Wednesday, 12 June 2013

Dating dengan Abil Fikri???

Whoaa tajuk entry tahap lupa diri dan tak pijak di bumi nyaaa..ya laa sapa tak mo dating dengan the most eligible bachelor in town kan. Kalau aku tanya sapa lagi nak dating dengan En Abil Fikri yang gentleman ini, agak-agak ramai tak yang nak? Aku tak terfikir pun nak dok sebelah dia ni, sebab selalunya baca blog dia jer..sob sob..pasal arwah isterinya, Gee yang sangat dikasihi dan dicintainya itu.
Rasa-rasa En Abil ni akan berkahwin lagi tak? Mesti dalam fikiran kita  ada tanda tanya itu kan. Tapi hari ni aku dengar dia kata, "If you can bet my wife..ya kemungkinan saya akan fikirkan untuk berkahwin atau tidak dengan orang itu.." and the fact that arwah Gee is the perfect wife to him. Dan siang-siang lagi En Abil dah kata Gee terer masak dan sempurna di matanya.
Tidak mudah ya nak memenangi hati En Abil ni sebab dia memang setia. Alhamdulillah kalaulah Gee boleh mengetahui, dialah isteri paling bahagia dalam dunia. Ok kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah Taala. Aku harap ada ramai klon En Abil Fikri Ahmad di luar sana...
Kisahnya bos aku kat kilang kertas hantar aku pi dengar talk En Abil ni.Memang terkesan aku yang mendengarnya...tapi sayangnya En Abil, saya tak dak family, hanya diri saya sendiri jer..saya nak peluk sapa ya..hehe jadi tak dapatlah saya nak praktik apa yang En Abil cakap tu. Cuma saya boleh kongsi dengan sapa yang masuk baca blog marhaen saya ni jerrr...
Okeh aku tak mo cakap banyak. Mata sepet sudehhh..aku listkan apa yang aku ingat pesanan En Abil Fikri untuk kita jadikan pedoman.

* Bagi pasangan suami isteri, jangan lupa peluk kerap-kerap setiap hari.
*Isteri/suami sila zikir Al Wadud /Ya Latiff setiap kali sediakan air untuk suami/isteri supaya kasih sayang uollss kemas dan erat dan rapat dan kejap..haa lagi apa? Eh ini ayat aku jer, saja menambahteguhkan ayat En Abil.
* Kalau nak solat jangan sekali-kali kuis atau betulkan sejadah dengan kaki, itu baginya tidak menghormati Allah..(ya la kan..kuis dengan kaki, nampak sangat tidak tahu menghormati sejadah, selain tidak menghormati Allah Penguasa Sekalian Alam)
*Amalkan berzikir Asma ul Husna.
* Bacalah Al-Quran setiap hari walaupun hanya satu halaman.
*Kepada suami, hargailah isteri anda kerana wanita itu adalah hadiah Allah kepada anda
*Kalau berasa bosan dengan kerja atau tertekan dengan tugas di pejabat, sila ke pantry, ambil segelas air, berselawat dan bermuhasabah diri..ingat kenyataan I Love My Job dan My Job Loves Me..minum air tu tau..insyaAllah akan ada kelegaan. (Aku la ni..selalu blur kalau masuk opis..ceittt LW neh)

Ok banyak lagi dia bercakap selama 2 jam lebih ..aku lupa bawak balik notanya tu..namun yang dia bagi atas tu adalah antara pesanan dia..haaa tu diaaa..abaikan tangan baju aku tu, sinsing sampai atas..iskk ni kalau kesayangan nombor patblas nampak ni, maunya kena babap..erkkk???
Dia kata..ooo ya saya ada terbaca komen Lady Windsor kat blog saya...haishh ya ka En Abil ni..ke saja je nak ambik hati saya..ekeke..ok ok saya cayer cakap En Abil..doa saya semoga En Abil Berjaya dunia akhirat. Jangan lupa doa untuk saya juga ya...

22 comments:

  1. Tqq share citer saya kat sini...Saya ingat lagi saya membaca komen u, walaupun dah lama giler tak dropkan komen di blog saya tu..I always remember coz nama lady windsor tu senang ingat..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abil Fikri Ahmad
      TQ En Abil masuk dan tinggal jejak kat behlog poyos saya ni..anyway talk En Abil tu nice..lepas ni saya akan refer lagi utk share dgn rakan2 di sini apa yang diperkatakan dalam talk tu ya. tq.

      Delete
  2. hai akak...nanti jangan lupa kirim salam jejaka idaman malaya kt seblah tu (> <)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CC
      ok rasanya dia tahu ramai org nak kirim salam kat dia..hehe ada peluang nanti akak sampaikan..

      Delete
  3. Replies
    1. Qashmere
      yeahh itu dia
      Encik Abil tu blogger Merak Kayangan tu..
      Sayer blogger gagak di rimba jerrr..kikiki

      Delete
  4. dating dengan abil fikri?
    hahah saya ulang tajuk entri..

    Gee mmg bertuah,hingga ujung nyawa kasih en abil pd Gee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      Ya betul...kalau arwah masih ada
      akak rasa dia insan bertuah..ahh kiranya mereka sama-sama bertuah..

      err kita semua pun bertuah juga tau!

      Delete
  5. u tengokkk u tengokkkk...mana nak dapat suami mcm abil ni..mana?? hoihhh i belum mati ni pun suami dah cari lain... alamakkkk teremo plak..hahhha..tapi i mmang tak leh nak bet wife abil laaa...so berundur dengan cara terhormat...hahahaah...

    i memang pantang kalau ada orang kuis2 sejadah dengan kaki... tak sukaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      Memang u tak leh bet wife dia tapi masing-masing ada kelebihan tersendiri..
      mesti ada kurang dan lebih di mana-manakan..

      tu lah i pun rasa pelik kalau ada org kuis dengan kaki sejadah tu..

      Delete
  6. I suka tips2 yg dia bagik, cuma ingat2 lupa je nak buat.. hehehe...

    yang I ingat Ya Latiff.. ya latiff... sebab Adni dok baca tu masa tidurkan anak patung dia yang nama 'baby kuning'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafizah Iszahanid
      Ya tip dia bagi tu nampak simple je tap besar fadhilatnya..

      err acaner baby kuning tu, baby 'bersih' ka..ekekeke

      Delete
  7. Ingatkan pakwe mana tadi, hehe. Memang payah nak dapat suami setia macam encek Abil Fikri tu. Semoga kehidupan beliau sentiasa diberkati olehNya & semoga roh isterinya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      ya kita doakan yang terbaik untuk kedua-duanya kan...

      Delete
  8. salam kenal..singgah dari blog abil..

    ReplyDelete
  9. hensem jugak en abil ni ye...so loyal dengan arwah isteri...thumbs up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suzzsuzie
      ya dia sangat setia dengan arwah isterinya..harap suami-suami lain pun gitu juga la kan..

      Delete
  10. untunglaa dpt jmpe dgn duda idaman malaya tu... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adilla
      errkk....dia yang untung dapat jumpa saya...kikiki ehh sorry joking..saja ja..:)

      kita semua beruntung ada motivator kasih sayang macam en abil teww..

      Delete
  11. Salam LW, pestaim sya bc kisah Ghee sampai sminggu sya x dpt tidur. Tp itulh rase trkilan Ghee x brnasib baik brsama enAbil. Semuanya ketentuan Allah

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...