Sunday, 23 December 2012

Raja sehari..

Kenapa raja sehari? Kerana pada hari yang serba manis itu, individu yang bergelar raja sehari  menjadi titik tumpu,  duduk bersimpuh manis di atas pelamin menunggu pasangan pelengkap hidup. Dengan penuh upacara, dikelilingi kaum keluarga terdekat, saudara mara, sahabat handai dan sesiapa saja yang secara tidak langsung meraikan pertukaran status seorang dara kepada 'Puan' dengan doa dan amin yang dibaca.
Bagai pinang dibelah dua, bagai sirih pulang ke gagang, bagai keris pulang ke sarung..sama cantik sama padan.hijau pekat merenjis warna ceria.selamat pengantin baru kepada blogger MizNorul dan pasangan.
Seiring itu juga tanggungjawab menjadi sedikit berbeza kerana segala-galanya perlu difikirkan untuk diri orang lain juga dan bukannya diri sendiri. Kepada adinda Norul Hafizah dan Wan Ahmad Fadzli, semoga rumahtangga yang dimeteri pada 21 Dis kemarin kekal hingga ke anak cucu..
Perkahwinan itu terlaksana apabila kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk memikul tanggungjawab, yang mana kedua-duanya harus telus dalam menjayakan sebuah ikatan yang direstui ibu bapa dan kerabat. Perkahwinan juga berlaku apabila cukup syarat dan jodoh sudah tiba, maka ia wajar disimpulkan dengan merisik, bertunang dan akad nikah atau ijab kabul. Berbahagialah mereka yang menemui pasangan hidup yang mereka inginkan, namun sedikit peringatan..perkahwinan juga adalah cabaran. Begitupun, andai persiapan sudah cukup dan sanggup menghadapinya bersama...andalah pasangan yang paling dirahmati...
Sambil meraikan pasangan pengantin Norul Hafizah dan Wan Ahmad Fadzli, ehh tetiba terjumpa blogger buddy Nenet Penny manis berbaju kurung biru berkerawang emas...Net, kita bekas pengantin kan, meraikan pengantin junior...kehkehkeh!
Manisnya pengantin perempuan dalam persalinan renda Perancis hijau pekat dan bunga satin putih di tangan..nampak sangat makcik baju biru tu tersangatlah rendahnya kan...
Tiga kuih pemanis mulut yang sangat mengujakan, ubi kayu dan agar-agar yang sangat berwarna warni dan kuih koleh kacang...semuanya sedap...
Pelengkap majlis, letaknya nombor dua selepas sirih junjung..pulut kuning atau pulut semangat ini disediakan sendiri oleh bonda pengantin perempuan.
Sirih junjung yang dihiasi mawar kuning dan baby breath putih. Ada bunga lawang dan gambir melengkapkan gubahan sirih junjung.
Yang ini betul kak fondan yang juga hasil sentuhan bonda pengantin perempuan..
Ini Michael Kors betul ya bukan kek fondant...:)
Wajik atau nasi manis digubah cantik jadi mawar berwarna coklat...
Tart nanas berbentuk buah-buahan cenderahati untuk tetamu dari pengantin..tart ni sangat awesome!
 

30 comments:

  1. jarang tengok pengantin hijau. yg ni cantik berseri.. kenapa aweks main tutup mata tuuuuuuuuu??

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. B-t-k
      Awekks itu glamor sudahh...
      sebab tu kena tutup mata..hehe

      Delete
  2. salam

    bapak kalau boleh nak jadi raja berhari2 hehehe
    tetiap hari kawen hahaha

    selamat pengantin baru
    persefahaman dan tolak ansur sgt penting dlm perkahwinan dan saling menerima pasangan seadanya disamping cuba memperbaiki setiap kelemahan, itu satu tips utk hubungan yg berpanjangan

    insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam bapak,
      Oo nak jadi raja berhari2 ya...ala ajak la mak Itam tu bapak, duduk bitau katil ambik gambar..hihi
      Betul kan perkahwinan itu memerlukan persefahaman Dan kerjasama..jangan ingat yang
      Ok ok saja..kadang kala ada awan ribut langit mendung dan kadang kala matahari terang saja...

