Wednesday 21 August 2013

Guest @ Windsor

Bulan Ramadhan lepas boleh kira dengan jari berapa kali buka puasa kat rumah. Asal nampak kita berkemas nak balik je, ada orang tanya: ko buka puasa mana? Aku jawab, ntah tak tau lagi. Kata dia pulak,.ko nak p buka puasa sini tak? Mana? Ni ha..ada invitation, aku clash..ko pi la kalu nak. Makanya aku pun terhegeh2 lah p Carcosa, lepas tu esoknya laju je p Royal Chulan, lusa pulak laju je p Heritage House dan kemudian tersentak-sentak pulak ke KL Hilton..semuanya adalah atas kapasiti jemputan dan represent bos..ok mak tak mampu ya Cik Jah nak p makan tempat lima bintang tu. Thats why i love my job...

Minggu terakhir puasa, hari Ahad hari tu, puas la terkebil-kebil nak makan apa buka puasa nanti. Tetiba tepon kaler oren tu berbunyi. Apa lagi, tegezut la kan sebab member layan berangan nak makan chicken chop...haha.
"LW, Windsor free tak?"
"A ahh free..errr nape you?"
"Kami nak sewa space, nak buka puasa satu group. Bolek tak?"
"Err boleh tapi gua tak sempat masak la sbb dah lambat cakap.."
"Tak pe, i prepare semua.U jadi host saja dan sediakan pinggan mangkuk sebab i ada beberapa tetamu.."
"Ok boleh.."

Masa tu jam 11 pagi dan aku bingkas bangun laa sebab karang ada orang nak sewa space kat Windsor nak buka puasa..ceitt lupa lak nak tanya berapa orang..sekali orang yang nak sewa space tu datang dan tau apa jadi?? Tengok je lah pic kat bawah..tak mau type bebanyak, tekak sudah mengidam lagi mau makan menu ini..huhu..
Tetamu sedang marinate ayam dan kambing untuk di grill..
Saja tala kamera ke sini sebab lada dan tomato tu nampak menggiurkan..kalau boleh nak makan gitu jer sebab lapar puasa kan..haishh!
 Bunga kantan dan serai untuk kerabu glass noodle.
  Syam dan Nana sempat posing sambil masak..
 Makan time..
 Lamb grill yang Syam buat...sangat enak..katanya masak dengan kasih sayang..
 Makaroni bakar Cik Eita, pun sedap!
 Fruit salad by Nana Ellanah..
 Kerabu su'un..sedap gila! Gila pun tak sedap macam kerabu ni..
Susun atur tak terorganise sebab makan rebut-rebut ni best..air warna hijau tu rasanya macam punch kat hotel enam bintang...sila imejin!
Lepas buka puasa bantai depa buat tart pulak. Design tart by Syam..cantik kan tart daun ni, adunan by Eita..gebu gebas sangat..sampai tak terlupakan..

Tuan rumah? Tuan rumah tak buat apa pun, tuan rumah tumpang makan menu tetamu jer..hehehe..burp!

Tuesday 20 August 2013

Brussel ke Paris...

Lama sungguh tak masuk sini, debu merata-rata, password pun hampir lupa. Ramadhan sudah berlalu, bak kata Maher Zain, Ramadhan usah pergi..ya..kalau boleh merayu begitu kepada Ramadhan, aku pun nak merayu juga kepada Ramadhan. Banyak yang disenangi ketika Ramadhan, namun banyak juga yang menyentap hati sehingga luka. Luka bukan sebab bulan yang sentiasa dinanti ini, tapu luka oleh sebab keangkuhan individu yang berasakan mereka adalah besar!
Ok, epik bajet ciput gua masih berlapuk dalam handphone. Pic pun sudah naik kelabu. Brussel sudah habis dijelajah dan dari Brussel, aku dan Ros bergerak ke Paris. Waaa nak ke Paris? Konon kota cinta kata depa ni, tapi bila sampai dan jejak jalan tar di Paris, ok Paris macam Pasir Mas...tanah tumpah kelahiran gua! Adehhh kami turun naik train nak sampai ke Paris, bila masuk ke hotel yang namanya Stanislas tu, kechewa hati mak okeh sebab kena menginap di bilik yg letaknya di aras 3 dan tak ada lif! Arghhh penat memanjat dan receptionistnya pula langsung tak nak cakap BI. Nak juga cakap bahasa Perancis.
Paris is a normal city like other city. saya tak tau kenapa people keep exagerate that Paris is city of love, lomentik city etc.. yes Paris is city that never sleep but Paris is not as good as i was inform bef. Anyway, the beauty is in the eyes of the beholder. Aku rasa Paris sebiji macam Pasir Mas. Mungkin sebab aku pi dengan Cik Rose, kalau pi dengan Christian Bale, Ken Watanabe atau Leonardo de Caprio, mungkin romantik kannn..dengkis betul aku dengan Paris. Atau mungkin juga sebab dok situ satu malam jer, tak sempat nak fefeeling over.
Jadinya, tiada peristiwa menarik berlaku. Macam biasa, kami struggle mengejar train untuk melawat tiga lokasi wajib di Paris. Museum de Louvre, Arc de Triomphe dan menara Eiffel. Bab menara ni aku rasa paling tak suka sebab ada banyak penjual cenderahati tahap berani gila sampai sanggup membontoti kami sampai ke menara semata-mata nak jual menara besi tu. Huhu serius suspen!
Dan paling sadis bila kami tak jumpa kedai kebab...kelaparan kah? Ohh tidak, sebab stok maggi berleluasa dalam beg sandang aku dan Rose.Cukup makan sehh. Jadi sampai ke bilik je kami bersihkan diri dan mula kenduri maggi dan air milo. Perghhh heaven gila rasa sebab korang bayangkan, cuaca kat luar sejuk, kami buka tingkap sket sebab alasan nak rasa cool  (cool la sangat huhhh) dan sambil tu makan maggi perasa kari..hellemekkk terus rasa macam dok di dapur windsor sambil leisure2..hmm sevenarnya sudah rindu sama gua punya dapur comel!
 Lorong belakang nak balik ke hotel gua..ehh walaupun lorong belakang, ia selamat ya..
"LW, lain kali kita datang kita dok hotel lain..hotel ni choy!"
"Cukup la dengan bajet ciput kita Cik Rose oii.."
"A ahh ye dak..eh len kali sama ada datang dengan suami, atau dengan awak, kita mesti cari hotel yang lebih selesa.."
"Baiklah...wahahaha..bla bla bla.."
Zzzzzz...kami tidur lena lepas pekena maggi kari, milo panas dan cuaca sejuk sepoi-sepoi bahasa masuk melalui tingkap bercurtain renda Perancis...ciss mewah kemainnn..curtain pun pakai renda Perancis!
  Ooopocot makkngko...kunci bilik sikitpunya beso tapi biliknya cihput..
Haaa macam bilik pengantin je langsir, renda Perancis habess..kalo dapat kat designer kita, harus jadi baju kahwin paling prestige tapi depa ni buat langsir je nak...sob sob..sedih mak tengok sebab kalau kat KL: ni sket nyer mahal fabrik ni..
 Tangga pusing, fenen kepala i tiap kali turun naik bilik...
 Lokasi wajib lawat katanyer...kalau datang Paris, wajib tau! Wajibbb! lawat tempat ni..
 Sanggup korner baring sebab nak ambik gambo makwenyer...macam-macam ada..

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...