G pernah cakap pada aku, katanya sekali melangkah keluar garis Khatulistiwa selamanya kaki akan terus melangkah dan akan dicari jalan walau macam mana sekalipun kerana bumi Allah ini amat luas, sempurna sifatnya dan setiap kejadian di muka bumi ini adalah simbol kepada kekuasaanNya dan keEsaanNya yang mentadbir sekelian alam...ehh macam ustazah pula rasanya tapi kenyataannya aku rasa makin banyak langkah aku buka, makin banyak perkara baru aku belajar dan rasa makin kerdil jasad ini. Ketika itu G di Nagoya, Cind di Narita, Jade di Philadelphia, Man From Uncle di Geneva dan siapa lagi geng-geng Am.net yang aku kenal berada di luar negara. Kini semuanya sudah kembali ke tanah air dan kami sekali berpapasan di FB , tapi ada juga yang langsung tak dapat dihubungi. Kalaulah masa tu aku dah buka langkah, boleh ziarah mereka di sana. Minggu lepas singgah Madrid selama lima jam selepas terbang enam jam dari Doha. E eh tajuk atas tu macam tak de kena mengena dengan citer makanan kan..
Ok berbalik kepada lepak-lepak di Doha, kami sempat mandi manda walaupun tak tukar baju. Macam biasa, aku ketagih dengan oren jus sebab bagi aku ia boleh hilangkan mual dan pening akibat lama di udara. Mungkin psikologi juga, lagipun tidak ada banyak menu lain aku boleh pilih kecuali ketika dalam penerbangan dengan Qatar Airways, semua menu adalah halal tapi semasa naik Iberia, hanya boleh makan tuna sandwich saja, jadi untuk mengelak daripada rasa loya ikan, apa lagi mak berterusan minta oren jus. Kebetulan juga oren jus mereka ni ntah apasal memang sedap super duper, mungkin juga sebab lokasi yang nak dituju ini terkenal dengan produk sitrus terutama orennya yang sangat manis dan asli.
Sungguh salmon mahal kalau di KL tapi dok atas kapal terbang ni setiap kali makan, salmon jer banyak. Salad salmon, sandwich salmon, salmon panggang. Jadinya aku pun dah rasa macam sebahagian daripada Cik Mon..ada yang terlebih masin dan ada yang tawar. Hukum hidangan mereka ini ialah setiap hidangan ikan akan disertai dengan hirisan lemon dan kadang-kadang ada kaviar..ampun lah aku tak akan beli kaviar ni sebab bukan taraf mak nak makan kaviar yang melangit mahal tu..tapi oleh sebab semuanya ditaja, maka kami-kami pun order hidangan berkaitan, room service dan kafe di Valencia memang suka menjadikan salmon antara hidangan utama.
Cerita banyak pun balik-balik cik mon juga yang aku makan, jadi mai kita kaji food rethoric yang disajikan mereka kepada kami. Makanan berupaya menggembirakan manusia dan makanan juga membuatkan hati berasa terhibur..ehh kita suka makan kan? Mai kita tengok macam mana food arrangement depa ni..kalau ada pertandingan masak-masak untuk pekerja kilang kertas, haruslah mak menyertakan diri. Menang atau tidak, lain citer. Yang best, masuk jer jadi peserta dah selonggok dapat hamper..hehe!
Hidangan ini dinamakan avocado and tomato tartar with prawns..rasanya..yuck! iskk tak boleh nak terima tekak ni makan avocado dengan sos tartar..yang dimakan cuma dua ekor udang bergusti kat atas tu je. Aku nampak macam bergusti sebab depa sakan berselirat kat atas longgokan avocado. Bagaimanapun ramai juga yang berjaya melicinkan pinggan..syabbas bette!
Dan yang ini sudah semestinya boleh dimakan dengan senang hati sebab brokoli dan tomato sangat tidak berdosa pada lidah aku..mereka ini baik-baik saja dan bersederhana tapi zatnya sangat memberangsangkan, tomato melembapkan kulit dan brokoli adalah agen magnesium dan bagus untuk elak breast cancer..tapi kalau setakat makan seketul sebulan memang tak de apa-apa le kan kak ton..haha
Walla..Paella seafood...ini confirm halal sebab isinya udang mantis dan black oyster..ehh ya ke black oyster, sila betulkan kan kalau gua tersilap yer..mesti ramai uollss tahu apa nama siput tu..yg jelas ia bukan sihput vahvi..
Makan hidangan ini feeling-feeling Enjelina Joli habesss...ampun ya, gua memang suka berangan!
Dan ini juga menjadikan aku berasa seperti Juliet Binoche..huhu..berangan adalah percuma di sini...bon appetite! Sepatutnya buah-buahan ini paling atas dan dimakan sebagai pemula..barulah jusnya membawa kebaikan kepada perut.
Sekali lagi buat aku jelez. wuwuwuw.
ReplyDelete~reenapple~
reenapple
Deleteaku pun tatau nak makan apa dahh..
the food is awesome...
ReplyDeletebila dah terlalu makan menda mcm ni smpai ke tahap yang kita dah tak tahu nak makan apa dah...
Nenet Penne
Deleteyesszaaa..selalu macam tu lah..
bila dah ada depan mata, jatuh
ke tak tahu pula nak makan apa..