhamdulillah...ada lagi peluang nak jumpa Khaleef ni..:)

      Delete
  7. Assalamualaikum LW,
    Please be more careful.. jaga diri.. nnt ada org yg nangis kat sini..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah... nak doa macam tu juga.


    NA

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA
      aku selalu doa gitu..Allah Maha Mengetahui..:)

      Delete
  9. uuu phone i hanged lagi... sakittt hati..
    at this moment of time, i am so damn pissed off...

    ReplyDelete
  10. iya ker... alhamdulillah awak selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cekem Mirza
      Saya pun tak sangka akan mengalami perkara begitu..
      verangan sambil memandu haha..

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...