siapalah aku nak meminta-minta pada Tuhan
layak kah juga aku nak merayu-rayu kepadaNya
dengan hanya bekal iman yang tidak lebih nipis daripada kulit bawang
dan amal jariah yang tidak lebih kecil daripada hujung jarum paling halus
maka serasanya aku tidak layak untuk berlebih-lebih meminta kepada Dia
Yang sentiasa mengetahui dan Yang sentiasa penuh dengan rahmat kepada hambaNya
siapalah aku yang nak mendakwa bahawa aku ini layak untuk menadah tangan kepadaNya
sedang amal ibadat pun jauh lebih sedikit daripada segenap buih di samudera lautan
perlukah juga aku meminta kepada Dia bahawa berikan aku sebanyak mungkin rahmat
dan sudikah Dia mendengar keluh kesah aku yang sentiasa alpa dengan rahmatnya
aku sedar, kewujudan ini adalah dengan ihsanNya
dan buat kesekian kalinya, hari ini, saat ini..
aku berasa diri dianiaya sehabisnya
aku berasa seperti diri direntap nyawa walaupun kematian belum tiba
aku berasa seperti tiada nikmat lagi untuk hidup
maka dengan itu, Tuhan..aku bermohon lagi dan lagi kepadaMu
bagaimana harus aku lalui keadaan ini
aku yang selamanya kerdil di sisiMu
justeru aku mohon lagi
kembalikan nikmat itu...
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
kak..
ReplyDeletesaya pun ada ketika lepas solat,menadah tangan tapi buntu nak mintak apa sebab malu padaNya..dah banyak DIA bagi tapi masih saya nak mintak lagi itu ini..malu sebab amal ibadat tak sebanyak mana.tapi selain dariNya dgn siapa lagi tempat utk kita mengadu
Irfa,
Deletekan..kita ni (diri akak sendiri sebenarnya) sentiasa meminta-minta pada Allah tapi suruhanNya yg mudah ringkas itu tidak juga tetap keadaannya dan leka sana sini tapi apakah yg terbaik untuk kita lakukan dalam keadaan ini, hanya DIA yang faham..jadi baiklah terus direct kepada Dia..memang dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang..setapak kita menuju Dia, berlari DIa menuju kita..
memang adanya Dia adalah sebagai tempat untuk meminta/mengadu. adanya kawan sebagai tempat untuk bercerita...
ReplyDeletesmbotak,
Deletebetul..DIA aalah tempat mengadu paling terbaik..gerenti rahsia tak pecah..
occay dear...this gonna be long...but this really suit to soothe you I hope...
ReplyDeleteDoa orang yang dizalimi sangat cepat ALLAH SWT perkenankan. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih terhadap hamba2Nya, lebih2 lagi terhadap mereka yang dizalimi.
ALLAH SWT memakbulkan doa orang yang teraniaya tanpa tangguh2, sebagai balasan ALLAH SWT terhadap orang2 zalim. Cuma adakalanya ALLAH SWT tangguhkan pembalasannya di dunia bukan kerana ALLAH SWT lupa, tetapi untuk memberi masa orang yang zalim itu insaf dan bertaubat.
Firman ALLAH SWT:
Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka ALLAH lalai akan apa yang dilakukan oleh orang2 zalim, sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (Surah Ibrahim:42)
Saiyidina Ali berkata: "Awaslah dari doa orang yang teraniaya sebab ia minta haknya dari ALLAH dan ALLAH tiada menolak hak seseorang."
Rasulullah SAW pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Anas RA maksudnya:
#Zalim ada 3 jenis:
1. Zalim yang TIDAK diampunkan oleh ALLAH... iaitu mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain.
2. Zalim yang MUDAH diampunkan ALLAH... iaitu perbuatan maksiat antara manusia dengan ALLAH.
3. Zalim yang TIDAK AKAN DIBIARKAN oleh ALLAH...iaitu menganiayai sesama manusia, maka pasti akan dituntut oleh orang yang teraniaya di hadapan ALLAH SWT.
Nauzubillahminzalik... sama2lah kita berhati2 agar tidak melakukan penzaliman terhadap sesama makhluk ALLAH SWT. Kerana bukan sahaja di dunia disegerakan balasannya, bahkan kalau orang yang dianiaya menuntut di akhirat, maka bertambah2lah penderitaan yang ditanggung.
Farah,
DeleteTerima kasih tak tak terhingga...rasa ringan sikit 'sakit' yang dialami..walaupun tidak sembuh sepenuhnya tapi adalah satu kelegaan juga..ibarat seperti meneguk segelas air yang sejuk mengalir ke kerongkong pada hari yang amat panas. much appreciate...tq Farah..semoga farah juga beroleh kelapangan..
my pleasure sis... ^_^...take care occay...
Deletetq dear..u too!
