Pengalaman hidup kita tak akan sama, malah tak pernah sama walaupun kita menjejaki jalan yang sama. Katalah apa sekalipun, pengalaman hidup kita berbeza. Apabila berjumpa sahabat lama, rasa seperti tak cukup tanah nak berbual. Semalam novelis tanah air, Lily Haslina Nasir datang ziarah aku di rumah. Lily tak berubah, cuma tergambar kematangan pada wajah ibu empat anak itu dan dia tetap bersemangat suruh aku membuat catatan hidup kerana dalam tempoh masa 23 tahun, katanya aku berubah 360 darjah dan apa yang aku lalui tidak akan sama dengan apa yang dia alami. Kami pernah tinggal serumah di Old Town, Petaling Jaya pada awal 90-an ketika mula-mula sampai ke KL untuk melanjutkan pelajaran di Lembah Pantai. Seorang lagi sahabat kami ialah Cikgu Rodziah Akil dari Pahang dan Rodziah ini adalah adik kepada penulis Daeng Ramli Akil. Jadi kami bertiga ke sana ke mari dan persahabatan ini tidak pernah putus walaupun masing-masing sudah ada hala tuju sendiri.
Seperti biasa, Lily sentiasa hadir dengan buah tangan. Masa belajar dulupun dia yang sentiasa belanja aku dan Rodziah kerana pada ketika itu, Tahun 1 di UM, Lily sudah ada duit poket sendiri kerana dia sudah menulis sejak usia 14 tahun. Jadi apabila kami nak makan, tapi duit tak ada, jadi Lily akan bermurah hati belanja kami. Sifat kakak-kakak sangat menebal dalam diri Lily, mungkin kerana dia anak sulung dalam keluarga Pak Nasir dan Allahyarhamah Cikgu Jamilah. Jadi sifat ambil beratnya terserlah manakala Rodziah anak bungsu dalam keluarganya dan aku anak kedua. Jadi kami ada perangai sendiri dan Lily jadi tempat rujukan kerana dia memang matang. Ketika di tahun 1 juga, Lily dah ada pakwe (kini suaminya) dan kami pun akan ikut dia dating sama kalau dia dating dengan Cik Lan. Ceitt kami konon jadi bodyguard Lily walhal tak de apa pun yg nak diguardkan ya Lily..hehe
Buah dokong dan cucur udang yang sedap buah tangan Lily. Sambil makan sambil berbual..dan banyak idea yang Lily cadangkan. In shaa Allah, akan dilaksanakan andai ada kudrat. |
Seperti biasa juga, banyak benda nak dibualkan dan Lily tidak pernah kering idea, mungkin sifat baik hatinya itu membuatkan Allah bagi ganjaran ilham yang sentiasa melimpah ruah di mindanya. Daripada tugas wartawan kanan di majalah Jelita beberapa tahun lalu, Lily mengambil keputusan berundur dan menjadi penulis bebas pada awal usia 30-an dan sehingga kini dia masih menulis dengan ilham yang melimpah ruah.
Terima kasih Lily Haslina Nasir kerana menjadi sahabat yang sama seperti 23 tahun lalu...