DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Al Fatihah kepada mereka yang terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan keselamatan negara.. Sehingga kini ada lapan yg terkorban.
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan
kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah
Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (Surah AlMunafiquun. Ayat 011.)
Aku bukan ada sebarang hubungan saudara mara pun dengan dia, malah tak kenal pun..cuma tahu Allahyarham Supt Ibrahim Lebar ini terkorban akibat dua tembakan pada bahu dan mata (kalau tak silap). Jadinya berkebetulan ada kesempatan, aku singgah di kediaman keluarganya di USJ22 sejak jam 3 petang utk memberi penghormatan terakhir, semalam. Sahabat handai memenuhi ruang hadapan rumah. Pilu bergayutan di segenap ruang. Ada sekumpulan pelawat Cina di luar rumah dan mereka berada di situ dari jam 4 petang hingga 8 malam. Sanggup mereka menunggu dengan sabar dan aku dinyatakan mereka itu adalah staff Ibrahim. Mereka mengunjungi ketua kerja mereka yang sudah terkorban. Jarang aku tengok bangsa lain mengunjungi majlis kematian dan menunggu sehingga agak lama. Pastinya Allahyarham adalah seorang yang sangat istimewa..
Jenazah tiba di perkarangan rumah jam 7.55 malam dan di bawa masuk ke kediaman arwah. Hanya ahli keluarga terdekat saja yang dibenarkan melihat jenazahnya dari dekat... |
Sambil aku pun dok menunggu, tiba-tiba ternampak Kak Non lalu. Aku pun apa lagi tanya lah Kak Non apa dia buat kat rumah arwah ini. Katanya arwah juga adalah bekas bosnya di IPK Selangor suatu ketika dulu dan arwah sangat disenangi semua staff, rajin memberi tunjuk ajar.
"Tak sangka dia pergi dalam keadaan begini.."katanya dengan nada sedih.
"Kak Non lama ke jadi staff dia?" Aku tanya lagi.
"Lama tu idok le tapi kami semua suka keje dengan Brahim ni..sebab dia sangat mudah dan senang bekerjasama.." katanya sambil cover muka sedih.
Sekitar jam 8.30 jenazah dibawa ke Masjid Al Falah untuk disembahyangkan... |
Ini baru sorang aku tanya, tak jumpa lagi staff arwah yg lain lain. Setiap yang hidup, pengakhirannya kematian. Jenazah Allahyarham tiba di TUDM Subang hampir jam 5 petang dan dibawa ke kediaman beliau hampir jam 8 malam. Disembahyangkan di Masjid Al Falah USJ 9 dan kemudian di bawa ke tanah perkuburan USJ22 selepas Isya. Ramai orang besar PDRM yang hadir. Aku cukup respect dengan team Istiadat PDRM yg mengusung jenazah tu..mereka nampak seia sekata mengusung satu jasad yang cukup ditangisi oleh ahli keluarga dan kerabatnya. Kami sebagai orang luar, pun berasa sedih...
Jenazah arwah selamat dikebumikan pada jam 9.45 malam dan ketika imam membacakan talkin..ya Allah aku rasa macam sedihnya perasaan..walaupun tak kenal langsung arwah ini secara personally, tapi bacaan talkin yang diperdengarkan memang meruntun hati..sebagai insan yang mana kita juga akan menemui kematian suatu ketika kelak, ia betul-betul menginsafkan. Tambahan pula langit gelap tak berbintang, namun angin bertiup nyaman dan seolah-olah ia juga meraikan pengebumian seorang insan yang juga hamba Allah itu yang gugur ketika berkerja menjalankan tugas...
Ini pengalaman pertama aku menunggu dan menyaksikan satu pengebumian yang dihadiri oleh ramai orang. Semoga rohnya dan tujuh lagi yang lain dicucuri rahmat Allah Taala..amin.
Al fatihah
ReplyDeletealfatihah... sedih sangat dgn trajedi ni..
ReplyDeleteal-fatihah..semoga Allah mengampuni dosa-dosa allahyarham supt Ibrahim dan semoga allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..
ReplyDeleteterima kasih supt Ibrahim. On behalf of sabahan, i salute you..
sedih, pilu semua bercampur baur... tak semudah itu nak mententeramkan jiwa isterinya.. simpati, simpati sangat2... alfatihah to him
ReplyDeleteboss yang baik akan dikenang kebaikan sampai bila2..
kalau boss yang tak baik tu dikenang juga tapi dikenang bab yang tak baik...tak maulah gitu kan..
takziah juga kepada semua ahli keluarga mangsa yang tekorban...
ReplyDeleteAl-Fatihah..
ReplyDeleteInsan yg baik mati meninggalkan nama..
Nangis lagi..
Al-Fatihah..tak sanggup tengok tv. Kita sedih..keluarganya, Allah saja yang tahu..
ReplyDeleteAl-Fatihah..
ReplyDeleteAlfatihah.....tak tahu nak komen apa lagi....terlalu sedih, nak tengok tv pun dah tak lalu...kalau boleh tak nak dengar lagi ada nyawa yang hilang......muga muga pergi nya dalam syahid insyaallah.
ReplyDeleteAL FATIHAH
ReplyDeleteAlfatihah utknya
ReplyDeleteTelor Power, Mulan, Blu4sky, Nenet Penne, Henrietta Hose, Shamsiah Abd Rahman, All Along The Way, Dinas Aldi, Sharifah Rosidah, Rezeki, Irfa...
ReplyDeleteTQ, kita sedekahkan al-Fatihah ya untuk mereka yang tewas ketika mempertahankan benteng keselamatan negara..
buat arwah ayah chik....kami semua bangga kerna pergimu sebagai perwira negara.wlaupun kmi masih terkejut akan kehilanganmu tpi kmi redha...semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org yg beriman.
ReplyDeleteAzliana Ramli
DeleteKami seluruh warga kerja dan juga blogger yang masuk ke sini mengucapkan takziah kepada keluaga Allahyarham Supt Ibrahim dan kepada Pn Rosiah dan keluarga, kami tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Yang terbaik yang boleh kita lakukan ialah mendoakan kesejahteraan arwah dan pahlawan lain yang gugur di medan perjuangan, semoga roh mereka dicucuri rahmat sentiasa dan ditempatkan di kalangan orang-rang yang soleh..amin!