Wednesday, 14 November 2012

Soto enam bintang Teluk Panglima Garang

Cop! Happy Deewali to R n B. Walaupun u all tak masuk sini, saja nak ucap juga. Walaupun R tak celebrate hari raya dia dan B pula free thinker, nak juga aku wish depa ni. Kenyataannya, depa yang sepatutnya sambut Deepavali, aku yang raya sakan..apa taknya Selasa semalam, gigih memandu ke USJ, sambil terhegeh-hegeh baca signboard dan akhirnya sampai juga ke NP territories walaupun aku tak pernah jejak USJ...Net bak kata u kita boleh dan kita mesti boleh kan? Ini semua berlaku adalah kerana memenuhi jemputan Kak Sha @ SR yang membuat undangan khas kepada kami.Dan kami pun memulakan perjalanan ke Kak Sha territories pula..
Lama tak tengok tudung saji warna merah bulat macam tu..tetiba pling ada depan mata. Dulu arwah mak ada dua saji bulat ni, biru dan merah..
Jadinya dalam cuaca seperti dapur pemanggang, kami menuju ke Teluk Panglima Garang yang sederhana garang trafiknya. Tak jam dan tak juga lapang. Semangat nak memenuhi jemputan berkobar-kobar. Sambil tu aku suspen juga sebab kebiasaannya blogger yang datang ke Windsor, tapi kali ini aku yang keluar dari Windsor. Iskk sedikit susah hati sebab kalau kat Windsor memang aku dah tahu sudu garfu kat mana tapi nak pi rumah orang ni, mak segan!
Dan ini adalah soto Kak Sha Teluk Panglima Garang yang sangat enak..sebagai pemakan tegar, aku tag soto ini adalah soto enam bintang atau full mark. Kalau buat food review, soto ini adalah highly recomended..
Tapi kan, bila sampai je kat bunglow melebar luas tu..whoaaa...woohoo...hmmm dan arghhh lapar! Semua hilang, terus tak boleh kontrol diri yang bajet skima dan sopan santun. Aku memang tak boleh kompromis dengan sup atau soto..kebetulan tuan rumah sediakan soto yang sangat menggoda...terangsang habis. Eyegasm sungguh. Dua kali topup, kalau prepaid punya rega, tahap yang RM50 tu dia punya nilai. Jadi agak-agak berapa kali soto itu diisi ke dalam mangkuk sayer? Rahsia!
Haaa puding ini buat aku rasa macam tak mahu meninggalkan meja makan..
Sambil slurppp soto tu sambil sembang gedebuk gedebak, tetiba tuan rumah kata ada puding..mak datukkk sekali lagi aku pejam-pejam mata buat-buat segan pada NP, walhal dalam hati yayyy! Horrayyy! NP u jangan percaya lakonan i semalam tu yang konon segan kan..the actual is i likeeee! Hikhikhik...

