Friday, 25 October 2013

Pengalaman kita tidak akan sama...

Pengalaman hidup kita tak akan sama, malah tak pernah sama walaupun kita menjejaki jalan yang sama. Katalah apa sekalipun, pengalaman hidup kita berbeza. Apabila berjumpa sahabat lama, rasa seperti tak cukup tanah nak berbual. Semalam novelis tanah air, Lily Haslina Nasir datang ziarah aku di rumah. Lily tak berubah, cuma tergambar kematangan pada wajah ibu empat anak itu dan dia tetap bersemangat suruh aku membuat catatan hidup kerana dalam tempoh masa 23 tahun, katanya aku berubah 360 darjah dan apa yang aku lalui tidak akan sama dengan apa yang dia alami. Kami pernah tinggal serumah di Old Town, Petaling Jaya pada awal 90-an ketika mula-mula sampai ke KL untuk melanjutkan pelajaran di Lembah Pantai. Seorang lagi sahabat kami ialah Cikgu Rodziah Akil dari Pahang dan Rodziah ini adalah adik kepada penulis Daeng Ramli Akil. Jadi kami bertiga ke sana ke mari dan persahabatan ini tidak pernah putus walaupun masing-masing sudah ada hala tuju sendiri.
Atas kiri: Lily rembat 4 buku..mekaseh Lily
Atas kanan: Dah lah datang bawak buah, siap bagi hadiah buku novel lagi..selamat bajet buku bulan ini...:)
Bawah kiri: Aku sempat bakar roti putih untuk Lily.
Bawah kanan: Ada sup daging untuk dimakan dengan roti.
Seperti biasa, Lily sentiasa hadir dengan buah tangan. Masa belajar dulupun dia yang sentiasa belanja aku dan Rodziah kerana pada ketika itu, Tahun 1 di UM, Lily sudah ada duit poket sendiri kerana dia sudah menulis sejak usia 14 tahun. Jadi apabila kami nak makan, tapi duit tak ada, jadi Lily akan bermurah hati belanja kami. Sifat kakak-kakak sangat menebal dalam diri Lily, mungkin kerana dia anak sulung dalam keluarga Pak Nasir dan Allahyarhamah Cikgu Jamilah. Jadi sifat ambil beratnya terserlah manakala Rodziah anak bungsu dalam keluarganya dan aku anak kedua. Jadi kami ada perangai sendiri dan Lily jadi tempat rujukan kerana dia memang matang. Ketika di tahun 1 juga, Lily dah ada pakwe (kini suaminya) dan kami pun akan ikut dia dating sama kalau dia dating dengan Cik Lan. Ceitt kami konon jadi bodyguard Lily walhal tak de apa pun yg nak diguardkan ya Lily..hehe
Buah dokong dan cucur udang yang sedap buah tangan Lily. Sambil makan sambil berbual..dan banyak idea yang Lily cadangkan. In shaa Allah, akan dilaksanakan andai ada kudrat.
Seperti biasa juga, banyak benda nak dibualkan dan Lily tidak pernah kering idea, mungkin sifat baik hatinya itu membuatkan Allah bagi ganjaran ilham yang sentiasa melimpah ruah di mindanya. Daripada tugas wartawan kanan di majalah Jelita beberapa tahun lalu, Lily mengambil keputusan berundur dan menjadi penulis bebas pada awal usia 30-an dan sehingga kini dia masih menulis dengan ilham yang melimpah ruah.
 
Terima kasih Lily Haslina Nasir kerana menjadi sahabat yang sama seperti 23 tahun lalu...

29 comments:

  1. Sweetnya kisah sahabat ni kak....masih utuh lagi persahabatan akak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah
      Alhamdulillah...itulah Lily Haslina Nasir yang akak kenali..

      Delete
  2. sahabat sejati. susah nak cari mcm gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      Kan..gaduh tu memang ada tapi tu semua zaman kami muda belia masa mula-mula dok KL, sekarang semua dah ada family sendiri..anak-anak pun dah besar panjang..

