Bukan senang nak pilih ‘siapa’ layak jadi cinta hati kita. Kadang-kadang kalau silap pilih, tak sesuai dengan jiwa, tak boleh together-gether, tak boleh bermadu kasih dan tak boleh pandang-pandang jeling-jeling sebab bila dah terdetik rasa tidak suka, maka tak layak lagi dipanggil cinta hati. Dan bukan senang juga nak mengisi kekosongan hati yang sudah lama kosong kerana cari tak jumpa-jumpa juga 'dia' yang menepati kehendak aku.
Menyebut cinta hati pun sudah buat hati jadi suka. Aku kalau tak suka aku tak sebut ‘dia’ adalah cinta hati yang aku mahu pegang, sentuh, belai, bercakap, merayu dan segala bagai. Paling penting boleh hilangkan tekanan bila ada dekat dengannya. Betapa besarnya pengaruh cinta hati dalam kehidupan. Dulu ada, tapi sebab aku asyik tinggalkan dia, dia buat harakiri...
Singgah satu kedai, saja nak berfoya-foya...ya itu dia...cinta pandang pertama..roman kuning langsat dalam penampilan tersendiri serta bersahaja buat aku tak boleh lupa kepadanya. Sangat mengujakan untuk didekati dan dikenali, malah tidak sabar untuk memadu kasih setiap pagi sebelum kuar pi kerja dan sejurus balik keje sebab aku tahu dia akan jadi teman paling setia, akan sentiasa tunggu aku tanpa jemu. Walau aku balik larut malam, dia akan setia tunggu depan pagar..ohh Mr Patrick...kehkehkeh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Inilah Mr Patrick yang ditunggu-tunggu:
Menyebut cinta hati pun sudah buat hati jadi suka. Aku kalau tak suka aku tak sebut ‘dia’ adalah cinta hati yang aku mahu pegang, sentuh, belai, bercakap, merayu dan segala bagai. Paling penting boleh hilangkan tekanan bila ada dekat dengannya. Betapa besarnya pengaruh cinta hati dalam kehidupan. Dulu ada, tapi sebab aku asyik tinggalkan dia, dia buat harakiri...
Singgah satu kedai, saja nak berfoya-foya...ya itu dia...cinta pandang pertama..roman kuning langsat dalam penampilan tersendiri serta bersahaja buat aku tak boleh lupa kepadanya. Sangat mengujakan untuk didekati dan dikenali, malah tidak sabar untuk memadu kasih setiap pagi sebelum kuar pi kerja dan sejurus balik keje sebab aku tahu dia akan jadi teman paling setia, akan sentiasa tunggu aku tanpa jemu. Walau aku balik larut malam, dia akan setia tunggu depan pagar..ohh Mr Patrick...kehkehkeh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Inilah Mr Patrick yang ditunggu-tunggu:
Kombinasi warna yang cantik..lepas ni akan menyusul pula Mr Bean.. :) |
* Kerang hidup adalah baja paling baik untuk menyuburkan orkid.
* Sila bercakap dengan pokok orkid ni. Walaupun tumbuh-tumbuhan jer, tapi ada roh.
* Jangan siram orkid selepas matahari naik kerana air siraman yang suam atau panas akan mencederakan akar orkid, langsung sentap pokok tu tak pun mampos terus..
* Dan jangan siram orkid selepas hari gelap kerana akar yang lembap pun tak elok juga untuk pembesaran pokok ini yang mengada-ngada.
* Jika ikut semua petua tu..gerenti orkid anda gebu-gebuan!
laaaa, munge rupenya...
ReplyDeleteTina
DeleteAkak suka kuchen tapi sebab asthma, jadi allergic dengan bulu kuchen tu..akak suka ikan juga, tapi sebab kerap outstation, ikan pun majuk lansung buat bunuh diri dalam akuarium,...so rasanya munge ni paling sesway sebab osmet akak boleh tolong showerkan...tak pun kalo hujan, segar le chenta hati saya tewww...ekekeke!
saya suka tanam orkid dan tumbuh-tumbuhan lain tp tak reti nk jaga. kesudahannya layu, kemudian innalillah...maka bab membaja, membelai suruh suami je. saya pandai siram semata. huhu..