Perghhh saiznya kecik je yang dipegang itu tapi baunya..woohoo semerbak! Aku dah berkira-kira nak buat serawa durian dan durian cotton kek!
Tetiba ada bau durian...rupa-rupanya tuan rumah dah sediakan dua longgok durian..hwaaa apa lagi...orang mengantuk diberi tilam bantal le kan. Aku rasa nak golek-golek atas lantai sebab teruja dengan durian yang gugur dari pokok tepi rumah tu..hmm sapa yang dok Frankfurt tu sorry la ehh...KA sila jamu mata anda..ataupun sila menelan liur saja lah yer..mueheheh! Bayangkan originality durian itu yang gugur sebelah rumah jer..aku yang tak pernah tengok durian gugur ni...tetiba bau durian tu sangat seduce.
Semua aksesori soto penuh sebab belum di makan. Sorry pic lepas makan tak boleh download sini sebab mesti u all boleh agak kalau tengok bekas-bekas yang kesemuanya hampir kosong...berapa banyak kami makan???
Dah makan soto, dah makan puding, dah minum kopi, tu nampak tak buah-buahan tu..adehh semua sedap.Aku syak tuan rumah ni mesti masak dengan penuh kasih sayang ni sebab semua yang dimakan rasa sedap..tak pun aku yang kebulur..yang confirm, soto tu memang yummy tahap Pavillion! Sedap, jadi wajar diberi satu ibu jari tegak!
Terima kasih kepada Kak Sharifah Rosidah kerana menjemput kami ke Teluk Panglima Garang dan menyediakan hidangan yang sangat menyelerakan..Kak Sha semalam i pekena lagi soto yang ditapau dan ada balance lagi, masuk peti ais, balik keje malam karang pekena lagi..yummy!
Sebetulnya menu yang dihidangkan itu adalah hal kedua..apa yang aku terfikir ketika itu betapa sambutan tulus ikhlas tuan rumah yang sangat luhur dan nawaitu untuk mewujudkan satu silaturahim yang pada mulanya berbalas-balas komen di blog, akhirnya jadi satu realiti..membuatkan aku berasa terharu kerana sejak blogging, ini adalah kali kedua aku memenuhi undangan. Kali pertama memenuhi jemputan blogger adalah pada 2004 dan ini yang terbaru. Selebihnya aku yang jadi hos dan bukan jemputan. Bila jadi jemputan ni, rasanya berbeza..Kak Sha terima kasih daun keladi...heeee:)
* Semalam aku mimpi naik basikal bersama tiga lelaki dan seorang wanita pelancong asing. Motif mimpi cenggitu? Kak Sha mesti tahu apasal mimpi itu muncul kan kak..hehe!

47 comments:

  1. Nizam.Ariff,
    Tak pasti..aku pi rumah kakak sha ni dia bagi..aku pun ambil je la..durian kan, memang tak boleh tolak. Beb tangan ko apa cer, dah baik ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih berusaha untuk berubat.
      akupuntur kata tak booleh buat.
      So, sekarang aku nak cuba Chiropractic pulak.
      DIa sanggup terima kes aku (bersama2 bayaran... haha)

      Delete
    2. Dino,
      teruskan berusaha dan ikhtiar.insyaAllah setiap penyakit ada penawarnya...

      Delete
  2. kat teluk panglima garang ada nasi ayam sedap, sebelah petronas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. smbotak
      nanti ada peluang aku nak pi merasa nasi ayam tu, kalau tekak aku rasa tak sedap nasi tu...siap ko eh..bhahaha boleh ancaman giteww!

      Delete
  3. TQ akak LW sbb singgah USJ heheeh..sorry sbb tk melayan dengan sgt proper since kelam kabut nk siapkan order tart n then at the same time ade ramai guest pulak..n yet i kena keluar jumpe mertua ipar duai kikikiki...

    soto itu sgt sedap..masyaAllah...ku gadaikan diet demi mau merasa soto itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak @ MN,
      Ehh tak pe..lagipun singgah jap jer nak jumpa mama awak..nanti nak ambik course dengan dia nak buat kek and fondant tu. TQ bagi kad tu yer...tart hijau tu ada akak ambil satu, makan dalam keta..mak datukkk memang marvelous..

      Kan..soto tu sedap...err kakak share la diet tu..acane? Hihih!

      Delete
  4. LW...
    Terima kaseh kerana sudi datang kerumah akak.... Alamak malu lah puji lelebih...tak ada duit besar nak bagi...duit kecik ada...bleeeh.

    Terharu akak dapat jumpa LW dengan Nenet...dua2 tak hipokrit...jadi diri sendiri seadanya...hilang malu akak...harap kamu berdua tak terkejut dengan akak yang brutal ni...seronooook sangat dapat berborak sakan dengan you all berdua...harap nya persahabatan kita kekal sampai bila bila,insyaallah.

    LW, hahaha apakah mimpi semalam akan jadi kenyataan? Kita sama sama tunggu...mana tau kan.
    Tapi kalau ikut kan apa yang kita bual kan semalam tu......macam ooooo ya ker? Macam tu ker?

