Monday, 4 March 2013

Anekdot...

1. Ramai benar yg nak jadi polis, pemberita, PI, SB dan segala bagai yg berkaitan dengan isu terkorbannya dua anggota polis komando kita kat Lahad Datu kan. Siapalah saya nak judge mereka itu ini, siapalah juga saya nak judge Kerajaan begitu begini..apa yang saya tahu..mereka terkorban ketika menjalankan tugas mengawal keselamatan negara. Jadi yang lain-lain tu saya tak mahu ambil tahu, saya cuma mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan para solehin..

2. Sakit hati kan bila kita sudah meletakkan kepercayaan kepada dia, dan secara tiba-tiba juga dia memusnahkan kepercayaan itu tanpa sebarang sebab. Aku boleh selami perasaan Cik Minah* yang sentiasa merujuk kepada aku mengenai kes kasih sayang ini. Katanya walaupun aku sendiri tak cukup kasih sayang, tapi aku ada banyak kasih sayang yang boleh diberikan kepada individu yg memerlukan. Bagaimana tu ya Cik Minah sayang..
"Kak Vampee, cheq memula tu tak dak la suka sangat kat dia..tapi bila dia berterusan dok tulis ka cheq luv and luv and will always luve, maka hati cheq cayor.." kata Cik Minah dalam smsnya pada aku semalam..
"Habis tu apa jadi?" Tanya aku pula..
"Dia tetiba senyap..haru betoi mamat sekoq neh. Cheq baghu ja nak cinta sayang kat dia, dia pi buat perangai buduh lagu tu..kalau dia kawin dengan cheq, hidup dia senang banyak..."
"Ooo gitu ka?"
"A ah ya la..habis tu nak lagu mana? Yg cheq dok heghan tu, dia buat sombong bongkak tak balas cheq nyer sms..cukup tiga kali dah la kan..pergi makan tanah la dia haihh..."
"Ya betol, Cik Minah toksah la dok caya lagi jantan lagu tu..banyak lagi..tak dak jantan pun tak pa kan..?"
"Ek Kak, cheq nak kawin laaa..nak ada family..habis tu gheta cheq dok ada ni nak share dengan sapa?"

Owhh itulah Cik Minah Sg Petani yg sangat naif dalam hal ini...aku pun tatau nak kata pa kat dia sbb aku sendiri pun terpatah renta tengah jalan..bab nasihat sket-sket tu boleh aaa..kalau nak over, ikut hati cheq ni Cik Minah ooii, cheq nak keghat2 semua anu jantan yg tak tau nak appreciate pompuan ni kan. Buat gulai kari ka, asam pedas ka..tuang dalam kandang itik ala-ala mona fandey giteww...setuju dak ngan ahkak???

3. Rasa aku macam tak cukup tanah nak plan jadual travel ke sana ke sini..dengar citer kilang kertas tempat aku kerja ni bekukan cuti kami sampai bulan enam..haaaa??? mampuih la kami2 ni tak merasa la nak bercuti ke taman negara, kuala tahan, kuala gandah segala bagai..hwaaaa NenetPenne plan kita caner ekk....:(

4. Dua tiga hari ni insomnia mak datang lagi. Asal masuk kol 12 jer mata mak jadi terang benderang dan mak teringat akan makhluk yg merayau-rayau di tengah malam. Kalau mak ada sayap, mak nak jer terbang join depa tu meninjau-ninjau mana calon sesuai untuk dibenamkan taring...dah lama mak tak jumpa darah gred A..kalau aku cakap gini dengan dia mesti dia kata aku puntianak budus...puntianak tak dak taring. Siap la ko, kalau aku dapat, leher ko tu dulu aku terkam...

5. Memandu dalam waktu hujan gerimis lain benar rasanya. Kiri kanan tiada kenderaan lantaran malam sudah semakin lanjut. Radio mengalunkan lagu cinta tak kesampaian, patah hati dan hasrat tak terucap. Bagaimana mahu dia menyampaikan perasaannya kepada Yaya. Sudah jenuh dia memikirkan mahu memulakan kata-kata dengan gadis yang diintainya dalam diam itu, ibarat kata Mustakim, bukan mudah memetik kesidang di lama Puan. Kesidang itu sendiri bukannya haruman biasa-biasa, tapi harumah penuh misteri kerana baunya yg hanya akan semerbak bangkit pada waktu malam. Hendak memetik kesidang juga bukan calang-calang jari diperlukan, silap memetik getah kesidang terpalit di tangan. (Yaya dan Zain)

6. "Saya dapat tahu ITNB ada offer pada sapa-sapa nak buat buku?"
"Ya betul.."
"Saya nak bagi manuskrip pada sapa?"
"Bagi pada R.."
"Tapi saya tak kenal R.."
"Bagi pada saya..ada berapa puisi?"
"Lebih kurang 70 puisi dan 10 cerpen.."
"Lagi banyak lagi bagus.."
"Oo gitu ke?"
"Nah email saya..."
"Ok tq.."
# Andainya kau tahu, hampir separuh daripada puisi yg aku tulis itu adalah ditujukan kepada kau!

23 comments:

  1. Wuih.... dah dapat lilne nak buat buku ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Ala besa besa je..aku belum bagi pun skrip tu pada dia..so lambat lagi la nak jadi buku..