ReplyDeleteSiti,
Deleteakak suka tanam semua pokok bunga dan apa saja pokok herba tapi dok KL ni tau le kan, pemaju kedekut tanah dan akak pun tak kaya duit nak beli rumah ada tanah besar..so tanam je la orkid yang memang akak suka sebab ia unik. sebelum ni masa dok sri gombak orkid akak berbunga gebu dan tak henti-henti sebab guna kaedah bercakap..memang tak logik tapi hasilnya sangat ohshemmmm...hehe
oh kak. mulai dr hr ni saya nak berckp dgn pokok orkid saya itu. ade sepokok ini kan, bunga dia cantik tp sekali je berbunga. harap2 berbunga la lps ni. huhu
DeleteSiti
Deletesialakan bercakap, kalau berbunga bitau akak ya..
saya tak nampak bunga tu... saya nampak orang lain daaaaaaa... cannot wait one dah rasa ni.. tak sabar2.. bila ni dapat jadi inspector gejet..?? hehehee..
ReplyDeletem.u.l.a.n
Deletedear..alahai inilah chenta hati saya, Patrick namanya..memang tiada dua dan tiada tiga..oooppss tapi lepas ni follow by Mr Bean, Mr Brat, Mr Ram etc..hahaha gediks sangat kan sebab sumer i nak letak nama guys...chehhhh!
patut orkid kat rumah semua dah mati..
ReplyDeletetak tau orkid makan kerang
tak pernah cakap dengan orkid
siram pokok bila dah siang
siram pokok lepas matahari terbenam..
Blu dear,
Deleteorkid suka darah segar yang menitis dari kerang tu...memang ini baja nombor 1. Tapi maybe akan ada bau kurang enak sket la sebab kerang tu kalau tersengeh gitu busuk la dua tiga tapi lepas siram sehari dua, bau akan hilang dan tunggu sebulan..berbunga la orkid tu..kita guna kerang je la ni..cadang nak buat para untuk orkid kat space kiri tu...
amboi..amboi..amboi! coverline nampak? hehehe...
ReplyDelete*dalam hati ada taman bunga* :)
ps: metaphore, Mr Patrick = orchid? ohsem!
Eliza,
DeleteDarling...muehehe..ya ampun...tolong cari Mr Patrick yg real 1 untuk i ya...adehhh laaa itu adalah pokok munge kesukaan saya..not more than that..dan saya masih menunggu Mr patrick yg real yang ntah kat mana wujudnya...kikiki..ini entry tricky..ehh tak lah...i mean entry pokok bunga yang dipersonifikasikan sebagai orang...
i tot mr. patrcik ye*h... kusss semangat.... heeeee
ReplyDeleteini bunga orang kaya2 nih...
i kalau bunga cerewet mcm ni memang tak akan adalah i nak bela...
but who is mr. bean? spongebob ada tak???
ok nanti i datang, i pun nak bermesra2 jugaklah dgn mr. patrick nih...
NP,
Deleteye ye sila datang nanti kita beramas mesra dengan mr mr yg i ada ni..semuanya ohsem ohsem belake...o ya nanti i sediakan mr spider untuk you jadikan pakwe angkat...kehkehkeh..
spongebob tak de...tapi tarzan ada...gagah perkasa gitu kan..hik!
wow... cantik! dulu kakak saya pun suka tanam orkid, suka tgk orkid dia yg berbunga macam2. memg orkid unik kan, tapi sayangnya ianya kaku dan sombong tapi manja!
ReplyDeletepertama kali dengar kerang hidup digunakan sbg baja bunga orkid. dan juga petua2 lain tu.
Su,
Deletecantik kan..kalau kita perhatikan tesktur urat pada kelopak tu..walaupun ada lima kelopak je saya memang suka perhati detail coraknya tu. Arwah mak saya tangan sejuk, dia letak saja pun pokok bunga boleh hidup beranak pinak..tapi memang kalau tak kena gaya, orkid jadi sombong, sebab tu saya guna kaedah bercakap dan manja2 sket...hehe...
ya cubalah guna kerang...
Kerang hidup nanti membusuk la kak...
ReplyDeletetak busuk ke?
Nizam.Ariff
Deletebusuk la tapi kejap jer..ko siram dua tiga hari hilang la busuknya
lagipun cukup letak tiga atau empat biji je untuk sepasu orkid
jangan lak ko letak sampai sekilo..memang bau busuk la kalo gitu...
ehh rumah baru kan, cantik tu kalo ada orkid di laman..
laaaa..Igt kan Patrick dlm kartun Sponge Bob tadi...hahaha
ReplyDeleteThanks for the tips..saya dah 3-4 tahun tanam bunga orkid, mmg jenuh nak menunggu dia berbunga...any tips?
