Saya tidak ketagih..
Saya tidak mahu mati akibat ketagihan..
Saya tidak mahu jadi hamba ketagihan..
Saya akan berhenti mengambil bahan itu..
Tidak pelik kalau ketagih dadah walaupun ia adalah perbuatan paling bodoh, zalim dan laknat terhadap diri sendiri, tapi mungkin sedikit pelik apabila ketagih makanan segera yang sangat murah, mudah dan mengenyangkan itu. Siapa penagih tegar makanan segera ini? Siapa lagi kalau bukan orang yang menulis entry ini.
Kali pertama makan makanan segera bernama m*gg% ketika di tingkatan satu, tinggal di asrama di Kota Bharu. Kak Azra pelajar cerdik dan bijak di sekolah berkenaan, satu dorm dengan aku. Setiap malam aku lihat dia makan makanan segera itu ketika prep atau stayback malam-malam buta. Semua orang kata makanan itu bahaya untuk kesihatan, otak jadi lembap. Letak perencah kat pokok bunga pun pokok bunga mati, apatah lagi kalau otak atau jantung manusia yang sangat sensitif ini. Tiba-tiba bila result SRP keluar, Kak Azra jadi best student dan meletops...walhal dia sempoi saja, dan terus makan m%#*i!
Selepas keluar asrama..budaya makan makanan segera diteruskan. Pernah sekali di rumah, arwah abah masak menu itu seperiuk besar untuk kami. Mak kata dia tak nak masak nasi, jadi abah ambil alih memasak dan menu itu kami makan dengan seronok dan berselera kerana abah yang masak. Walaupun hanya diletak telur, tapi ia enak pada lidah kami. Tapi abah pesan, jangan amalkan makan sentiasa, bahaya katanya. Katanya...katanya 25 tahun lalu pada suatu malam ketika hujan lebat di luar rumah.
Makan makanan segera diteruskan. Belajar di KL buat poket jadi sesak dan nafas ketat sentiasa. Ringgit perlu didahulukan pada buku dan bukannya berfoya-foya untuk benda lain. Mungkin juga nak jimat duit pada hujung bulan, ia terus mengambil alih nasi.
Sehinggalah sudah bekerja dan pegang duit sendiri, ia terus berpuaka dan mengganas dalam kepala. Kalau tidak setiap hari, dua kali seminggu pun jadilah. Gila betul penangan makanana itu. Awal tahun ini, aku berperang besar dengan nafsu terhadap makanan segera itu, kerana ada kesan yang tidak enak pada organ dinamakan jantung. Dr tak kata kesan berkenaan disebabkan makanan segera itu, tapi aku rasa ya...
Dan Disember ini agak ‘suffer’ akibat kerenah makanan segera. Serangan ‘halus’ itu merencatkan sedikit keghairahan terhadap menu sedap itu. Bagaimana mahu melupakannya terus. Rindu dan teringat pada ‘orang’ pun boleh lenyap ditelan angin malam, tapi rindu pada makanan ini sangat menderita sekali. Agaknya beginilah ‘rasa’ seorang perokok tegar yang ingin berhenti merokok...
Damn m#*%i!!
Saya adalah bukan penagih M%$#I!
Nota: saya akan terhutang budi kepada anda sekiranya berjaya menimbulkan bibit kebencian atau menyebabkan saya berkerat rotan berpatah arang dengan makanan segera itu...
err akak ni hampir sama kes dgn en abe saya.
ReplyDeletesaya rasa//2x seminggu dia mesti mintak saya masakkan meggi goreng utknya bil balik keje (selalunya balik dalam 1@2 pagi-keje shif petang)
saya buat jugak sbb x sampai hati suami tido x makan..dan lagi kata 'megi goreng umie mmg terbaik'
hehe..w,pun saya sgt jarang makan maggi..antara maggi sup dgn maggi goreng..saya pilih maggi goreng.
kalau tak bagus..baik stop je kak
Irfa
DeleteAkak pantang tengok, dan dan tu juga terus terliur. Selagi tak dapat, selagi itulah dok teringat-ingat. Bila tahan makan, mula la jadi tamak nak makan dua paket sekali gus...memang puaka gila penangan megi neh...seb baik rambut akak tak de effect sangat...
o ya akak suka megi goreng juga..
bru mlm td bedal megi setelah lama xmakan.. fuhhhh, nikmat..
