Thursday, 7 March 2013

Pie cendawan Aaron Aziz, sup Fazura, tempura Siti Nurhaliza

Kerja kat kilang kertas ni memang boleh buat kita rasa seteress habis-habisan. Ye lah kalau silap susun kertas, habis la ko kena jerit dengan bos. Kalau silap letak warna, pun kena sound juga. Tapi sebab aku suka kerja deal dengan kertas, maka aku masih kekal kerja kat kilang ni.Seteres tu seteres juga, tapi kami biasanya nak bunuh seteres tu kami berfoya-foya di kedai makan. Kalau tak lepak kedai uncle senget, kami bergegas ke port lain sebab sekeliling kilang kertas tu ada banyak port makan yang vogue dan havoc. Jadi kamu cuma pilih masa dan pastikan kocek ada sehelai dua kertas warna biru kelabu dan tak pun yang warna kuning kemerah-merahan itu, so jalan je la.
Jid kata tak best makan kat kanting kilang, makanannya macam makanan kanak-kanak taska..ecehh kan...aku tau dia kata gitu sebab dia nak ajak aku pi makan jauh sket dari kilang. So aku pun ready je la tunggu dia bersuara. Ready tak ready selepas memandu keluar kawasan kilang, dia ajak lepak di Botanical, satu kedai makan dimiliki BIG yang juga owner pasaraya Bihgdi Publika Solaris. Yang atas ini adalah pie cendawan yang sangat sedap. Ok aku kata sedap sebab filling cendawan potobello dan carbonara tu buat kita rasa nak pejam mata rapat-rapat semasa mengunyah menikmati tekstur pie yg sangat halus itu. sedap dimakan ketika suam..dan filling cendawan itu sememang fantastic..tapi fresh green vege tu ok ok saja...ala apa kesah sayur tu pelakon pembantu jer, yg pelakon utamanya yg aku dikisahkan ini..ok pie cendawan ini macam Aaron Aziz...ceiittt! Walaupun aku tak minat Aaron, tapi keenakannya macam Aaron....hakhakhak boleh kan?
Wahhh masuk ke Botanical yang memang sebijik sebijan macam taman hijau dengan kerusi kayu putih itu, aku dah fikir apa food depa yang paling vast. Kalau tempat dah cantik gitu, takkan food ala akadar je kan..pilih sana sini, sebab nak copver line akan kebuntuan tak tahu nak makan apa, kami panggil waiter dan suruh depa suggest apa yg meletop di situ. Dan selepas berborak serba sedikit, aku tergoda dengan suo udon yang nampak cayo nau tu. Rasanya memang tak sedap langsung bagi orang lain  sebab ia hanya ada rasa cendawan yg di masak dengan air, dan diletak udon...tapi bagi aku rasa itu adalah asli, tanpa sebarang serbuk perisa dan rasa cendawan semata-mata. Nama menu ini ialah Inaniwa Udon, kombinasi white mushroom, button mushroom dan potobello mushroom. Bagi orang yang mementingkan rasa, inaniwa udon ini mungkin fail pada lidah mereka tapi bagi penggemar sup, menu ini adalah antara yg terbaik kerana ia bebas perasa. Aku tak guna serbuk perasa Ajinomoto kalau masak, jadi kalau makan food yg ada benda ni aku boleh kesan..yes inaniwa udon bebas perasa. Rasanya Less calory juga sebab ia hanya berasaskan air, no fatty fatty at all dan oily sikit jer tapi rasanya bukan fatty yg tepu..ok sup ini sangat asli seperti Fazura yang sangat cantik di mata mak!
Nafsu makan kami memang buas..muehehehe..buas kan...makan berdua je der tapi order memacam..Net one day nanti i bawak u lepak sini eh, kita nikmati sup cendawannya sambil usha sana sini yek...pemandangan sini lumayan tau..kannya lumayan apa..lumayan dengan kedai kasut dan kedai baju..dan kedai beg..haaa kannnn! So yang atas itu ialah Tofu Tempura yang sangat manja..errr manja sebab nak kena makan slowly sebab tofunya lemah lembut tapi crunchy..macam mana tu lemah lembut tapi crunchy? Aaaa korang kena rasa sendiri..pencecahnya pun boleh tahan menendang...so kami tak habis tofu tempura ni, tapau! Tofu, gebu, lemah lembut dan kena makan dengan tertib macam Datuk Siti Nurhaliza juga kan..anggun!
Ini sepesen lagi roti pelik..rasanya first time aku makan roti yang ada serat seaweed gini. Ok lepas ni boleh balik try buat kat rumah. Letak seweed sekeping dua, bakar dan roti ini dihidangkan dengan kicap masin dalam minyak zaitun. Aku tak tahu apa reason depa hidang dengan kicap masin dalam minyajk zaitun..mungkin sebab nak nampak cantik atau memang itu kombinasi terbaik untuk roti berkenaan. Nanti kita find out kenapa ia dihidangkan begitu...
Okeh caya dak air cekelat ini sangat mengghairahkan kerana rasanya yang lemak bitter..ada manis, ada pahit dan ada lemak..yang warna coklat kat dasar gelas itu bukan air gula merah, tapi ia adalah coklat cair yang bila dibancuh, rasanya berbaur dengan air krim yang difloatkan di bahagian atas...ada sedikit rasa unik. Aku pun sedut tak hengat sebab masa dah nak tamat, kami harus beredar dari Botanical, takut bos kilang kertas cari.