    Kalau ada masa lagi nanti kita jumpa dalam sesi makan2 lagi dengan menu yang lain pulak.....nanti kita plan2 lagi ya lalink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha @SR
      Tq jemput we all..saya pun macam Net juga..payah dan segan nak p rumah orang tapi kalau saya nak jemput orang datang Windsor..macam gaya paksarela u alls kena datangggg tauuu! Hehehe..biar saya jadi hos daripada saya menternak badan makan macam seminggu tak pekena nasi kan..tu sampai dua kali tambah makan soto Kak Sha tu..

      Buka puji lebih-lebih kak, tapi sebab soto tu memang sedap..jadi wajar diberi pernghargaan dalam bentuk kata-kata...kalaulah Windsor dan Teluk Panglima Garang tu dekat, maunya tiap2 minggu saya tempah dengan akak..

      Ngeri sungguh bila ingat mimpi semalam, kannyer apa, saya nampak mat saleh tu bertarung dengan makhluk macam alien..nak kata tak basuh kaki sebelum tidur, siap basuh muka segala bagai...kikiki..syaitan jahat kan! Err torch light akak cap Eveready ke..yang bateri 6 biji tu kan? KA saya dulu suka beli torch light, sampai ada nak dekat sedozen kat rumah dia tu dulu..haha..

      Ok pasti, kak sha kena datang rumah saya pulak pekena kerutup dan ayam percik ya..

      Delete
  5. satu perkara yang saya sangat teruja membaca blog akak nih (walaupun sepanjang mana akak tulis), adalah tidak lain kerana review masakan dan makanan - yang dari review tuh seolah saya sedang menikmati makanan itu. satu ibu jari tegak jugak eh.!

    oya, saya pernah duduk di USJ12 - dulu lama dulu (16 tahun yg lalu...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      ko dok Miri kan...dekat dengan laut tak? Nanti one day akak visit ko eh..ajak mak dak Hana, Hatta dan Hasif memancing..nanti bleh buat bbq ikan tu..ahkak nak belajar masakan orang Miri juga...

      Wehh lama dah tu dok USJ12, agak2 kalau skang turun KL ingat lagi tak?

      Delete
    2. yer yer memang sangat dekat dengan laut. malam2 bulih dengar deburan ombak pecah di pantai.

      ikan segar sangat manis rasanya di bbq. kalau nak datang, sangat2 dialu2kan, cuma, saya kerja jauh di pedalaman. henpon tak dak line. tapi email ok.

      one more thing, depa ada 4. Husna, Hanna, Hatta n Hasif.

      :)

      Delete
    3. Sepa,
      O yer akak lupa dak Husna tu..sorry dok ingat tiga jer..ok nanti kalau jadi ke sana, aku roger ko eh sebab sedara akak ada kat sana..dok miri juga..

      Delete
  6. aku ni ada penyakit apa ntah.
    makan durian, suka.
    tapi lepas mkn nk kena gosok gigi.
    kalau tak aku pening.

    lagi satu kalau nk bawak durian dlm kereta, aku ada masalah pening yg maha dasyat sampai rasa nak muntah.



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tas,
      ko macam aku la dik..tak boleh makan durian yang raw..paling-paling pun akak kena buat serawa atau pengat atau bubur..kalau rajin, buat kek. Kalau makan durian mentah-mentah gitu rasa cam nak demam, psiko kan durian tu..dah tahap raja buah gituh la gamaknya penangan dia..

      Err akak rasa kalu ko masuk keta akak skang sure ko muntah terus..bau durian sangat...

      Delete
  7. ye..masak dgn kasih sayang sbb itu sedap
    macam masakan kak lw jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      Selain masak dengan penuh kasih sayang..sambil masak tu berangan naik ketebang, balik KB beli etak makan dengan nasi kabu hitam..perghhh! Boleh tak gitu? Kikiki...

