Mentor ku yang jauh di Mukah sentiasa kata..
"LW, buat baiklah pada siapa saja kalau ada peluang, walaupun sebesar hama.."
"Baiklah Dr..tapi saya tak ada ada apa nak offer kat dia orang.."
"Jangan cakap begitu. U ada banyak kebolehan..ajar mereka, jawab kalau mereka tanya..."
"Owhh begitu kah???"
"Ya...jangan sombong-sombong, tak rugi sikit pun kalau buat baik kepada kawan."
"Ok! Ok! Tapi kalau depa tanya benda yg saya tak tahu macam mana?"
"Hello sayang, jangan nak bohong..awak dah lama hidup, mesti banyak pengalaman..lagipun awak tu pekerka kilang yang ada banyak pengalaman, share lah dengan mereka.."
"Ok, kalau saya tak tahu saya tanya Dr ya.."
"Boleh saja sayang..i luv u..always..."
"Errkk? I luv u? Okeh okeh..i luv u too..." (Ciss ciss tak de kena mengena langsung tetiba ailebiu! Sangat...)
Danggggg..mentor yang sentiasa buat kejutan setiap kali aku ada soalan nak tanya..kuikuikui..dia ini juga adalah mentor paling unpredictable yang pernah aku kenal..lets rock bro! Dan semalam lepas balik keje, tiba kat sarang pontianak pada jam 10 malam, lepas siap bersih bersih, aku pekena kopi walaupun tahu mata mungkin akan jadi degil akibat kuasa kopi. Maca biasa, kami akan minum kopi sambil berbual walaupun dia berada di Mukah dan aku di Sg Long. Jarak yang jauh terasa dekat walaupun orangnya tiada di hadapan.
Sambil itu juga aku sempat buka email peribadi yang sudah beberapa hari tak buka akibat mengejar tugas di PRU13. Berderet-deret email jauh dan dekat. Satu yang menarik untuk aku cepat-cepat baca ialah dari Shah Alam..dekat saja. Email dari Adinda X.
"Kak LW, saya tau akak mesti hangen dengan saya kan. Saya tau akak mesti tak setuju dengan saya kan..cer akak teka apa mende masalah saya kali ni? Gini kak, saya dah tau kehendak saya, saya tak nak aa kawin dengan laki orang kak tapi makin saya elak, dia makin dekat dengan saya. Dia bapa tiga anak. Bininya pun cantik molek. Saya tak pasti apa masalah dia. Katanya dia ok saja dan dia nak kat saya kak. Saya dah dua tahun kenal dia, baru akhir-akhir ini dia tunjuk secara jelas dia nak kan saya. Selama ini saya pun tak terfikir nak jadi gini kak LW. Saya masih muda dan dia 46. Memang saya suka orang berpengalaman ni. Saya boleh je kata tidak tapi antara kata hati dan pendirian hidup, saya rasa ini adalah dua perkara berbeza.
Saya dah bagitahu akak dulu kan akan kebaikan dan keburukan dia kan? Yang mana dacing kebaikan dia lebih berat berbanding dacing keburukan. Sampai la ni pun dacing kebaikan dia masih mengatasi dacing keburukan. Cemane saya nak buat kak. Saya ada call akak that day tapi akak x jawab, Saya tau akak bersilat setiap hari kat kilang tu. Tak pe tak pe, akak balas lambat2 pun ok. Hati saya masih boleh menahan apa yang berlaku kini..ada satu kali tu kak, saya balik out station, jam tiga pagi tiba di KLIA, dia datang ambik dan anto saya ke rumah..cane saya nak kata tidak kak. Kak LW, tolong saya. Saya tahu akak ada banyak mata fikir. Saya hargai buah fikiran akak. TQ kak.."
Arghhh...berat masalah Adinda X ni...
Adinda X, jawapan akak satu saja..tepuk dada tanya selera, dan sudah semestinya TIDAK!!! Sebab akak sudah pernah mengalaminya..jadi akak tidak akan benarkan kau jadi peruntuh rumahtangga orang. Memang ko boleh je kata jodoh pertemuan ditentukan Allah, ya betul benar tapi dik ko ada banyak pilihan..ko masih muda belia, dia bapa kepada beberapa anak dan suami kepada seseorang. Mungkin sekarang yang manis-manis saja ko nampak dik. Esok dah tidur sekatil, makan sepinggan, share segala bagai perkara, ko akan tahu bagaimana dan fikirkan pihak yang satu lagi. Fikirkan dik, nanti jawapan seterusnya akak email ko yer..
Nota: Syukur Ya Tuhan, nikmat kehidupan sudah kembali...and life back to normal..!
emm # tarik napas
ReplyDeletebetul tu ..manis belum dapat.masam nanti akan keluar bila dah duduk bersama
dulu..di ditahun 1998..saya berumur 19tahun.lelaki itu umur 25tahun.dipagi raya dia dah tercongok depan pintu rumah mak sedara yang saya tumpang,hantar saya dri subang ke klia..kerana itu saya tak terfikir dia adalah suami orang dan bapa seorang anak kecil.sebab tingkah laku dia tidak menampakkan ciri2 org dah berkahwin.mcm mana saya tak terharu kalau sanggup hantar dan ambik balik keje..lepas tahu dia laki org,saya terus blah.smpi sekarang saya nyesal kenal dia.sib baik tak berjodoh.snenag citer dia mmg bukan jodoh saya so boleh la nak kata apa pun skrg.
