andainya kau tahu
sebanyak mana rindu aku
kiralah berapa banyak bintang di langit malam
**************
Skrin komputer ditatap sepi. Hanya cahaya putih memanah anak mata, berkelip-kelip..kadang-kadang cepat, kadang lambat. Bergenang..memberat dan seakan mahu menitik, cepat-cepat air mata yang tidak jadi keluar itu diseka, seakan-akan mahu menafikan rasa rindu yang kian membuak kepada Mak, kepada Chek dan kepada semua. Wangi kesidang di tepi laman..kalaulah dapat dihidu di tanah bergunung ganang ini, mahu saja dia hirup wangi itu dalam-dalam, simpan kemas di dalam lubuk hati yang paling dalam, diam di situ sehingga terjumpa pelengkap rusuk kiri yang jadi idaman sekian lama. Tapi di mana? Di mana mahu mencarinya, siapakah bakal mengisis kedudukan itu dan bila? Dia buntu, rambut paras leher diraut ke belakang. Kopiah putih yang Chek Ngah bagi tahun lalu di letak di tepi komputer. Ada juga gelas kopi dan beberapa ketul skon jagung yang sudah sejuk.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bacaan di skrin komputer diteruskan...
...Nik, mak kata balik! Dah lama sangat dia tunggu Nik. Buah sawa nila tepi rumah sudah banyak kali berbunga, mengeluarkan putik, berbuah, lebat berketul-ketul dan akhirnya Mak hanya makan sebiji saja, itupun payah dia nak habiskan. Katanya Nik suka buah itu. Begitu juga buah mata kucing di sebelah kiri pagar rumah, dan banyak kali juga berbuah, banyak plastik juga Mak sedekah pada jiran sebab katanya dia tunggu Nik balik, tapi Nik tak muncul-muncul juga.
Nik..baliklah..
Biru Langit Wanganui / Chapter 1: Menganyam rindu../ 11 Okt 2013
yeayyyy go Shasha…go Shasha…I am proud of you..keep doing what you best and passionate at, all others will follow eventually.
ReplyDeleteIt was a pleasure to be able to stroll down memory lane with you soon..Life is full of surprises, yang tak terjangka dek akal fikiran. Semoga watak Nik menjadi realiti terciptanya watak unggul disebuah novel yang diselang seli pengalaman, merantau ke pelusuk daerah asing. Menjadikan segalanya sebagai gumpalan-gumpalan perjalanan dan kenangan dilipat menjadi satu karya.
Thanks a lot Syam aka Little Syam..really appreciate your continuous support..yeah we will follow Nik in NZ and will ask him to balik KL with us..kalau dia tak mau balik kita tarik telinga dia. Mesti banyak perkara dia tak boleh lupa, naik basikal mendaki bukit, main Sudoku etc kan..it will be all in one in our journey soon...thanks dear!
DeleteTeruskan menulis... :)
ReplyDeletetengkiu Reen, I will..
Delete