      Delete
  2. sampai bulan 6 dibekukan cuti? alamakkkk..apa nih? tak perlah..tak ada rezeki, nak buat cemana kan...

    pasal kes lahad datu tu, let the kerajaan do the action lah..they know what to do..kita yang tak tahu apa2 ni jangan byk sangat kondem....

    andainya dia tahu hampir separuh puisi tu untuk dia, agak2 cemana? he he he...

    nak nasihat orang bercinta memang tak pandai tapi cuma nak kata, dont trust lelaki 100%

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      dengar citer cenggitu la..depa kata freeze sampai bulan 6 tapi i harap itu sumer rumers je la...

      yes biar kerajaan handle kan..kalau kita tak tahu pasal SOP keselamatan, baik jangan cite itu ini..

      memang dia tahu pun sebenarnya tapi dia ambil keputusan senyap dan simpan dalam hati

      Delete
  3. # Andainya kau tahu, hampir separuh daripada puisi yg aku tulis itu adalah ditujukan kepada kau!

    kak, yg no 6 tu ditujukan pd sape kak? sadis beno bunyinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,
      Ditujukan kepada orang yang suruh bagi skrip tu pada dia..

      Delete
  4. keghat2.! ganaih tu, cheq... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa
      a ah laa..apa lagi tunggu. kalau ada peluang keghat2 memang cheq nak cincang lumat...kehkehkeh!

      Delete
  5. Ooooo....planning ngan NP aje ye sis. Tak adil. Nasib jadual sis sgt padat. Maknanya kena tunda la acara2 berjalan ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor Power
      ehh meh la join..ari tu NP ada sebut nak ajak awak p kundasang..meh la join bro!

      Delete
    2. Bila tu nak pi kundasang. Best tu......nak ikut

      Delete
    3. laaa TP, nak ikut pun boleh tapi bagitau awek kamu siap2 tau..kang dia menjeles, kami tak tanggung tau..ha ha ha..

      nanti kita plan cantik punya pi kundasang yer...

      Delete
  6. Cuti kena beku kaa....apa nak buat dah nak pilihanraya tak lama lagi....orang ramai perlu kan kertas noooo.

    Tu lah kita duk dendiam je.....kerajaan tahu apa yang perlu di buat....untuk orang yang suka buat provoke tuuu....agak2 berani ke mempertahan kan negara? Asyik nak kondem je.....kang aku hantar ko kat askar2 sulu tu suruh mereka kenduri kan ko nak?

    Choi....jangan lah potong anu nya....kesian kak jemah kat sini....kak jemah tak dak problem dengan lelaki...tapi pada yang selalu hati nya remuk rendam dek perbuatan lelaki kak jemah saran kan buat lauk kari kepala ANU amacam ok tak? Ok lah ya dak asyik makan kari kepala ikan je jemu lah.

    jangan jadi Vampire bahaya sekarang ni sebab darah lelaki sekarang tak bersih silap silap ada HIV Positif...rugi rugi.....lagi satu jangan berkawan baik dengan bunga kesidang bahaya...bau nya boleh buat kawan kawan yang kat kubur tu mendekati kita....hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      ye la kak, cuti kena buku..kertas banyak nak kena kemaskini..karang tak siap kertas tu kami pula kena bantai karang..kikiki

      kak kalau ada peluang memang saya nak potong anunya tu..bbuat pekasam...hahaha..kanibal kan...

      saya kalo jadi vampire, saya pilih darah grade A je kak sha..hahahah memilih kannnn!

      Delete
  7. Akak pernah drive balik waktu malam sorang2 dari Kuala Terengganu ke Felda Chalok Barat, Setiu satu masa dulu. Kiri kanan berselang seli kampung orang & ladang kelapa sawit..sunyi..Bukak redio nak cari stesen ngaji2 Quran tapi terjumpak stesen lagu lama, lagu Puteri Bunian, nga nga nga nga ngaaaaaaaaaa...

    Nak keghat na, kahkahkah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      Saya memang kalau memandu, suka buka radio kuat-kuat, nyanyi sama-sama radio dan berangan..sekali ada suara lain aa nyanyi sama....agagagaga sapa nak jawab tu kan...huhu

      Delete
  8. puitis rupanya...

    *bila nak rewang ni?? :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog tips,
      ala puitis memain jer..ehh meh la rewang rumah kita

      Delete
  9. lama nya cuti kena beku...!!! kesian u...

    sedih betol dgn trajedi di sabah.. tercabar keamanan malaysia.. moga polis/army kita sentiasa dilindungi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      lama tak lama dua tiga bulan juga le..ni dah exhausted dah ni..tak sesabor nak p makan angin..hehe. Dan KT adalah sangat bermakna untuk dijunjungi...;)

      Delete
  10. LW dear,

    Cuti dibekukan yer..takpe ar, boss awak suruh simpan duit banyak2 tuu..kendian boleh enjoy gi holiday round the world.hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Dear..i pun dah naik beku ni..hihi kena cari tempat panas utk mencairkan hati beku ni..hahaha..ya ya kendian nak g jenjalan, plan tak hengat dah ni..:)

      Delete
  11. Hoh mesti stres klu cuti kena beku
    sy penah kena msa keje shif dulu
    abis segala planning

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...