adinda X..tak kemana bahagia atas airmata org.ko masih muda,banyak lagi pilihan
Irfa,
DeleteNasib baik Irfa buat keputusan yang betul. Memang nasib kita Allah yang tentukan, tapi kita pun kena berpijak di bumi nyata juga kan dan kena bijak buat keputusan
Mungkin pada awalnya Adinda X tu akan sangat teruja dengan kebaikan lelaki tu kan, tapi tiba suatu masa nanti, mungkin juga dia akan mengalami sesuatu yang tidak disangka-sangka. Kita bukan mendoakan yg tak baik, cuma masa depan dia masih luas dan terang sebab dia masih sangat muda..mulakan langkah sekarang, jangan terkekang oleh cinta yg belum pasti X..ingat karma paling mudah, awak ambik hak orang, orang akan ambik hak awak juga suatu masa kelak..
Fikirkanlah wahai Adinda X... walau pun kekanda Y ini dalah lelaki tetapi bagi memenuhi tanggung jawab memberikan pandangan peribadi agar Adinda X dapat terus mendacing-dacing, kekanda Y lakukan juga.
ReplyDeleteIngatlah wahai Adinda X.
Jikalau adinda berkahwin dengan laki orang, sebenarnya adinda juga 'berkahwin' dengan:
-suami orang
-isterinya
-anak-anaknya
-ibu bapa suami orang tu
-ibu bapa isterinya
-saudara mara mereka berdua.
Adinda X tindak mungkin dapat 'melepaskan' atau 'meloloskan' atau mengasingkan diri dari mereka semua kerana ikatan perkawinan itu akan turut mencerut adinda kepada mereka semua.
Soalannya, adakah Adinda X bersedia untuk berkongsi hidup dengan mereka-mereka itu? Seperti yang adinda tahu, adinda mungkin dituduh sebagai perampas suami orang... adakah adinda bersedia untuk bersemuka dengan mereka semua dan 'hidup' dalam keluarga besar itu selama-lamanya?
Kalau adinda berikan jawapan "YA", sila teruskan...
Dan beruntunglah suami orang itu, juga beruntunglah isterinya kerana bakal mendapat ganjaran di akhirat kelak.
Namun begitu untuk mendapat ganjaran di akhirat nanti bukanlah mudah... itu sebabnya ganjarannya lumayan.
Nizam.Ariff
DeleteTQ aa..so adinda X, akak tau ko baca entry ini. Itu Abang Nizam.Ariff sudah bagi pandangan dari sisi lelaki..akak rasa pandangan dia amat bernas dan sangat boleh dipakai guna.
So adinda X, fikir-fikirkanlah...fikir dan fikir lagi ya..
Semoga Adinda X diketemukan dengan jodoh yg jauh jauh jauh lebih baik dari encek suami orang tu, amin.
ReplyDeleteKak Dinas,
Deleteitulah yang saya katakan padanya..tidak perlu mengejar jodoh itu kerana ia akan hadir apabila tiba masa kelak..tapi entah apa keputusan X ni, saya belum sempat bercakap dgn dia..
Assalamualaikum LW,
ReplyDeleteSuami orang.. tak yah la.
Nanti tak pasal2 meroyan sensorang.
Bak kata MP.. antara sebab jangan ada affair dgn suami org..
1- Dia suami orang
2- Dia suami orang
3- Dia still suami orang
Lambat cepat.. itu bukan urusan kita.
Semoga Allah memperkenan Adinda X dengan jodoh yg lebih baik.
Wsalam Kak Sham,
Deleteterima kasih penegasan ini, saya yakin ia akan dibaxa juga oleh adinda kita tu..
Saya sependapat dengan "Kekanda Y" :)
ReplyDeleteKhairul Abdullah,
DeleteKalau saya lelaki, saya akan setuju dengan kekanda y..
alaaaa... tak yah la dgn suami orang.. moga ditemukan dgn jodoh yg lebih baik & single..
ReplyDeletem.u.l.a.n
Deletetq pendapat ini..akan diberi penegasan lagi kepada X..
adinda X, dacingkan dengan baik, letakkan diri kita dalam kasut mereka, dah boleh berfikirkan jadi tepuk dada tanya selera, menyesal dahulu pendapatan tapi menyesal kemudian tidak berguna walaupun menangis airmata darah sekalipun. Usah dikenang buah dilaman orang....
ReplyDeleteMak Wardah,
DeleteBetul tu, mungkin pada awalnya ditelan pahit dibuang sayang, menyesal kemudian tidak berguna, nasi sudah menjadi bubur..memangis air mata darah sekalipun masa tidak akan undur ke belakang..
Adinda X,
ReplyDeleteBunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.ewahh..
Org lelaki nih kalo sanggup buat kat yg pertama gitu, tak mustahil ianya takkan berulang lagi, lagi dan lagi. Nyampahhh... Betul tak LW :)
Eliza
DeleteDear, betul...setuju sangat..lagipun adinda X ni masih muda dan tidak perlu risau pasal jodoh kan..i ni yang kena risau...kikiki...owhh no...
So adindaku, semua kakak-kakak dan abang-abang di sini sepakat menasihatkan adinda supaya berfikir secara bijak..jangan mencuba berumah di tepi pantai kalau kail panjang sejengkal..adinda X, mungkin penjelasan ini belum cukup untuk memahamkan betapa sulitnya kalau adinda memilih jalan mengikut hati..