Setiap kali aku lalu tepi kelas dia orang, semua jeling sinis cebik-cebik, bisik-bisik. Dia orang tak suka aku sebab aku rampas cikgu dia orang..itu kata mereka. Mereka kata aku mengada-ngada sebab ambik cikgu dia orang. Lagi satu, mereka kata, kenapa sibuk nak ambik cikgu kelas dia orang, iaitu Cikgu Hussein, sedangkan aku dah ada cikgu kelas sendiri, iaitu Cikgu Azizah.
Kisahnya Cikgu Hussein guru kelas Perdagangan dan aku pula budak kelas Sastera, memang tak boleh ngam la kan. Tapi Cikgu Hussein ni baik nau dengan aku sebab dia kata dia nak guide aku menulis artikel dengan lebih baik. Walaupun Cikgu Azizah ada, katanya dia tetap nak bagi ilmu yg dia ada pada aku. Ok Cikgu Hussein saya ucap terima kasih pada Cikgu kerana ikhlas membantu saya mempertajamkan penulisan. Sekarang semua budak-budak kelas cikgu baca kertas yang saya tulis, ini pun berkat didikan cikgu juga.
Aku gagal subjek Geografi sebab bergaduh dengan cikgu subjek ini. Namanya Cikgu Fauzi. Dia suka usik dan buat joke yg boleh membuatkan aku berasa serba tak kena. Pada suatu hari, aku conteng buku geografi sampai koyak dan penyudahnya aku dapat 7 untuk subjek itu. Berdosa pada cikgu kan, maka balasannya fail. Maaf Cikgu, kerana cikgu jugalah saya belajar erti kemanusiaan..saya tahu cikgu suka saya, tapi saya saya pula sangat anti dengan Cikgu. Wahahaha sapa suruh Cikgu tenung saya masa saya sedang mengantuk dalam kelas..Cikgu patut tenung Maizam yang dok sebelah saya tau!!!
Aku dok barisan depan dalam kelas, betul-betul depan meja guru. Kenapa? Sebab konon kalau dok depan-depan ni tak akan mengantuk dan konsetret la sangat kan. Sekali cikgu sejarah ni, suka nau dok depan meja guru dan bertenggek yang mana dia betul-betul berdiri tegak depan aku. Cikgu Zahari ni jenis yang mengajar dok setempat. Jadi setiap kali masa Sejarah, aku pastikan meja aku bersih sebab tak moh kena komplin dengan CIkgu Zahari. Kadang-kadang bila aku salin nota yang dia bagi, dia akan lihat dekat-dekat apa yang aku tulis. Rimas! Satu hari tu dia kata dia tak tahan, aku tanya kenapa? Dia kata sebab tulisan aku bulat-bulat dan clear, so dia suka baca dan skodeng tulisan aku, nampak jelas dan cantik katanya. Wooohoo untuk subjek Sejarah aku sentiasa dapat A..terima kasih Cikgu..
Sebetulnya, jasa guru sangat tak terbilang. Cikgu ajar saya sedikit saja tapi ilmu itu saya boleh manfaatkan sepanjang hayat saya.
Kepada dua adindaku, Cikgu Zakiah dan Cikgu Eliana..tugas adinda adalah semulia-mulia rutin kerana menjadikan anak bangsa manusia bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.
Selamat hari guru kepada semua yg meraikannya.
ReplyDeleteTugas "mendidik" adalah tugas yg paling mulia.
Someone pernah berpesan pada K.Sham.. tugas mendidik.. pahala free sepanjang hidup.
P/s;
Tetiba teringat kat Cikgu Hadiah pulak.
Cikgu kesayangan tu.
Salam kak sham
Deletesetiap kita mesti ada guru kesayangan yang melekat dalam hati kan..
saya tak boleh jadi cikgu sebab tak sampai nak buat garang dengan murid walaupun muka saya jenis muka bajet garang gila..haha
siapapun yang memberi didikan, dialah guru. Kadangkala guru tak memberi banyak tapi mendengar dia bercerita sudah cukup beri inspirasi.
ReplyDeleteLada Benar
Deletesetiap guru ada sentuhan masing-masing
sentuhan yg buat kita menyimpan kenangan
kenangan dalam hati yg kekal..
Mase kite menuntut ilmu bagaii x tjh jasa seorng guru. Tp bile dh dewasa bru dpt mndalami jiwa seorng guru yg mndidik kite mnjdkn kite seorng insan brguna
ReplyDeletetifa anvar
Deletebetul tu..
kadang-kadang rasa suka hati je nak marah/benci guru
walhal guru seikhlas mungkin nak bagi kita ilmu..
Selamat hari guru juga. :)
ReplyDeletereenapple
Deletekalau ada hari murid,
pun best juga kan
hihi..
igt lgi cikgu hussein..mmg dia slalu sebut nama eydd kt kelas...tp kita geng kan? masa tu u bdk baru lg kan kt sek kita??hehe
ReplyDeletesuzzsuzie
Deletezie I tak tau pun dia selalu sebut nama I kat kelas uollss hahaha..mesti ramai yg jeles dan sentap dengan I masa tu kan..
ehh bila nak muah muah ni?
Hai LW.. =D
ReplyDeleteapa khabar..miss u
Hai CC
Deletelahai lama x chat.miss u too
bila nak mai rumah akak ni?
tq kepada semua guru2 yg pernah memberi ilmu kepada saya ;)
ReplyDeleteIrfa
Deleteya cikgu banyak jasa kepada kita kan
pendek kata tiada tara nilainya jasa mereka..:)