Kadang-kadang dalam LRT, kita tak tahu kita dok sebelah sapa. Mungkin
mereka itu adalah GM kepada syarikat multi nasional. Mungkin juga mereka
itu adalah hartawan humble yang sesaja suka nak naik bas sebab dah
bosan naik kereta mewah yg ada driver. Malah tak mustahil mereka itu
anak orang kaya-kaya yang tak pandai bawak keta, jadi terima sajalah
seadanya sesapa yang dok sebelah anda.
Ok aku pernah duduk sebelah menteri, sebelah pengantin, sebelah ketua
jabatan, sebelah pengarah bomba kuala lumpur..ehh tetiba masuk ketua
pengarah..muehehe, duduk sebelah penagih dadah, duduk sebelah serial
rapist (ada kah mereka ni berkeliaran???) dan duduk sebelah mamak kacang
putih.
Pernah juga duduk sebelah mamat handsome, pernah duduk sebelah mak artis yang mana anaknya sempat jadi bahan mengumpat aku..nasib baik tak kantoi dengan mak artis tu kan (my bad), pernah duduk sebelah ratu cantik dan duduk sebelah brader lemau yang lalok. Kita masih juga tak tak tahu siapa mereka kan..cuma agak-agak je.
Tapi duduk sebelah dua bro
yang dikenali seantero Malaysia ini, rasa risau semacam saja dan saspen
setiap kali nak makan sebab depa tu rajin sungguh berbual dan meneka
serta bergossip mengenai rahsia makanan yang dihidang di dalam pinggan
di depan kami.
Banyak ilmu chef ni...tanya apa saja pasal food, dia boleh jawab.. |
Abang baju biru: Abang...saya rasa ini ada campuran rempah, yang ini ada garam masala, yang ini ada serbuk cili ni. Ni cili ni pedas ni..ni temu lawak ke apa? Spesies kunyit kot yer..(then dia terus sambung cakap pasal whatsapp, bbm, etc etc dengan amoi sebelah dia)
Yang si abang dengan muka cool dan jambang putihnya: Ok yang ini buah berry kering ni, yang ini adalah sejenis cili dari Mexico, yang ini aiskrim mahal ni, kalau u beli aiskrim dan dah cair, jangan beli ya (katanya pada aku).
Sempat tukar2 whatsapp dengan bro baju biru ni...tukang masak handal tu... |
Manakala aku ni pula: Chef, saya nak masuk MasterChef tahun depan boleh tak? Chef ini buah apa? Chef eskrim ni banyak kalori tak? Chef depa buat pulut kuning dengan gulai nanas udang ni masuk tak? Chef onde-onde ni ok tak?
Tetiba abang baju biru mencelah: Cik kak, makan saja. Jangan nak banyak tanya, rugi tau. Ni semua hidangan mewah. Cik kak, kalau datang tempat gini, jangan tolak tau. Tu, apple crumble tu, cepat rasa. Tu haa krim mewah tu, taruk banyak sikit...tu kopi kat depan tu, cepat minum. Adehhh semua nak suruh aku makan. Tidakkkkkkkk!!!
Dan kedua-duanya adalah sangat ohsemmm! Aku dah berangan nak minta resipi mereka yang paling hebat, tapi ada suara kata jangan nak mengada-ngada, depa dah cukup baik dengan ko LW, toksah buat malu...kikiki...sesungguhnya duduk sebelah mereka ini adalah satu keuntungan sebab walaupun hanya dua jam, banyak perkara mengenai rahsia masakan aku tahu. Tq Chef..
LW,
ReplyDeleteorang dah suruh makan..pejam je mata..bedal je..hihihi
Blu,
Deletetak sampai hati nak merosakkan diet yang sudah berlangsung dua minggu..hehe
macam bagus jer i ni..berat tak juga turun..
LW,
ReplyDeleteJeles, jaki, cemburu.. & yg sewaktu dgnnya.
(sebab dpt mkn yg best2)
Diaorg ni pun hanya umat Muhammad.. cuma kita saja yg bg gred A,B or C & etc..
p/s;
siapakah suspect yg "di-blur" kan wajah nyer itu??
