Tuesday, 11 December 2012

Entry terbuka untuk adindaku..

Jatuh hati...sulit mentafsirnya, tambah sulit untuk menzahirkannya kerana hati itu sendiri sangat misteri keadaannya. Tersembunyi jauh di celah-celah organ lain, berwarna merah tua seolah-olah kental dengan darah yang membeku pekat, tidak berubah oleh panasnya suhu badan, tidak jejas oleh panas makanan yang dihadam, namun berupaya cair dan hangat oleh panah mata dan jelingan rasa dari orang yang kita suka.

Jatuh hati, satu nyala rasa yang sangat istimewa, tiada persamaan rasa itu, hanya yang mengalami tahu akan penderaannya dan hanya yang mengalami saja tahu akan penasaran oleh tekanan perasaan yang tidak nampak. Mahu memiliki, tapi tiada keupayaan. Mahu meluahkan, tapi suara seakan sombong dan mahu melayangkan warkah meluah rasa, aksara hilang bentuk. Justeru hanya yang mampu dilakukan ialah menyimpan rasa itu yang lama kelamaan menjadi racun lantas meracuni segenap pembuluh darah, lalu rasa pun berkubur menjadi obor malap yang padam perlahan-lahan meninggalkan abu luka.

Jatuh hati, satu kejadian unik yang sejak dulu wujud dalam peradaban kehidupan insani. Kita tiada upaya menolak dan tiada upaya mencari. Ia datang sendirian, perlahan-lahan mengetuk pintu hati, memasuki sanubari lantas menempatkan diri di lapisan kalbu paling dalam. Diam di situ dan membiakkan naluri sayang yang sangat halus, mencerna seluruh jisim kehidupan menjadi bahagia, memunculkan perasaan ingatan yang tuntas kepada orang yang kita dambakan. Istimewa bukan, sebetulnya tiada kata-kata tepat untuk menggambarkan bahawa betapa berseninya jatuh hati itu.

Jatuh hati, sering buat kita hilang pertimbangan apabila mengingati dia yang di kejauhan, sangat dekat, di sebelah, di belakang, di depan mahupun dalam hati kita sendiri. Masa tiba-tiba menjadi sangat berharga dan jarak pula pastinya menjadi musuh kerana kita dipisahkan dengan orang yang kita sudah jatuh hati padanya. Jadi bagaimana ya mentafsir dua perkataan ini: JATUH HATI!


Untuk adindaku, Nurul F, kakak tahu adik sudah jatuh hati pada dia yang bernama M, dan sudah kakak usahakan untuk mempertemukan adik dengan M, tapi kita perlu akur dengan undang-undang Pencipta, M bukan yang terbaik buatmu adinda. Dia sudah memiliki, sudah berpunya dan lupakan saja dia. Jalan terbaik, bersahabat setulus mungkin dengan dia. Segala-galanya sudah tersedia dalam takwim insan ciptaanNya, kita tunggu saja siapakah dia yang bakal mendatangi sanubarimu kelak! Tabah ya!

47 comments:

  1. okeh.. mau tag n3 ni kat reenapple :D

    ReplyDelete
  2. jatuh tangga berlambak ada ubatnya, jatuh hati satu je ubatnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Ok bitau aku apa ubatnya...
      aku nak bitau adinda aku
      yang sedang bertafakur
      kerana hatinya yang robek..

      Delete
  3. ko pulak berapa kali jatuh hati kak..? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasekM
      errr aku pulak berapa kali jatuh hati ya??
      rahsia!..ekekeke...

      dik ko jatuh hati pada Nik berapa kali eh?

      Delete
  4. jatuh hati full experience ke niiii..hahaha

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Khairul Antasha
      Ya...sesuatu...butterfly in a stomach..kehehkeh!

      Delete
  6. Jatuh hati. Kalau boleh kontrol sendiri, senang sket. Tapi masalahnya. Dia jadi dengan sendiri, tak dapat ditahan. Mulut cakap menyampah menyampah menyampah tapi hati cakap. Haisy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      Itu ada lah ciri-ciri standard penyakit jatuh hati tahap kronik..
      tak mau! tak mau! tak mau! walhal dalam hati mau! mau! mau!..kan..hehe

      Delete
    2. Kahkahkah betoi la dik. Kadang2 rasa nak sekeh diri sendiri kaw2 punya.

      Delete
  7. LW..you ada blog lain selain dari yg ini? Bait-bait ayat tu macam familiar....tapi kat mana eh? I surely recognize your writing style.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la.. eh, sorry nyampuk! hehe.. i yg baru kenal dia pun tahu, camner u bleh tk tahu ni KA.. hahaha...

      anyway LW, i suka baca coretan2 u kat blog2 u yg lain tu.

