Pada 1 Jun 2011, masa Mak sedang nazak di katil hospital, aku dan Mak Nah baca Yassin untuk memudahkan urusan Mak berangkat balik ke pangkuan Pencipta. Mak Nah kata, baca ayat tertentu dalam Yassin supaya Mak senang 'pergi,' tidak teragak-agak dan tidak lalai oleh godaan syaitan. Jadi aku pun ikut mana yang Mak Nah kata. Mak Nah adalah sepupu Mak, sepupu paling rapat. Jadi Mak Nah dengan aku ini dua pupu rasanya. Mak habis usia depan aku dan Mak Nah. Lepas Mak tak ada, Mak Nah jadi tempat rujukan..
Minggu lepas, Alya kata Mak Nah ada sebut dia rasa macam dia sudah dekat dipanggil Allah. Alya anak bungsu Mak Nah. Kebiasaannya, Mak Nah bangun pukul 5 pagi setiap hari, dia solat sunat sebelum Subuh, tunggu Subuh masuk dan buat beberapa wirid selepas Subuh dan akan berada di atas sejadah sehingga jam 7 pagi setiap har.
Pagi semalam sekitar jam 7, tanggal 2 Mei 2013, selesai wirid dan masih dalam bertelekung di atas sejadah mengadap kiblat di kediamannya di Taman Tenaga di Bangi, Mak Nah sesak nafas dan sempat panggil Alya dan Amru. Kedua-duanya menerpa dan Amru memangku Mak Nah yang sempat mengucap dua kalimah syahadah dan terus diambil Allah. Dia terkulai di pangkuan Amru dan habis dengan mudah, tiada sebarang penarikan dan sentapan yang menyakitkan, hanya hembusan nafas lancar dan dia kembali sudah kepada Yang Maha Berkuasa. Mak dikebumikan pada Khamis selepas Zuhur bertemu malam Jumaat dan Mak Nah juga menurut jejak Mak, disemadikan pada Khamis selepas Zuhur bertemu malam Jumaat.
Mak Nah, kirim salam kami pada Mak ya..cakap kat Mak kami rindu Mak sentiasa..tiada sedetik pun kami tidak rindu pada Mak..
Dan aku kehilangan lagi satu-satunya pengganti emak...
Aku tak tahu nak cakap apa. tapi Takziah. Dan al-fatihah..
ReplyDeleteReenapple
Deletetak apa, jenguk aku sini pun dah cukup bagus bagi aku...
adakala yang kita suka itu yang diambil cepat...al fatihah
ReplyDeletechekem
Deletefitrah kehidupan, yang baik itu juga
yang disayangi dan cepat dijemputNya...
LW, InnaLillahiwainna Ilaihi rajiun ... Allah SWT beri kebaikan kepada Ayahanda dan Bonda mu dan Mak Nah yang mendahului kita ... Al Fatihah ... Allah SWT gives you strength, ameen.
ReplyDeleteReal Life
DeleteThanks a lot. Hidup kawannya mati, suka lawannya duka..kita sebagai sebaik-baik makhluk ciptaanNya, perlu menerima dan redha akan apa yg diatur utk kita..
tq..
Assalamualaikum LW,
ReplyDeleteRedhakan sahaja pemergiannya.
Doakan semoga arwah tenang di alam yg kekal abadi serta diampunkan segala dosa-dosanya.
Al-Fatihah..
wsalam Kak sham
Deleteya perlu redha, sebab dia kenali kepada yg Haq
dalam keadaan cukup aman dan diinginkan oleh semua kita..
Ya Allah...Mudahnya dia pergi..Al-fatihah..
DeleteLW..malam semalam lalu highway Sg Long..menengok UniKL..Am daftar 9 Jun ni..teringat kat U and Net..jaga diri yer
Salam rindu..
All Along The Way
DeleteOk lain kali kalau datang jenguk Am, singgah tau..
thanks, u too..jaga kesihatan sama..
al-Fatihah
ReplyDeletesepa,
Deletetq.
Takziah kak. Semoga kehilangan mrk yg terdekat akan membuatkan kita lebih menghargai kehidupan. Al-fatihah
ReplyDeleteSiti
Deleteterima kasih..memang mereka sentiasa dalam ingatan...
Salam Takziah Akak ucapkan. Semoga roh Arwah dicucuri rahmat Akak doakan...Bertuah sungguh LW dapat mengadap Arwah Mak semasa akhirnya. Teringat Akak pada Arwah Mak sempat Akak menjaganya sehingga akihr hayat. Semasa Akak mencium Arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan Akak juga sempat berpesan..'kirimkan salam kami pada Arwah Bapak ye mak...' Sedih tak terhingga, rindu pada mereka...AlFatihah buat ibu Akak, Mak dan Mak saudara LW...Suatu masa nanti kita juga akan menyusur...semuanya milik Allah Dik....
ReplyDeleteKak Arina,
Deletesampai kini saya rasa belum puas berkhidmat untuk mak saya..
makcik saya pun nasib baik sempat jumpa kali terakhir bulan lepas..
Begitulah biasanya, bila ada saudara mara yang kembali ke rahmatullah, kita kirim salam..sama ada terima atau tidak, itu perkiraan Allah..yang penting mereka tahu kita sayang dan ingat mereka sentiasa...
Al Fatihah untuk mereka yang kita sayang...
Takziah LW... al-fatihah..
ReplyDeleteSue
Deletetq..dah fitrah kan..kembali kepadaNya...
Takziah buat LW sekeluarga. Al-Fatihah untuk arwah Mak Nah semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn.
ReplyDeleteKhairul Abdullah,
Deleteterima kasih..