DeleteLW sayang,
ReplyDeleteTahukah bahawasanya selepas solat kita amat diminta meminta kepada-Nya, kerana org yg sebaliknya adalah umat yg paling sombong.
Tiada tempat lain yg paling afdhal bagi kita meminta selain daripada-Nya.
Dan sesungguhnya doa orang yg teraniaya adalah doa yg paling cepat dimakbulkan (bi'iznillah)
p/s;
Be strong & keep your faith up high.
Org yg paling kerap diuji sesungguhnya adalah org yg amat bertuah.
Kak Sham sayang,
DeleteTerima kasih info.. apabila berada dalam keadaan hati rusuh..sentiasa ada syaitan yang mengacau dan menidakkan kebenaran dan kebaikan berdoa..walaupun saya sentiasa memaksa diri berdoalah walaupun seminit dan seringkas lima patah perkataan (Ya Allah, permudahkan urusan ku..)..dan kebenarannya memang nyata kerana Allah Maha Mendengar.
Saya teringat-ingat ada satu kisah berlaku pada zaman nabi (maaf lupa zaman nabi yg mana dan siapa hamba sahaya yg terbabit dalam kejadian ini) Si anu tidak pernah berdoa kerana berasa malu dan merendah diri kepada Allah lantaran dia insan paling daif di mata PenciptaNya dan berasa tidak layak untuk berdoa serta meminta-minta..jadi lama juga dia tidak pernah berdoa sehinggalah dinyatakan bahawa memintalah dan berdoalah terus kepada PenciptaNya itu, dan akhirnya dia berdoa kepada Allah sentiasa. Jadi saya ambil iktibar di sini bahawa betapa rendahnya martabat kita di sisi Allah, namun kita juga adalah makhluk yg paling mulia di sisi Allah yang mencipta kita..) dan akan terus berdoa selagi saya mampu. Doa juga tidak semestinya menadah dua tangan, kata-kata juga adalah satu doa.
Kak Sham,
Saya tidak pernah kisah dan mengambil kira apa yang berlaku sebelum ini walaupun ‘teruk’ keadaan yang menimpa saya kerana menganggap ia adalah peringatan untuk diri saya juga tapi apa yang berlaku kali ini benar-benar terkesan dan terdetik dalam hati, saya berasa dianiaya dengan cukup halus...tiada luka atau cedera tapi rosak binasa seketika..
Begitupun, saya yakin Allah Maha Kaya dan semua ulasan sahabat blogger yang ada di sini amat saya hargai sangat-sangat kerana setiap patah perkataan itu adalah satu doa, ia melegakan dan meredakan hati saya..bahawa masih ada individu yang benar-benar ikhlas, walaupun tidak pernah bersua...
usah malu meminta2 pada Allah kerana dia maha mengasihani..Allah pun arif mengenai perangai manusia nih...
ReplyDeletecabaran akan tetap datang samada kita suka atau tak
my nasihat for you is to bertabah mcm i bertabah walaupun kondisi mcm sama tapi tak sama.. tapi yang penting ialah kita sama2 teraniaya..
eh mcm skima pulak i kan? eeeeiiyakkk....
-NP-
Net,
DeleteYa..akan terus berdoa.. dan U juga..jangan berhenti berdoa kerana Dia sentiasa mahu mendengar permintaan kita hambaNya ini..
Ni i sambil bertabah, dan terus bertabah dengan cara i sendiri...betul tu kondisi kita macam sama tapi tak sama..ada certain-certain part sama kan..
Skima kah???? Hihi...nanti kita berskima di Tapah Road yer..bila nampak Aurora pun kena skima juga, nanti dia kata makcik dua horang ni kurenggg....hihik!
Malu meminta meminta dengan ALLAH ?.....bukan kah kita ini hanya hamba yang kerdil jangan sekali kali malu meminta minta dengan ALLAH...Akak lebih rela jadi pengemis dengan ALLAH dari manusia....sesungguh nya DOA kita kita yang dianiaya ni sangat cepat di makbulkan oleh ALLAH..percaya lah.
ReplyDeleteKak Sha
DeleteYa..rasa malu sebab bila susah jer rasa nak berdoa sungguh-sungguh..itu lah maksud saya. Tapi sejak dulu saya yakin kita semua sentiasa berdoa selepas solat walaupun kontot atau panjang doa itu dan wajar juga berasa malu kerana kekurangan saya sebagai insan yang sangat kerdil di sisiNya...betul tu Kak Sha, lebih baik kita mengemis, meratap dan menangis kepada Dia kerana pastinya rahsia itu tidak akan terbongkar. Cuma kali ini saya memilih untuk melepaskan sedikit tekanan dan bebanan di blog kerana yakin dengan keikhlasan sahabat handai yang saya kasihi di sini...tq kak sha.
Siapa buli dik LW? Semoga dik LW dikurniakan ketabahan & semoga sentiasa berada dalam rahmatNya.