ReplyDeleteTina,
Deletehamboihh kemain lagi menggoda kita dengan megi nikmat tu yer...ekekekeke!
gulp... semalam baru jer makan Maggi sebab x lalu nak makan nasik... btw dear, kalau dah rasa kesan x elok tu... u better stop eating it first occay? or stop terus...
ReplyDeleteFarah Waheda
Deletedear..im struggle...macam susah sangat nak lupakan benda tu...ni pun teringat-ingat dan dah order satu kat kafe..tapi i order yee mee perasa tomyam...kira replace megi le kan...
salam
ReplyDeletehehehehe
bapak bukan ketagih ma...
tapi terpaksa dahhhhh hahahahaha
wsalam bapak,
Deleteooo kalau travel megi harus di bawa...but then saya memang kena stop sebab ngeri memikirkan degupan jantung yang seperti kena kepal bila sesekali terkena...saya notis saya akan menerima 'tekanan' selepas makan makanan segera itu..mungkin orang lain, lain penerimaannya...
jangan benci pada m$%g#...
ReplyDeleteia hanyalah makanan segera yang sepatutnya menolong ketika kesempitan waktu dan wang. kita patut angkat m%$g@ menjadi 'hero' kepada kebuluran sejagat... satu menu ciptaan terbaik abad ke 20... kita patut hargainya... jangan tinggalkannya...
meninggalkannya seumpama meninggalkan rakan baik yang menolong ketika susah.... meninggalkannya bererti kita akan kehilangan sesuatu dalam diri....
keh keh keh.... amacam?
kak oii.... masak m#$%@ jangan guna rencahnya. buat rencah sendiri la... atau guna 1/2 je rencahnya... buat rasa2. kalau tak cukup rasa, guna air sikit je biar kuah pekat sikit... atau kalau masak m#$%%$ kari, guna serbuk kari daging sebenar + serbuk lada sulah... itu pun dah ok...
Nizam.ariff
Deleteaku cuba untuk membenci megi tapi apa kan daya makin ku menjauh makin ia mendekat..muehehe..payah tau kalau ketagih ni. memang ia makanan penyelamat, sangat terhutang budi kepada penciptanya megi ini.
Masalahnya aku tetap suka akan rasa perencah asalnya..ntah apa drug depa boh dalam tu..aku terbayang-bayang keenakan kuahnya...huhu!
dulu2 memang ketagih jgk yg segera ni.. tapi lepas kepala selalu weng2, buat research sendiri rupanya itulah angkara nya.. so kalo dah ketagih tu tahan je la.. kalo tak mau, kena pejam mata je la..
ReplyDeletetapi addicted to coffee pon susah jgk.. bawak bekal pi mana2 pon.. order je air panas.. segala bagai jenis pon takpe but not tenom sabah punya.. gila power..!! memang weng2 jgk kepala jadinya.. thin one ok la.. thick one can tergolek one.. haha..
m.u.l.a.n
Deletedear i kalau pi kedai mamak pun i order megi oreng..walaupun mamak tu masak ala-ala jer kan..
kopi pun yes..mesti minum satu gelas satu hari..kalau tak minum, droopy! hehe..
kak, tapi maggi skrg pun dh mahal... sob sob sob
ReplyDeleteKay
Deleteye lah kay..akak jarang beli tapi sekali sekala dapat hamper, ada pek maggi sedozen pulak tu..yay!
Megi? Dlm seminggu, sy mst mau. Uwaaaaa!
ReplyDeletefara
Deletekan..tak boleh tidak..uwaaaa!
Kami sekeluarga bukan pemakan maggi tegar...sekali sekala kalau teringin baru lah akak makan tu pun jarang sangat....anak anak semua walaupun masa sekolah dulu tinggal di asrama pun tak lah pemakan maggi tegar mereka lebih suka bawa roti dan peanut butter untuk bekalan.
ReplyDeleteKak Sha
DeleteSaya pemakan tegar, sejak di asrama. Kami macam marathon, setiap malam nak kena pekena maggi. Sanggup masak megi dengan air teh kalau tak de air panas..punya la taksub dengan makanan bernama maggi..