DZ
Deleteehh bukan Patrick spongebob, ini patrick saya..munge urhhkedd...hehe
memang ada yg tak kena tu sebab tak berbunga..cer try sembang-sembang sket sebelum pi keje, siram cermat-cermat dan jaga dengan penuh kasih sayang. arwah mak saya kata orkid ni adalah pokok bunga yang ada roh..sebab tu nak kena dijaga dengan baik. dulu saya selalu kata bye-bye bila nak tinggal pi keje dan bagi salam bila saya balik rumah setiap malam..memang tak masuk akal tapi hati suka sebab orkid jadi gemuk dan rajin berbunga.
tips eh: boleh letak arang, kulit kerang, bata warna merah dan sabut kelapa juga..sebab semua benda ini adalah sejuk dan meresap air, jadi akar orkid akan mencengkam kemas pada benda sejuk. tapi kalau batu jalan yang tajam2 tu, jangan...sebab ia menyimpan haba panas sebenarnya dan orkid alah dengan haba panas begitu..
sangat chantek....teringat orkid rietta yang dorg tersembur racun masa racunkan rumput...sedey.....
ReplyDeleteRieTTa,
Deletelaaa naper sampai tersembur racun...sayangnya...tanamla yg baru..gerenti subur sebab rietta pun sua orkid kan :)
Mr Patrick?.....ok akak doa kan semuga jalinan cinta kamu dan dia akan berkekalan.....semuga dia akan sentiasa berada ditaman kamu dan semuga dia akan sentiasa menceria kan hidup kamu.....insyaallah kalau kita jujur dengan diri kita dia pun akan jujur dengan kita....siram dan baja lah dia setiap hari....biar dia bertambah subur sesubur niat kamu, amin.
ReplyDeleteKak Sha
DeleteA ahh Mr Patrick saya yang sangat ohsem dan hensem ni..kuning langsat bercampur perang giteww...ekekeke macam orang pulak kan..ia adalah orkid...kak sha, imejin...kalau tetiba orkid ni bertukar jadi orang..ahahahah mau kacau bilau jap...erkkk!!
Kalau Mr. Patrick yg itu, konpem la menjadi2 asmaradana, bercumbu rayu, memadu kasih, membujuk rindu dendam berahi di Windsor naa, heheheee :D
ReplyDeleteKak Dinassss
Deleteowhh memang konpem menjadi kak...sangatlah saya suka statement akak...ahahahaha gediks kan..tapi tak pe...Mr Patrick saya adalah sangat marbales kak..
Dik,
ReplyDeleteSpicis Mr. Patrick di sini sgt-lah mahal. Infact segala suku-sakat Mr. Patrick di sini sgt-lah mahal. Paling busuk pun RM150 sepasu. And dgn tgn yg x serasi dgn spicis orkid, K.Sham mmg tarik diri..
p/s;
MIL pulak jenis main sangkut pasu orkid bawah pokok bunga kertas, siram pokok pun ikut suka-suki.. still orkid-nyer berlumba-lumba nak berbunga. Clueless..
Kak Sham,
DeleteMak aihhh sampai RM150 sepasu..kalau kat tepi opis saya dah dapat 3 atau 4 pasu tu...saya pun tangan tak le hijau mana tapi so far kalau saya letak orkid, rose dan melur..menjadi juga..Alhamdulillah...tu yg suka nak tanam tiga spesies ini saja..lepas ada Mr Spider, Mr Brat dan Mr KA...kehkeheh!
MIL kak Sham tu macam arwah mak saya...dia campak akar parsli pun hidup..tak sangka. Dia juga suka tut bunga kertas. masa dia ada dulu, rumah kami kat kg macam taman bunga kertas sebab warna semua pelik-pelik hasil kerja tangan dia. arwah bapak saya pula tangan panas, jadi dia tukang siram..:)
hah..kerang yg kita makan tu boleh jd baja?
ReplyDeletebape kilo kena guna?
beli sekilo kerang,,
1/2 kilo rebus makan'1/2 kilo buat baja okey kot
Irfa
Deleteya boleh jadi baja. Irfa letak lima biji je sepasu. Tapi kena kopek dulu kerang tu supaya darahnya menitik ke akar. Mungkin dua tiga hari akan ada bau busuk pada pokok tu sebab bau kerang..try la insyaAllah orkid gemuk dan cepat berbunga...
Terkono den. Ingat kaum kerabat spongebob tu.
ReplyDeleteKat sini orkid sepasu berharaga diantara 12-25 Euro. Agak murah lah.
Khairul Abdullah
Deletehehehe..saya dah lama tak tengok Mr Patrick spongebob sebab anak buah saya suka tengok Oggie dan Pororo saja..
Kalau 12 -25 euro tu memang murah le..Mr Patrick saya itu harga RM58...mahal juga pada saya tapi sebab sudah suka pada bunganya, saya beli juga...