ReplyDeleteKak Dinas,
DeleteSiapa pembuli itu?? Road bully kak, ...ehh tak lah...kiki. Kak Dinas, kita tak usik org pun org dengki dengan kita..orang dengki sebab kita tak pernah susah hati atau menunjukkan rasa tertekan dengan apa yg berlaku..kita redah semua apa di hadapan...itu pasal depa heran dan mengenakan sedikit tekanan...Alhamdulillah...saya yakin kalau dengan izinNya, tekanan itu akan jadi ringan seperti angin sepoi-sepoi bahasa dan ringan jika saya redha menerimanya...tq doa akak.
salam
ReplyDeleteinsyallah
Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam Bapak,
DeleteYa Insya Allah..dan Alhamdulillah sangat sebab di pagi Jumaat ini saya menerima pesanan-pesanan yang sangat membina minda dari bapak dan rakan blogger lain yang sangat saya hargai dan hormati...
Awak kuat, awak tabah..saya doakan yang terbaik untuk awak dan juga semoga ALLAH S.W.T memperkenankan doa awak. Aminnnn.
ReplyDeleteKhairul Abdullah,
DeleteTq doa itu. Ya, saya..dan kita semua, ada kekuatan tersendiri yang kita tidak tahu..bila berada dalam situasi begini..inner strength itu muncul, ditambah pula dengan kata-kata sokongan di sini..ia jadi kekuatan yang berkali ganda. Dan sekali awak berdoa untuk saya dan sesiapa saja, saya yakin berkali ganda ALLAH SWT kurniakan kebaikan kepada awak..Aminnn..
Allah itu maha pengampun lagi pemurah........ minta lah apa saja insyaallah pasti ditunaikan, samada cepat atau lambat... sabar ye
ReplyDeleteMyStoryPic
DeleteInsyaAllah..kita boleh memohon apa saja daripadaNya kan..walaupun hanya terdetik dan walaupun baru saja bercadang-cadang nak meminta, Dia sudah tahu..semoga kebaikan juga bersama anda..happy Friday ya!
LW yg dikasihi,
ReplyDelete"Listen to many and speak to a few". And i always choose to speak to god rather than friends. Trust no one but urself and ur siblings. Itu lebih selamat.
What can be worse than being mangsa fitnah, dear. People speculating rumours based on assumptions about something that u never did. Tepuk dada tanya iman jgn pulak tanya Aiman. ekekek...
And still..i can be silence cos i believe in god. HE acts in a mysterious way. Allah tahu kita kuat sebab itu kita diuji. Its a learning process thru journey of life.
Whatever obstacles u going thru now, stay strong. Proceed with ur dieting and exercise program. Do it for ur own good and not for others sake. Love yourself more, adikku sayang.. :)
Sist El dear..
DeleteWe never know..dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan..sama ada di sedari atau tidak. Before that i never took seriously about what they hv done to me..because i know that was only a ‘simple test’ but then this time looks like TKO for me and i was flat! Basically, yet it make me more strong and ‘stubborn’ in a way to prove that mereka itu juga tidak lebih dari manusia macam saya. Kini adalah masa mereka berada di atas..perjalanan masih jauh untuk saya dan mereka. Mungkin bila tiba masanya mereka akan sedar bahawa langit itu tinggi dan berlapis-lapis.
Quote from Sun Tzu: Art of War - musuh itu seperti api dan api tidak oleh dilawan dengan minyak, sebaliknya biarkan ia menyala seketika dan air adalah perkara terbaik untuk menewaskannya.
So what i should do is make myself calm down..cool and plan for the next..not to put them in trouble but i will do my own way..stay away from them...the far the better..no matter what obstacle it is, bad or good..i still stand with HIS will..insyaAllah..
Tq sayang..hihi :) err sudah tukar pic baru yer si comel tu..
aku selalu percaya yang doaku di dengar Dia.. LW.
ReplyDeletejgn malu meminta-minta padaNya. Dia kasih pada umatNya yang meminta-minta... (pernah terbaca tentang ini)
Doa adalah salah satu usaha kita.. benar adakala kita lupa pada DIa tapi Dia tak pernah lupa pada kita..
Nong
DeleteYa aku yakin Dia Maha Mendengar dan ini adalah ujian untuk aku...supaya aku jadi lebih kuat dan baik selepas ini..
Salam LW.
ReplyDeleteAik....tak pa ...nanti kita pekena darrcha kambin, mesti lupa segala! Come on...life is too short to fret! Esok matahari masih menyinar! Live life to the fullest!
Uncle,
Deletedarchha kambeng?? bila?? bila? lama dah i tunggu auntie punya darcha neh..
Salam LW... sori, baru baca. Be strong okay. Nampaknya ramai sahabat blogger yg memberikan kata2 semangat di sini, dan saya tumpang sekali mengambil manfaatnya. :)
ReplyDelete