Assalamualaikum LW,
ReplyDeleteTinggal di perantauan, MEGGI cap Msia mmg masuk list brg kawalan ketat.
Hatta, anak2 cuma diizinkan mkn meggi seminggu sekali.
So kalau pd org lain, MEGGI jatuh makanan yg x berkhasiat.. unlike us, MEGGI is a luxury food.
Wassalam Kak Sham
DeleteDulu masa tinggal dengan mak jarang sangat saya makan megi, tapi bila dah tinggal sendiri, stok megi tak pernah putus. macam-macam perisa ada, tu yg jadi kemaruk megi...bagi saya megi adalah makanan penyelemat...
Saya rasa, hampir semua dari kita yg pernah tinggal di asrama, pernah 'ketagihan' meggi..hihihi..Saya sendiri dulu, sanggup buat meggi hanya dgn guna air paip, semata mata nak makan meggi tengah2 malam!
ReplyDeleteSelain meggi, ketagihan pada fast food lain pun kita kena ambil peduli..KFC, McD..
Tapi sekali sekala makan meggi, pecah telur dan di tumis pulak tu...memang sedap! hehehe
DZ
Deletesebetulnya saya kena watch out dengan semua fast food. sekali sekala saya pekena kenny rogers juga sebab suka nak flash back zaman saya kerja kat situ dulu..
setuju, sekali sekala pecah telur, tumis ringkas dan letak megi, perrghhh!
sebati dengan nama maggi untuk instant noodle...
ReplyDeletesuka... untuk orang yang 'rajin' mcm saya...
-np-
NP,
Deletejuga sebati untuk org yg terlebih rajin
macam saya juge...
nak suruh kau benci m#$% tu pommpayah... aku pun kdg3 makan gak bila perutr lapar.. walau tak makan sangat tapi akau makan jugak. Ah yaa.. makanan tu tak elok sgat... Dan yaa... aku tak ketagih.. huhu
ReplyDeletereenapple
Deletepls tolong kawal, jangan sampai
ketagih macam aku..bahaya dik!
you should try my m#$% goreng,lah.
ReplyDeleteI do a real nasty one. My kids who swear off the stuff pun sapu licin mah.
hobbit1964
Deleteyes i want it..
when u want to masak megi for me?
hehehe...
Terapi minda itu perlu sebenarnya utk hilangkan segala ketagihan.
ReplyDeleteTelor Power
Deletebro, memang erlu...
jadi bulan dua ni terapi minda aku ialah
memancing di kenyir..nak ikut?
LW yg disayangi,
ReplyDeleteBersederhanalah dlm menyukai sesuatu. Apalagi kalo ia akan memudaratkan kesihatan dan diri sendiri. Org lain tak boleh mengubahnya melainkan dirimu, wahai adik manisku... :)
Konfrontasi dgn diri sendiri kekadang boleh membantu ~ I NEED TO STOP FOR MY OWN GOOD! I love myself gituhh...kekdahnya :)
ps: Saya pernah terbaca kat mana entah...Peperangan yg sebenar dan terbesar adalah berperang dgn nafsu sendiri. Correct me if im wrong.
Eliza
DeleteSayang, saya sedang berperang dan bermuhasabah diri kini...memilih yang terbaik saja untuk kesihatan yang perlu dipelihara..kerana masih banyak perkara yg ingin saya lakukan dalam hidup. Saya tahu 'ia' mungkin masih samar-samar tapi saya tidak akan berhenti berharap untuk satu kebaikan yg pasti akan berlaku dalam hidup saya.
betul tu, berperang dengan nafsu sendiri..terutama nafsu makan dan nafsu membeli belah bagi saya..cepat benar rambang mata bila tengok food dan good item kat soping kompelek...hihi
tq sayang!..xoxo
My dear LW,
ReplyDeleteMegi memg sedap, tapi tubuh yg sihat lagi sedap kan. Sedap utk beraktiviti aper sajer. Kalau ketagih, jgn buat stok (sebb saya seorg yg selalu pastikan stok maggi ada, tapi selalunya stok 5 bungkus itu bertahan utk beberapa bulan!). Lapar ajer, geladah esbok cari epal hijau. Hehe..