Wednesday, 17 April 2013

2 anekdot kecewa..

Kecewa..mudah menyebutnya bagi orang lain, dan sendu menyebut perkataan itu bagi orang yang mengalaminya. Kecewa dalam hidup, rasa duka menghiris pilu dalam dada dan jiwa, namun orang yang mengalaminya akan cuba sedaya upaya menyembunyikan rasa itu supaya tidak ketara pada wajah walaupun nyata pada jiwa dan hati. Parah, remuk, terhiris, berdarah..namun kenyataannya tiada ubat untuk kelukaan begitu. Kelukaan yang tidak nampak bahkan tiada kesan pun tapi deritanya tidak hilang andai usia mencecah seribu tahun sekalipun. Sekali tercalar, selamanya parut berbekas. Sekali terlukanya selamanya pedih terkesan dan sekali terluka, darah tidak nampak menitis tanpa henti. Ia akan terus diingati..membadai resah, mengamuk gelisah..hanya Tuhan Maha Mengetahui rahsia suatu kelukaan dan kekecewaan pada kalbu yang tersembunyi dalam diri...
 
Anekdot 1
Kepada 'anda' di luar sana yang menghantar text panjang pada saya hari ini mengenai kekecewaan..anda tidak keseorangan, dia juga kecewa kerana keputusan diambil adalah jalan terbaik untuk anda berdua. Percayalah, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk anda, dia dan saya. Usah kesal akan pertemuan singkat itu, sekurang-kurangnya terbit rasa indah yang mencetus kenangan manis dalam sanubari anda berdua. Saya tahu anda berdua sudah cukup matang menilai makrifat hidup dan rahsia suatu perasaan anda dua manusia dewasa..sama ada diteruskan atau tidak rasa yang terhalang itu, jadikan kekecewaan ini suatu perbendaharaan bernilai dalam hidup. Saya doakan anda menemui bahagia mengikut definisi sendiri...

Berikan Ku Sinar Harapan ini, untuk anda yang kecewa..dan saya juga kecewa hari ini. Hanya kita yang mengetahui betapa kecewa itu menjadi duka berpanjangan dalam hidup dan berasa seperti tidak mahu melalui detik ini...
 
 
Anekdot 2
Saya..saya sendiri..saya yang memiliki blog ini..berasa sangat kecewa hari ini. Kecewa kerana saya tidak dapat mengelak daripada terpaksa menghadiri meeting tergempar di kilang kertas malam ini. Adehhh bos kenapalah bos buat meeting malam ini di kilang..semalam sudahlah saya balik rumah jejak bilik saya jam dua pagi..manakala malam kelmarin pula saya sampai rumah juga waktu yang sama seperti semalam...dan malam ini saya berhajat untuk pengsan awal..tapi awal kemendenya kalau meeting kilang start jam 9 malam..maunya tamat jam 12..saya kecewa kerana nak masuk tiga malam dah saya tak dapat berpeluk manja dengan tilam bantal saya dan dia juga sudah hamper merajuk dengan saya..sudah tak enak untuk dipeluk...(ceitt bantal busuk aaa, haruslah tak selesa untuk dipeluk..ahahaha) Penyudahnya...saya kecewa!

25 comments:

  1. kau tahu.. aku baca anekdot 1 itu.. ibarat kau tujukan pada aku. HEhehe. Sebab sekarang ini aku juga sedang alami rasa kecewa. Walau cuba move on dan melupakan, benar, rasa kecewa itu untuk pulih mungkin mengambil masa.

    TErima kasih atas ini. Sekurangnya ia melegakan hati aku yang baru saja pulih dari kecewa walau tak sepenuhnya. =)

    #Kau pun still ada bantal busuk lagi? Wahhhh...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen,
      Aku tak tujukan pada sesiapa pun kecuali mereka berdua yang mengsms aku dan diri aku sendiri, namun aku tahu ramai di luar sana yang sentiasa dilanda kecewa dalam kehidpan sama ada disengajakan atau tidak. Ambillah mana-mana ayat sekiranya boleh digunapakai dalam kamus kehidupan kau ya...

      Ya aku ada bantak busuk..sedap dipeluk walaupun orang kata bantal itu sudah sangat kumal..nantilah one day nanti aku akan buat entry bantal busuk...