      Delete
  3. macam pernah tengoklah gambar rumah kat bawah tu!

    ReplyDelete
  4. wah.. menulis seawall 14 tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      Ye lah Nong, aku pun tak caya memula tapi itulah dia Lily Haslina Nasir yang sangat gigih..

      Delete
  5. Replies
    1. blog-tips-kurus
      I.T.A.L.Y

      I
      trust
      and
      love
      you.

      France tu apa pulak dear? hihi

      Delete
  6. Assalamualaikum LW,
    A friend in need is a friend indeed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Sham
      True..dan saya beruntung ada kawan senior dan junior yang baik hati di sini..Alhamdulillah..

      Delete
  7. Replies
    1. Abang bro,
      memang sedap tapi saya tetap teringat popia kat seksyen 14 PJ tu..

      Delete
  8. Wahhhh.. persahabatan. AKu suka ini. AKu pun harap persahabatan ini masih kekal dan tak akan putus lagi. Amin. :)

    Tengok gambar roti..buat aku lapar pula memalam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple
      InshaaAllah, mudahan-mudahan kekal andai ada keikhlasan. Kalau dekat nak je aku suruh ko mai ambik roti rumah aku ni. ada lebih lagi seketul inti kelapa..

      Delete
  9. Mak aiii..cantiknya roti putih tuuuu. Saya setuju, pengalaman kita tidak sama, walaupun kita tinggal di tempat yang sama, kerja yang sama, kereta yang sama...dan walaupun makan roti putih yang sama :) Pastinya berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul
      Ya kannn...dan pengalaman itu sangat mahal. Antaranya ialah saya dan Rose tak tahu nak turun dari bas sebab ada palang. Rupa-rupanya kami kena tekan butang, baru palang tu terbuka dan kami boleh turun. Seb baik ada seorang penumpang wanita sedar kami tak tahu nak turun dari bas tu, dia tolong tekan butang sambil senyum, Buat malu je jakun kami masa tu..hehe. Atas nama pengalaman, maka ia jadi manis...

      Delete
    2. Haha..kan, pengalaman berharga tu. Kat sini pintu bas ke keretapi ke semua kena tekan butang and bukak sendiri :)

      Delete
  10. LW,

    Pengalaman setiap org pasti berbeza. Yg penting pelajaran berharga yg berjaya dikutip dari setiap perjalanan hidup itu adalah priceless dan attitude wise semakin matang.Happy weekend dear.. :)

    ~Friendship Remain And Never Can End~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear,
      ya betul tu sis, when I looked back to the path..ya tuhan berwarna warni jalan yang sudah dilalui itu..

      true: friendship remain and never can end!

      Delete
  11. Moga terus murah rezeki Lily....
    Dari muda lagi suka bersedekah...
    Novel2nya ada tak yang di adaptasi jadi drama TV? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ
      Alhamdulillah..Lily Haslina sahabat saya sejak 1991 dan silaturrahim itu sampai kini masih bertaut kemas meskipun ada kalanya bertikam lidah...dan dia masih sama..sentiasa bermurah hati dalam segala hal..setakat ni saya tak pasti, tapi rasanya ada kot..

      Delete
  12. Replies
    1. den zeedan
      thanks bro @denzeedan hihi ini macam kat IG la ni...

      Delete
  13. moga LW & rakan2 sentiasa dimurahkan rezeki, moga ukhuwah kekal abadi, walau jauh di mata tapi dekat di hati...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      in shaa Allah dear..kita doakan yang terbaik ya..

      Delete
  14. old town Pj tempat i belajar dulu...
    betul..pengalaman kita tidak akan sama....walaupun mcm sama

    ReplyDelete
  15. Nenet Penne
    Puas hati tadi kan sembang pada PJ Oldtown

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...