      Delete
    2. Khairul Abdullah,
      Yerp i am..i ada blog masak2 yang sudah bersawang lama dan satu lagi blog puisi ramai2 yang we all contribute kat situ http://puisipendek.blogspot.com. Errr u recognize my writing syle? Hehe...tq aaa.

      Delete
    3. Su @ Aya Yus
      Menyampuk pun tak pe...tq eh suka baca ayat bawah sedar saya. Errr blog mana lagi ya yang Su baca??? Suspen neh...kikiki

      Ntahnya Su baca blog orang lain kot...hmmm...:)

      Delete
    4. Ohhh...ok. I tot there's another blog. I sangat suka baca one blog ni...the writing style is very much similar..but now blog tu i dah tak boleh baca lagi..dah private.

      Delete
    5. Khairul Abdullah,
      Hmmm how similar it is? U remember the blog add tu? Maybe 1 out of 1000 tu ada la kot yer nak sama..??

      Delete
  8. Lamanya sungguh tk jatuh hati... Haish, entah siapalah yg bisa buat aku jatuh hati ni yer, selain adam mukhriz..

    Jatuh suka pula kt lagu m.nasir ni sejak LW letk dlm entri dulu2 tu.. pastu cam pelik, 'pesal saya tk pernh tahu lagu m.nasir yg ini'.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su
      Antara perkara yang sering berlaku dalam hidup saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah jatuh hati...ntah penyakit ini on and off but it doesnt cost money and its free..its like warm fever and sometime like ice cream and chocholate..hav it nicely..cool! So sebab itu saya suka mengalaminya kerana ia bawa energy yang agak baik untuk diri saya..mungkin lain orang lain caranya.

      Dan saya tersangatlah sula lagu M Nasir termasuk yang ini..sebab saya sudah jatuh hati dengan suara M Nasir sejak dulu...saya suka suaranya saja bukan orangnya...boleh tak gitu? :)

      Delete
  9. Jatuh hati? Susah nya kalau kalau orang seperti akak yang dah kawin ni terjatuh hati lagi.....minta di jauhkan lah...hati ni susah nak kita ubati bila telah jatuh...dia datang dengan sendiri nya....dan bukan senang nak melawan nya.....apa pun akak memang jatuh hati kat suami sejak hari pertama kenal dia.

    LW dont tell me that you dah jatuh hati kat dot dot tu.....susah lah sebab ramai sangat yamg minat kat dia.....jangan bermain dengan api dear kang you yang merana!, akak tak sanggup tengok you menderita yang oi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      Finally u back. G mana kak? Coti2 ekk...ok pada saya tak salah nak jatuh hati dan sebab tu saya kata jatuh hati tak sama macam jatuh cinta. Jatuh hati pada saya adalah discreet, mystery and evergreen..either u keep it or flush it..both can and i definitely choose keep it in my heart sebab situasi ini buat saya berasa sangat bersemangat untuk meneruskan tugas walaupun saya jatuh hati pada orang itu dan dia langsung tidak tahu...well kakak, u know me right...sentiasa daydreaming...hahaha

      Kak Sha, ini dot dot yang mana ni kak? Pls tell me..i dok ingat yang mana satu neh...adehhh maklumla kan..banyak sangat secret admire..hehehe ampun!

      Delete
  10. Replies
    1. m.u.l.a.n
      Nape sayang? Sapa buat hati u jatuh sakit?
      Meh sini i pelangkong dia!! Siyes!

      Delete
  11. Hi Lady Windsor, 'Jatuh hati'? I guess most of us have experienced this in our life...
    Wounds of the heart can be cured by time, but the scar will remain.
    Best is to build a bridge and cross over, cry a river if you must, don't look back....
    But smile, as it was once yours.

    And never let the mist in our eyes blur the new door opening. When one closes, another opens.
    And a true love will bring smiles and not tears.
    As well, no smile is as beautiful as those that pass thru tears.
    You stay easy, and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle Lee
      Thanks for drop by..tell u what..im forever fall in love when i park @ ur blog..the way u write, the picture, the sings..all in one. And it such amazing because i know u are young at heart which is good for all of us to be more positive in life.

      Ok i dah simpan satu lagu...How I Love U by Engelbert Humperdinck! Njoy it!:) heeee...

      Delete
  12. jatuh hati mmg best tapi dia dtg bersama pakej..bila jatuh hati segalanya serba tak kena..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      O yess...dan rasa serba salah itu sangat menyakitkan tapi nak juga mengalaminya kan..basically akak tukar jadi energy positiv on my own way...boleh kan.