Nota: Entry ini adalah sangat over kan...sebab mempersonifikasikan makanan dengan pelakon...ini gayanya kami memujuk tekak untuk makan. Kerja terlalu banyak dan kami tak ada selera sebenarnya...walaupun makanan free flow depan mata...uhuk! Mak saya nak cuti...:(

29 comments:

  1. akak..
    nak nangis buka blog akak pagi ni tgk makanan
    saya tengah ganti posa ni..last day
    sehari je pun tp bercinta nak mengganti.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      jangan nanges, ganti posa dulu then lepas ni boleh makan..tak pun irfa cuba masak sendiri..senang je tu..hehe

      Delete
  2. Dlm2 byk2 hidangan yg akak order kat atas tu, sy tergoda dgn mushroom pie. Ishhh...cara akak cite tu, mcm sy lak yg makan pie tu. Ish....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah
      Mushroom pie tu memang sedap..akak dah makan banyak jenis mushroom pie tapi yg ini adalah antara yang terbaekkk!

      Delete
  3. Replies
    1. Yong
      Meh balik mesia, boleh makan sesama..hahaha

      Delete
  4. asyik cetakkkkk je...
    bila nak PRU13 nyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      ntah haku pun tatau..kami pun dah letih susun kertas neh..nak cuti..harommmmmm dapat!

      Delete
  5. Pie cendawan dan air cekelat tuu..menggoda sungguh..nyummss..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear
      Jom jumpa, nanti kita makan sesama...hihi

      Delete
  6. salam

    cuti je hehehe

    lama tak cuti pun boleh bikin kita streeees, bila stressss daya produkviti pasti menurun hehehe

    bapak pun nak cuti niiiiiiiii
    cutiiiii panjangggg hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam bapak,
      kalau boleh cuti, sekarang juga saya submit surat cuti..masalahnya cuti kami dibekukan..tu yg tertekan..sangat menekan dan rasa nak tekan-tekan saja..isk! Ehh kan ke bapak baru je habis cuti kan? Tu yg p US tu...:)

      Delete
  7. Whoa saje je nak menganiaya akak kan....tak pe akak rela tapi akak paling teruja nak makan Aaron Aziz tu....rasanya akak pernah makan sup dalam roti tu di Big Plate....rasa nya memang terbaek.....tapi Aaron Aziz ni ialah pie cendawan....kalau tengok gambar memang macam sup dalam roti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      Nak lasagna pleaseee...saya yakin lasagna akak lagi sedap dari menu ni..
      Net bila kita nak p rumah kak sha nak makan lasagna dia ni ya...

      Kak saya tak minat aron ajis, saja letak nama dia sebab nak bagi up pie tu sedap..hikhikhik

      Delete
    2. bila nak pi umah kak SR? bila both of you are free laaa wei..hahahaha

      Delete
    3. net tu la pasal, time i off time u x off..payah bebeno kita nak syncronize..

      Delete
  8. Assalamualikum LW, ... salam ziarah ... am reminded of the drink ... once upon a time pernah terbaca an article comparing the apartheid in S.Africa to this drink. So i refer to it as the apartheid drink ...

    ... the bottommost the blacks ... then the coloureds ... (like us Malays) and topmost the whites ...

    ... no more apartheid now ... but the apart and the hatred in the souls among us such in Sabah ... sorry for bringing the sadness in Sabah onto your delicious table ... thank you


    ReplyDelete
    Replies
    1. RLIM
      Wassalam, thanks for ziarah..
      Hehe i never thot abt apartheid laa masa nak minum. What i concern was it must be awesome kan sebab the kalers tu really mengancam and pahit lemak manisnya sangat bersesuaian dengan tekak..

      lets pray for our sabahan colleague..harap tiada nyawa lagi yang hilang di sana dan cepat2lah berlalu kesulitan itu..

      Delete
  9. Kerja kat sikolah pun stres kalau ada bos "cemerlang". Pagi2 dah kena dengaq dia marah & jerit2. Yg buat salah tu beberapa orang saja tapi semua orang kena dengaq dia marah & jerit2. Sekeh kang.
    Semua makanan tu seksi2 & menggiurkan belaka tapi akak paling suka ayaq yg mengghairahkan tu. I LIKE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      helemekkk saya boleh imejin caner kalau nak keje dengan bos yg sikit2 jerit dan memekak..tensel tul kan...

      Nak ayaq ghairah ka? sila turun KL kakak...:)

      Delete
  10. saya kalau penat mmg hilang selera bagi la makanan yg hebat mana pun, tetap saya tak jamah

    eh..... nama makanan dgn nama retis macam boring plak dengor hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor power
      Dulu2 sayer bantai jer kalau penat atau tak tapi faktor usia menyebabkan saya kena makan berhemah..makan nak kena pilih2 sket...hehe. makan pun ada mood tau..

      Delete
    2. Alamak....betul juga. Saya yg pun hampir lupa faktor usia tu

      Delete
  11. ni i nak marah ni..
    apsal kat kawasan ofice i tak ada restoran gitu..why???why???
    i suka sup2 mcm gambar nombor 2...
    uwaaa tak aciiii pegi tak ajak i..
    kalau ajak pun, mampu ke drive sampai ke sana semata nak lunch?? ha ha ha..mak tak mampu...ahaks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet penne
      maknya u kena pindah dok kat kawasan opis i so that kita boleh ler berfoya-foya lepak makan kat situ sentiasa..hikhikhik

      Delete
  12. LW/Net...

    Kalau akak tak jadi balik JB minggu ni.....kamu berdua boleh lah datang makan lasagna special dari akak.....nanti akak call ok.

    Akak nak call JB dulu....kalau mak sihat sikit....mungkin akak tak balek....tengok camane ya.

    ReplyDelete
  13. dengan cuaca terik bahang ni, air cekelats yg last tu je menawan kolbu...!! kulit tegang tak yah makan collagen dah.. hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      air kelapa muda mesti banyak kat sana kan musim musim panas ni...:)

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...