Friday, 8 February 2013

Sepotong salmon beryogut, sehiris perasaan...

Dia: Kau bagi aku tiga sebab kenapa aku tak boleh apply dan isi borang untuk jadi pak we kau?
Aku: Ehh ko meroyan ke apa neh? Bulan belum keluar dah mimpi..apa raaa!
Dia: Ko belum jawab soalan aku..
Aku: Suka hati aku lah...bak lah cepat..
Dia: Kalo ko nak, jawab soalan aku dulu..
Aku: Ahhh cepatlah..ko nak aku jerit dalam telefon ni yer?
Dia: Peduli apa aku...kalo ko nak..jawab soalan aku dulu..
Aku: Ko kan..back hand nak tak?
Dia: Elehhh nak back hand aku konon, makan pun bersuap...pehhh..
Aku: Sumpah..sumpah! Sumpah aku benci ko...bluekkkkk!
Klik! Gagang putus...tiba-tiba Zain tersedar..mimpi itu amat mengerikan...
*********************************************************************************
Zain menyediakan tiga resipi untuk Yaya. Dia tahu Yaya akan mencuba resipi ini di dapur emaknya terlebih dulu sebelum tiba hari pertandingan..salmon masam manis..tapi perasaannya pada Yaya sentiasa manis, tiada masam langsung...dan dia sanggup menghadapinya jika berlaku penolakan di pihak Yaya. Belum cuba, belum tahu bagaimana penangannya...
Dia sengaja memberi resipi mudah kepada Yaya. Yogut masam sebagai ganti santan. Yogut juga sedap. Yaya, kalau awak nak tahu, yogut tu banyak khasiatnya..awak boleh guna berapa banyak, pastikan juga guna minyak zaitun. Potong dadu capsicum hijau dan kuning. tuang dua sudu minyak zaitun dan bawang besar. Tumis hingga naik bau dan masukkan yogut, tambah gula garam sikit.
Yaya, resipi ini adalah resipi kesayangan saya, untuk orang yang saya sayang. Ini resipi pertama yang saya cipta ketika belajar di Cordon Bleu, Paris 15 tahun lalu. Pastikan awak tahu berapa banyak kcal dalam satu hidangan small portion ini. Tak pun awak nak buat fusion pun boleh. Kalau awak nak resipi pemanis mulut daripada coklat pun saya boleh bagi kerana saya belajar dengan pakar coklat, Chef Jean Marrie Aubuenne di Paris ketika itu..untuk awak, yang manis-manis saja..
*******************************************************************************
Ketika dia tiba di dapur besar Casa Del Mar, Ruhaizat sudah sedia menunggu di sudut dapur yang ada sebuah meja kecil. Ada segelas kopi dan satu tupperware biru. Macam pernah dilihat tupperware itu.
"Zain, ada orang hantar kuih untuk kau."
"Siapa hantar?"
"Entah, budak banquet bawa masuk. Dia pun tak cakap apa, cuma katanya kueh untuk kau..."
"Biar aku tengok..."
Sejurus dibuka tupperware berkenaan, ingatan Zain melayang kepada tupperware berisi sandwich yang diberikan kepada Yaya tidak lama dulu...
Yaya! Kau kah....

Fragmen: Yaya dan Zain

Nota: Kalau anda ada dalam scene ini, apa anda mahu perkara yang berlaku pada Yaya dan Zain ini...??

15 comments:

  1. akak, buat watak ketiga. tupperware berisi kueh tu bkn yaya yg bagi tp housemate yaya.

    hihihi...kasi thrill cinta bersegi2 gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      sekali mak yaya yang bagi pada Zain...haa fenin kan...

      Delete
  2. bukan yaya yang kasi tapi lelaki yang sama2 belajar dgn zain yang kasi..kah kah kah... errrr alamak ada unsur2 gay disitu.....

    ni tak aci nih, makan salmon sorang2.... i hatchuuuuuu....

    eh tapi ahad ni jadi tau.... sambung balik hatttchhhhhhuuuuuuu.....ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net
      i pun tak tau nak buat sapa yg bagi kat zain tu..

      aa yuhachhme? ekeke meh windsor kita makan salmon sampai lebam yeh...

      Delete
  3. LW,
    tengah buat novel ke.. :D
    I imagine tadi si yaya bagi balik Tupperware bersama2 sandwich yg zain bagi dulu..yaya tak makan...boleh tak...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Blu
      konon nak buat novel la kan.,
      tapi nampak gayanya i yg jadi novel itu
      asal balik keje je krohh krohhh zzz
      kira novel gak le kan..haha

      Delete
  4. Iyer... dari Yaya, ada sekeping nota ditampalkan pada sebelah dalam penutup tupperware biru itu. Ada nama Yaya disitu...

    Ok, sambung LW.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue
      yaya dan zain bercinta dalam senyap..langsung tak cakap sepatah haram tapi setiap hari bagi bekal sana sini..kikiki

      Delete
  5. Sorry ya yaya dan zain bagi akak tiru resepi ni dulu.

    Hergh...seronok lah kamu dapat geder2 dengan Net....akak baru balik dari JB, fenat sangat tapi gian nak baca blog..,acaner?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      hehe..depa kata amik la..depa dah besa makan dan masak sesama...kikiki

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...