"Ko tahu nok, dia kata dia nak aku. Gila cakap gitu kan..aku drag hari-hari lalu depan kedai apam balik dia.."
"Ya ke? Cemane dia boleh nak kat ko neh Didi?"
"Ntah..aku cakap kat dia..dikkkk jangan buat ahkak gini dik, awak tu tak cukup umur lagi."
"Perghhh...lepas tu apa dia kata?"
"Dia tunggu aku lepas habis kerja, pergi tunggu aku nak bawa balik rumah. Mati aku segan sebab ko tau la keje aku macam mana kan..dengan bos segala bagai dok tengoknya."
"Cop..lepas tu ko ikut dia balik tak?"
"Ikut, sebab aku rasa dia beria-ia..aku pun ikut je naik kapcai dia.."
"Kapcai? Ko kan pakai skirt.."
"Dia ada lori hantu yg angkut bahan cat, motor utk despatch..siang jual apam balik. Rajin nok dia keje.."
"Jap..ko bagi green light tak kat dia?"
"Aku setuju..tak lama lepas tu dia bawak aku balik jumpa mak dia, dia cakap kat mak dia depan adik beradik dia, dia nak hidup dengan aku..terkesima aku. Masa tu tak siapa berani bangkang. Lebih aku terkejut, bapaknya orang kuat surau.."
"Hmm...untung ko Didi, dia sayang ko.."
"Mula-mula hidup dengan dia aku bosan dan rasa nak lari jer sebab terpaksa berlakon jadi bini dia. Dia tahu aku bosan, dia bawa balik dua kanak-kanak. Dah aku terbeban dengan Mamat dan Nini yang umur dua dan tiga tahun tu. Nampak tak dia punya plan??"
"Hmm...then apa jadi?"
"Lama kelamaan aku jadi sayang pada dia. Bukan sayang sebab motif sex atau apa nok, more to companion of life. Ko mungkin tak faham, aku pun mula2 tak faham dan tak minta jadi begini. Sekarang Mamat dan Nini dah besar, dah tingkatan lima anak jantan aku tu. Jap lagi dia (Ajak) datang ambik aku ni, nak masak juga malam ni nak sahur," katanya senyum tulus.
Sebuah kehidupan, pada remang senja menjelang Ramadhan yang mengetuk pintu kehidupan aku. Didi (bukan nama sebenar) yang dulunya drag queen, kini adalah isteri kepada Ajak (bukan nama sebenar) yang dulunya seorang brader jual apam balik dan kini pemandu teksi di Kuala Lumpur. Sangat manis saat aku lihat Ajak sampai dengan teksi nak jemput Didi balik. Jangan tanya aku bagaimana kehidupan mereka, adakah Didi sepenuhnya wanita dan adakah Ajak berpuas hati dengan layanan isterinya itu..itu persoalan mereka dengan Tuhan. Yang aku lihat, Ramadhan..ada seribu kemungkinan untuk insan yang memahami nikmat diberikan Tuhan di muka bumi ini. Kehidupan, kemanusiaan, menghargai, menghormati dan paling utama..kita tahu takah kehidupan kita pada mata Pencipta.
Salam Ramadhan untuk semua kesayangan yang masih sudi masuk dan mengorbankan masa membaca ilham aku di sini, maaf kalau bahasa aku mencalar naluri kecilmu. Hidup ini singkat...
Nota: Emak, abah dan nenek, dua tiga hari ini saya terlupa menghantar 'hadiah,' untuk kalian. Bila keadaan mengizinkan akan saya 'pos' secepat mungkin ke alamat Tanah Perkuburan Taman Universiti dan Tanah Perkuburan Dusun Nyior.
Salam Ramadhan buat LW. Semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Nak pahala lebih sila datang frankfurt yer tahun depan :)
ReplyDeleteKhairul Abdullah
DeleteSalam ramadhan juga untuk Khairul dan wife..hehe ok kalau tabung penuh boleh g raya Frankfurt...hik!
Selamat mengerjakan ibadah puasa LW..
ReplyDeleteBlue4sky
DeleteTq Blu, utk awak dan family juga:)
Salam Ramadhan. :)
ReplyDeleteReenApple
Deletesalam ramadhan.
selamat berpuasa kakak.
ReplyDeletetasekM
Deleteselamat berpuasa tasz and family.
Kak, salam cahaya ramadhan...
ReplyDeleteNizam.Ariff
DeleteSalam cahaya bulan bintang di Ramadhan ini untuk sefamily
hai.. bye... hahaha..selamat berpuasa yang...
ReplyDeleteNenet Penne
Deleteselamat berbuka laling...:)
Selamat berpuasa!
ReplyDeleteSu
DeleteSelamat berpuasa.:)
Salam LW
ReplyDeleteAl fatehah
selamat berpuasa....
ReplyDelete..kerana hidup ini banyak rasa..kerana hidup ini perlu pengertian,jadi di dunia ini disatukan hati walaupun sukar dan dihantui rasa bersalah untuk mewujudkan mimpi yang sempurna.Setiap daripada kita memiliki motivasi mencari perhatian,pertolongan dan penyataan kasih daripada orang lain,maka ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan sesama manusia..Pada mereka yang tidak pernah memakai sepasang sepatu Violet Unggu..teruskan menasihati dan berdoa..jangan menghakimi..
ReplyDelete"siapalah kita yang bisa mencaci ciptaan Allah?Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui,Allah sebenar-benarnya lebih mengetahui.Walaupun sebanyak buih di laut,keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.."
LW..mana muffin pisang emas dibawa lari ke Kubang Pasu.. :)
~nana the lost bubbles~
Good one, LW. Siapalah kita utk menilai dan memberi hukuman, kan? Selalu mengingatkan diri sendiri, takyah lah nk judge org lain. Kita ni manusia biasa je..wallahualam
ReplyDelete