Tuesday, 18 June 2013

Kita tidak pernah mengetahui...

Kita tak pernah tahu, untung nasib kita selangkah ke depan. Apa yang kita perlu buat ialah bersedia..atau dalam erti kata lain, bertawakal dan berserah sepenuhnya kepada Pencipta kita. Kita mesti yakin sepenuhnya kerana DIA yang menguasai semesta alam..bagaimanapun, rezeki secupak tak akan jadi segantang kalau kita duduk meriba tangan dan tidak menggunakan tulang empat kerat yang DIA bagi..mahu menafikan atau tidak, sebuah buku kehidupan kita sudah siap di loh mahfuz..cuma helaiannya belum habis hingga ke muka surat akhir. Jadi selama itu jugalah kita akan terus berkelana di negara bernama alam buana.

Pagi ini, aku keluar rumah awal untuk berjumpa senior ketika belajar dulu. Dia senior setahun saja, berbangsa India dan saudara baru..Alhamdulillah..malah aku rasa dia lebih baik dari aku dalam mempraktikkan agama Allah ini. Cuma katanya dia belum bersedia untuk mendedahkan anutan barunya kepada keluarga dan kaum kerabat lain kerana bimbang jika mereka tidak dapat menerima keadaannya kini. Semoga Allah mempermudahkan urusannnya...

Dan kita tidak pernah mengetahui, keadaan diri kita selepas ini, tapi kita boleh merancang, kita boleh merencana dan kita mampu melaksanakannya..memintalah terus kepada DIA...
Nyamuk, biar aku tentukan nasib kau selepas ini boleh tak???

24 comments:

  1. Kita cuma boleh mendoakan je kak. Moga kita semua dipermudahkan dan dilindungiNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faraherda.razalan
      ya farah, itulah sebaik-baik amalan yg kita boleh lakukan..tq sis.

      Delete
  2. bukan senang family nak terima ahli keluarga bertukar agama
    dan saudara baru tu kena buktikan dia cuma tukar agama tp keluaga takkan di lupakan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      kawan akak ni dia belum beritahu familynya terutama emaknya..harap urusan dia dipermudahkan Allah..

      Delete
  3. Life Has X Warranty... and we will never know...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah Waheda Wahid
      yes dear, true. that's y we need to tawakal dan ikhtiar and definitely bermohon kepada Allah jua..

      Delete
  4. jangan ditanya...
    nanti kalau nyamuk tu jawab, lain pula kesudahannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      agak-agak apa jopan nyamuk tu bro kalau aku Tanya? kikiki...

      Delete
  5. Setuju. Kita hanya merancang. DIA yang tentukan. AKu apply ayat ini. :)

    #errr... apakah kesudahan si nyamuk itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple
      aku tak sempat tampor sebab sibuk nak ambil pic..:)

      Delete
  6. tiada yang mudah but mohon sangat dipermudahkan dan sentiasa dalam hidayah Allah SWT juga, ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Real Life in Malaysia
      yes true dear..as hambanya kita wajar meminta dariNYA..

      Delete
  7. Nasib nyamuk tu, kalau pemikiran kita sama, akak tau & setuju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak DInas,
      rasanya perkiraan kita sama tapi dalam kes ini nyamuk tu selamat sbb saya x sempat nak tampor...ekekeke

      Delete
  8. i selalu sapu minyak angin kat badan yang terdedah tak nak bagi nyamuk gigit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      I kalau dah kroh kroh tak sedar dah mak atau bapak nyamuk yang geget hihi

      Delete
  9. ...nyamuk itu jadi lunyai.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa
      pandainya..tapi aku tak sempat nak melunyaikan nyamuk tu..

      Delete
  10. Replies
    1. Cekem Mirza,
      ya betul..



      pstt balik UK nanti roger I!

      Delete
  11. moga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      ye darling..kita bermohon..


      miss u..bila nak p KT ni..

      Delete
  12. Hanya Dia Yang Maha Mengetahu Atas Segalanya..
    Redha Sis ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Is My Name
      ya bro..hanya Dia yang Maha Mengetahui dan mentadbir seisi alam..

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...