      Delete
  13. sy dulu kerap jatuh hati dgn org yg salah... huhu...


    kak, blog sy dh lama xprivate.. private 3hari je kot hari tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. MizzTina
      Ooo ya ke kerap jatuh hati dengan orang yang salah? Akak rasa Tina tak salah kalau nak jatuh hati , cuma kena pastikan hati itu jatuh pada orang yg betul...nanti hasilnya sangat membahagiakan...:)

      Delete
  14. baiklah ..noted... ha ha ha..
    saya jatuh hati pada semua orang yang baik dengan saya...
    -net-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net,
      saya pun..cepat benar jatuh hati dengan orang yang baik dengan saya..hmmm petang tadi saya sudah jatuh hati lagi dengan dia yang tinggi, berkulit cerah dan bermata biru itu..dan jarak antara Damansara dan Bangsar itu terasa sangat bermakna sungguh...jatuh hati sudah! hahahah..

      Delete
    2. ada lebihan? pass over to me..wahhhhhh...he he he

      Delete
  15. LW

    Akak balik jb pada hari khamis ingat nak tengok atok masuk spital, sampai jb dah malam terus pergi jumpa mak...lepas tu penat sangat terus tidur...pagi bangun sembahyang subuh adik akak call bagi tahu atok dah meninggal dalam pukul 5.00 pagi, terus ke spital dan buat apa2 yang patut..maklum lah atok akak ni bela adik akak sejak dari baby lagi so dia sibuk lah kita tolong apa yang perlu....arwah ialah mertua penyanyi arwah hasnah haron. Akak balik ke kl pada petang sabtu..sorry lah tak dan nak baca blog sebab sibuk dengan kenduri bagai.

    dot...dot...yang kat ofis you tu lah...yang bukan berbangsa melayu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      Alfatihah untuk arwah...Bismilahh.....Amin..
      O dot dot yang kat office tu hanya sebagai bahan pandangan saja kak sha, tak berani saya nak usik sebab saham dia melambung tinggi dalam pasaran terbuka..sapa yang pandai main saham saja tau bagaimana nak trading..hehe..syyyyy!

      Delete
  16. LW,

    Saya terpesona dgn ungkapan ini...

    "hati itu sendiri sangat misteri keadaannya...berwarna merah tua seolah-olah kental dengan darah yang membeku pekat, tidak berubah oleh panasnya suhu badan, tidak jejas oleh panas makanan yang dihadam.."

    Percaya atau tidak, tulisan tuan blog juga bisa mencairkan hati yg kental dan tersembunyi itu... :)

    Bicara soal hati dan perasaan ini sulit utk dimengertikan. Hadirnya tak diundang, perginya mengundang airmata...Kebiasaannya, hati dan minda tidak seiring dlm membuat penilaian.

    *Pada adik Nurul ~ Harus percaya pada Takdir dan Jodoh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear,
      Honestly, saya menulis tanpa dirancang dan dalam keadaan sedikit tertekan kerana berasa agak sedih dengan situasi adinda saya ini. Saya kenal kedua-duanya dan baik dengan kedua-duanya, M dan Nurul tapi jodoh mereka tiada kerana M sudah berkahwin sebenarnya.

      Betul kata Eliza, antara perkara paling sulit untuk dicari penyelesaiannya ialah persoalan berkaitan perasaan dan perasaan membabitkan hati. Benar juga apabila wujud persoalan berkaitan hati, lazim ia diikuti air mata yang lama kelamaan menjadi penawar paling mujarab mengharung situasi luka itu...kerana mengeluarkan air mata bererti kita mengalami proses penyembuhan secara sendirian dan semulajadi...

      * Nurul membaca kesemua pendapat sahabat saya di sini..dan dia berasa sedikit lega dan terharu..

      Delete
    2. untuk Nurul

      jangan bermain cinta dengan suami ..kelak diri sendiri yang merana...

      jangan satu hari diri dilabel sebagai perampas dan peruntuh rumah tangga orang....

      Delete
    3. NP,
      yerp..dia dah stop suka pada M tu sebab memang dah confirm M ada anak satu..katanya kalau dia tahu dari awal dia tak akan pandang pun M tu..

      Delete
  17. menarik nukilan eh...
    sememangnya aku suka jatuh hati. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      Jatuh hati adalah tabiat sejagat.
      Tidak salan bukan untuk jatuh hati berkali-kali dalam hidup...:)



      Delete
  18. jatuh hati tu susah kan.. mahu berderai semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. HaniAsyira,
      ya dik..rasa robek kesemuanya
      namun sebagai insan
      kita kena teguh dan bangun
      kerana perjalanan masih panjang..

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...