Kak Sham,
Deletemasa tu memang teruja makan itu ini, sampaikan air masala punch pun kita orang kena minum sebab bini duta kata kena try ayaq tu..haish..minum air garam..
a ahh siapa ya suspect tu yg berselindung di sebalik semburan warna tu...kikiki
Boleh ker tahan diet tuu..?. asal jumpa orang jer kat kedai makan.*belasah jer* hikhik :)
ReplyDeleteEliza dear,
Deletetu lah dianya, asal appointment jer, lokasinya kedai makan..habis tu cemane na kuruskan badan..hehe
kak....jelesnya iols...
ReplyDeleteCt,
Deletei ollss lagi tak mahu makan..sebab makanan yang dihidangkan terlalu rich dengan lelemak..
Kesimpulannya.. LW adalah seorang yang sangat terkenal di kalangan vip dan selebriti di tanah malaya. :)
ReplyDeleteKhairulllll,
Deleteamboi ayat tu nak caras i habis yer...satu malaya gitewww...ya satu malaya i kenal orang tapi orang tak kenal i..hikhikhik!
Untung la untung la......hari ni dalam STAR ada keluar pasal cerita ni....tapi akak musykil la chef rohani tu half malay half chinese ke?
ReplyDeleteKak Sha
DeleteChef Rohani Jelani tu Malay tapi maybe dia ada mix blood, kita tak tahu kan..
rezekiiii..bla nak ngeteh kat liyas?
ReplyDeleteAbg Bro,
Deletenanti ya kita cari masa..banyak nak sembang..
Apa rahsia karipap yang sedap?
ReplyDeleteNizam.Ariff
Deletekesedapan terhadap karipap adalah bersifat subjektif. Maybe ada orang melihat kepada intinya, ada orang melihat kepada kulit karipap dan orang lain pula melihat keseluruhan seperti klim yang cantik dan tersusun serta kulitnya licin dan tidak menggerutu apabila digoreng. Aku suka karipap pusing, cantik nau ..makan pun berselera je kan..
LW ni pun pastinya bukan calang calang orang :)
ReplyDeleteSaya teringin nak duduk sebelah Anthony Bourdain, sambil layan dia makan nasi kandar...ekekee
DZ,
Deleteehh jangan tuan...bukan saya seorang yang hebat, kita semua hebat kerana kita adalah semulia-mulia makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini. Kalau cakap pasal tukang masak, saya nak jadi macam Chef Wan...travel all around the world..bestnya!
i call u, naper tak dapat?
ReplyDeletewahhh semua ni orang kaya2 ni dan taraf sosial yang tinggi nih @socialite .... ooh mungkin u tak boleh kawan dgn i kot sebab i ni taraf kelas bawahan jer..... nanti kot2 u jatuh saham ....
I driving la u..nun p Broga sana sampai i rasa macam drive pi hujung dunia..
Deleteerr depa la orang taraf tinggi2, i taraf besa-besa ja..tapi saham i tetap naik...kikiki..
Yg paling tak best waktu makan2 ialah bila duduk sebelah orang yg suka kontrol makan, peh tu dia dok jeling2 tengok akak makan DAN jugak bila ada yg kutuk akak kuat makan. Sentap akak bila orang tegoq akak makan. Sentap.
ReplyDeleteYou are very lucky to have met those people, dik LW :)
Kak Dinas
Deletesaya sentap sebab ngeri memikirkan kalori dan segala bagai lemak sebab depa tu asyik dok cakap carbo, protein, kalori etc..depa kata makan jer LW, jangan pikir tang tu kalu dapat food macam tu..sepa selamba je makan..saya yang terkulat-kulat...aduhhh!
Okeh.. aku cemburu.. huhuhu
ReplyDeletereenapple
Deletealaa jangan gitu weiii...
bila nak mai Windsor?
This comment has been removed by the author.
Deletesmbotak,
Deletenanti aku sms ko.
woowww... best ni dapat duduk dengan vips... terasa nak duduk kejap je sebelah anuar zain mua hahhahaaa...
ReplyDeletem.u.l.a.n
Deleteehh boleh jer..i pernah dok sebelah dia..wow! bangga sat..kikiki..walaupun dia tak tahu pun i ni sape..:)
salam
ReplyDeletemamam je hehehe
wsalam bapak,
Deletemamam jer..haishhh sayang la saya punya diet..kekehkeh..
mmg bertuah sungguh jd kak lw ni
ReplyDeletemakan sesaja..bukan sebarang tukang masak pulak tu
Irfa
Deletealhamdulillah..hidup pada tahap gembira ni..hihi