      Delete
  2. Kul 9pm baru start meeting?
    Tu kalah meeting tergempar nak bubar Kabinet...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr DZ,
      Yer kilang kertas tempat saya kerja selalu cenggitu..orang dah nak balik depa baru nak panggil meeting..banyak fenin kapala saya sikalang..memang calon pun tak sesibuk kami dan kami memang sangat sibuk kalau calon dah konfirm bertanding untuk kerusi parlimen atau DUN...huhu

      Delete
  3. Pukui 9 mlm baru nak start mitingnya, adoi. Ini mengingatkan akak pada sorang kawan akak dulu, menejer kat restoran makanan segera, hanya boleh buat miting lepas restoran dah tutup & selesai urusan pembersihan. Kalau pukui 12 tgh mlm, maka 12 tgh malam la start mitingnya. Adoi lagi.
    Semoga tabah, dik LW :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      Yer kakak..sebab tabah lah saya masih bertahan di sini..nafas pun semput kak tak sempat nak balik rumah. Ye lah kalau habis meeting jam 12 malam, sampai rumah jam 1 pagi, jam 5 dah bangun nak p keje. One day nanti maunya saya letak baju siap2 dalam keta, tidur kat surau..lepas ni lagi nak dekat pilihan rya lagi kami kena kerja 24 jam terus menerus kak ..

      Delete
  4. Hebat sungguh kilang kertas tu yer LW. Maklumle nak dekat pilihanraya ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      A ah yer..kilang kertas hebat, kami yang sendat dan sentap..tak pe la kan berkhidmat demi syarekat terchenta...lagipun target nak penuhkan tabung gajah nak beli teket p frankfurt kannn...ahak!

      Delete
  5. perkataan 'anekdot' tu mengingatkan saya dgn 'apam polkadot'hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      hehe apan polka dot at least lebih baik
      daripada perempuan, isteri dan dot dot dot
      lakonan sofia jane tu kannn...hihi

      Delete
  6. i rasa elok u tidor jer kat kilang kertas tu...tidor secara berjemaah..pasti ada bilik2 kosong di belakang kilang kertas tu...

    sabar u, abis pilihanraya kita berjimba2 yer..lama tak ke windsor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      setakat ni kami makan, ke tandas dan lepak berjemaah je kat kilang..tido belum buat lagi secara berjamaan sebab setiap kali jemaah, ada yang jantan2 join sama..cer kalau nak tdo berjemaah, depa ikut..karang lain citer plak..hahahaha.
      so far opis boi jer yg berani tdo opis kat sofa guest room..kami tak berani aihh nak buat lagu tu..

      ok habis p/raya nanti kita leisure-leisure ya..

      Delete
  7. Salam LW. ala.............baru ingat nak ajak pekena teyy kat tepi kilang tuh.....anyway, best of luck (if you can call it luck!) and jgn lupa bawak sekali bantal busuk malam ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Wsalam..ala nak minum teyy pun dah tak sempat la uncle..
      la ni sempat minum ayaq putih ja tu pun ambik kat kitchen kat kilang..nanti la kita leisure kat Leeyas yek..hik!

      pstt bantal busuk dah ada dalam keta, malam ni ada meeting lagi, maunya sampai kol 1 juga...huhu

      Delete
  8. kecewa adlah makanan harian sesetengah orang...

    ReplyDelete
  9. Kita tak mungkin dapat lari dari rasa kecewa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy,
      kecewa sudah jadi kebiasaan dalam hidup aku..

      Delete
  10. LW,

    Saya pun pernah kecewa. Perasaan itu akan pergi juga satu hari nnt.Hanya masa menentukan.

    Sentiasa yakin bahwa ada hikmah dlm setiap kejadian. Allah ada perancangan yg lebih baik utk saudara/i 'anon' itu. Dia cuma perlu bersabar dan terus melangkah ke depan.

    Take care dear and have a nice day.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Dear..
      Kecewa adalah biasa dalam hidup
      tapi kalau banyak kali mengalaminya
      ia boleh buat kita jadi bertambah-tambah kecewa
      tapi bergantung juga bagaimana bentuk kecewa itu kan
      ya saya berada pada tahap sabra sentiasa
      insyaAllah im gonna be fine..tq dear.

      Delete
  11. Assalamualaikum LW,

    Sejak dah pencen ni tak ada la risau tang bab "meeting tergempar".
    Tapi kalau tang tengah2 malam ada yang "lapar" tu, biasalah.

    Tapi jangan la dinda terlalu bersedih hati.. esok lusa tulat.. okey la semula tu..

    P/s;
    Tu ari kata nak tanya "something".
    Apa.. kanda suspen la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak Sham
      saya dua tiga hari ni asyik meeting on n off
      rasa nak reput dah tulang temulang
      berdoa ni supaya semua ini habis dan berlalu dengan cepat
      bak kata hati ni..kenapa saya terpaksa berada dalam situasi ini..kenapa saya mesti melaluinya..kenapa dan kenapa tapi tak guna menyoal soalan yang tiada jawapan. jadi nak sejukkan hati...saya anggap saja saya adalah orang baik-baik, sebab itu terpilih untuk melalui semua ini..ok tak? heee...

      Ok insyaAllah soon saya email kak sham

      Delete
  12. kak, tengah prepare kertas undi ker.?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa
      a ahh yer..tak menang tangan prepare kertas undi ni..
      ko jangan lupa mengundi yek..akak undi pos..hehe

      Delete
    2. itu dah mesti. Dino jeh yg liat nak mengundi...!!!

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...