      Delete
  3. Selamat bergambar bersama Pengantin Baru buat LW dan NP :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA,
      Tq..itu gambar bekas pengantin klasik dengan pengantin baru..hik!:)

      Delete
  4. cantik persalinan pengantin tu... hijau dia berseri dan suka tengok hantaran juga... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah Waheda
      A ah cantik kan hijau pekat tu, menyerlah!
      Semua barang hantaran sebelah pengantin perempuan disediakan bondanya sendiri..:)

      Delete
  5. raja sehari takpa...

    raja di hati unce tak suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle G,
      Raja di hati ? Owhh itu saya pun tak suka...
      Raja sehari? Yes ok!

      Delete
  6. raja sehari..nak best apa kea ikut attitude raja raja...tak boleh makan melahap macam biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. El Mariachi
      Raja sehari tu ok la..tapi kalau saya kena dok semeja dengan raja sehari, memang saya tolak sebab kena makan pun ikut style raja sehari gitu kena kontrol habis...tak best kan tak boleh membedal ..haha

      Delete
  7. Selamat pengantin baru kepadamereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepa
      ya sebaik-baik ucapan kan..selamat pengantin baru..

      Delete
  8. gmbr mknn first tu ubi kayu ke? ape nama official dia? tak pernah jumpe pun yg style mcm ni? siap warna-warni lagi..wow

    ReplyDelete
    Replies
    1. yong propaghandi
      ya ubi kayu..kalau tak silap nama panggilannya ialah Tonyoh..maybe diambik daripada teknik menonyoh ubi kayu pada alat penyagat..sedap juga..ala macam kita makan ubi kayu musim hujan. makan dengan kelapa parut..cuma ia penampilannya di beri wajah baru, diwarnakan langsung martabatnya naik berkali ganda kerana kosmetik warna tu dan dihidang di majlis perkahwinan..

      Delete
  9. Cantik baju pengantin.....tapi akak lagi suka bekas pengantin yang dikiri dan kanan tu.....Comel nya pengapit yang pakai tudung tuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sha
      pengapit pengantin yang pakai tudung itu ialah pengantin klasik dan antik..sangat bernilai dan berharga..meheheh!

      Delete
  10. Kedua pengantin manis bangat & semua barang2 hantaran pun cun, semua makanan nampak sedaps dan paling berkenan pulut kuning bertingkat2 tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      saya pun suka tengok pulut kuning tu. cantik dan berseni sangat..nak makan pun sayang..

      Delete
  11. omg..omg..beg dia!!!

    semua cantik..hantaran, pulut kuning, kek..pengantin, baju pengantin..tetamu pengantin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina
      omg..omg!
      Akak yg menengok beg MK tu rasa meleleh air mata..
      tak de ka org nak beli untuk kita..muehehe

      Lenlain tu pun semua tangkap lentuk..sedap dan jelita semuanya...

      Delete
  12. live life to the fullest... dear buddy, sorry for unable to fully entertain u there...

    -NP-

    p/s: moody mode on

    ReplyDelete
    Replies
    1. NP,
      No worries dear..understood..and the menu...really marvelous and awesome!

      p/s: mode - navigation for travelling to somewhere...

      Delete
    2. not in the happy mode on right now...
      terasa ingin ke suatu destinasi jauh dari sini... sambil minum kopi dan menghirup udara yang jauh dari bumi malaysia...

      -NP-

      p/s: my hp is in switch off mode on

      Delete
    3. NP,
      lets plan for that
      we make it reality
      after u finish ur exam ok!

      Delete
  13. wow..warna hijau baju pengantin tu mmg memukau mata ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      kan...sangat menyerlah gitu..akak suka warna hijau pekat ni...garangnya tersendiri..

      Delete
  14. semua hantaran sangat cantik! dan ubi kayu warna warni? serius tk pernh tgk, dan sangat tertarik nk cuba buat..hehe..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum akak LW,

    sorry sangat sbb baru nk reply entry ni ye..THANK YOU SO MUCH sbb sudi datang majlis kite huhu..cant entertain u more since majlis ni kebanyakkannya sy, nenek , mama , aunties buat sendirik jek...n yes pengantin tkleh nk lelebih kang kena cepuk dengan mama hahahah..terima kasih banyak untuk hadiah tu..i like the very2 much.. i like ur message inthe guestbook (guestbook tk berape nk ade sangat dh kata buat sendirik kan)...hope can see u more after this.. suami ok je hehe..

    sayang akak !

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...