      Delete
  8. MiszNorul siapa kah gerangan anda...sempat merasa soto akak...malu lah weyh...masak simple2 jer.

    LW: shhh diam2 jangan beritahu orang lagi...malu lah.....nanti akak nak belajar buat cookies dengan awak...kita tukar resepi ok...akak masak kan awak lasagna...awak masak kan akak cookies.

    Kesian kan kakak akak...walaupun lawa dan stlyo jadi juga mak jans...tragis pulak tu kisah dia....orang lelaki susah nak di duga...apa sebenar nya yang di mahu? Hanya yang di ATAS je yang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      ala kak barang baik dan sedap, wajar diuar-uarkan kak..okeh nanti kita tukar resipi..baik!

      Betul kak, orang lelaki ni unpredictable..

      Delete
  9. best kan semalam jalan2 pi teluk pastu makan pulak soto 6 bintang... marvellous gituh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net,
      Memang best..tapi tak boleh ingat India naik basikal tu menceceh bila u corner mengejut..sambil taip ni pun i ketawa tau tak...eekekekek!

      Delete
    2. dalam kereta tu kemain u ketawa sampai tak boleh nak cakap..i pun sampai terketawa tengok tu ketawa... ha ha ha

      Delete
  10. Jeles, jaki, dengki. Namun terima kasihlah kerana sudi teringat kat org jauh ni sebelum makan tu yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Ehh jangan jeles, meh kita doa durian kak sha berbuah lebat sekitar bulan 4 tahun depan, u balik KL bulan 4 kan, masa tu kita buat road show teluk panglima garang, windsor, USJ..ahahah amacam...lepas tu kita orang pulak ber'roadshow' di Frankfurt...hihi

      Delete
  11. Hahaha ye lah tu torch light yang gedabak tu...entah apa yang nak di sulur nya..nyampah. Masa perompak masuk hari tu torch light tu tak berguna langsung...caner nak guna...perompak tu yang kejut kan kami bertiga.

    Net: haah best kan...nanti kita borak2 lagi.

    KA: jangan jeles jangan dengki, hehehe...ada rezeki insyaalah kita jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sha@SR
      suruh abang beli torch light kecik je kak, senang nak pegang kalau emergency case...:)

      Delete
  12. ya kak sherry aka kak sha..best... mcm byk sangat menda nak distory mory kan...

    tak pe KA, ada rezeki nanti boleh jumpa yer....

    - Net -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net,
      3 jam eh, i rasa sekejap nau kita lepak situ..itu tak kira lagi kopi kapucino yang lemak-lemak pahit tu kan..ahh semua awesome lehh..

      Delete
  13. Siapa Anon ni macam kenal jer, hihihi. Tu lah Net rasa macam pendek sangat 3 jam tu, lain kali kena lama sikit lah.

    kA: nanti kalau jumpa kita orang jangan pening pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha@SR
      KA jumpa kita tak pening, takut kita pening jumpa dia sebab dia tu kan pandai masak..nanti kita ternganga dengar citer resipi dia kak...acane tu..haha

      Delete
  14. wooowwww... penuh semeja... nanti kan next time ajak la I jugak... ada deroyan oso...!!! ngeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      owhh ok boleh..kita buat rombongan che kiah ke rumah kak sha di teluk panglima garang..mesti dia tak menang tangan nak layan peminat soto..kikiki

      Delete
  15. LW,

    Dlm malu2 tu, bape mangkuk soto agaknya LW kasik settle kan semalam eh? :)

    *mode: penasaran menanti resepi soto 6 star tuh* :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza,
      Malu tak malu..dua kali tambah juga laa...hehe..itu pun ala-ala kontrol skima habis...tapi sebab penangan soto tu sangat hebat..malu ke mana, kenyang adanya..

      Okeh nanti kita usha kak sharifah nak minta resipi soto dia yg kebabom tu..hihi

      * cuti sekolah ni tak bawa si comel tu jalan2 ke?

      Delete
    2. Tak kemana kot cuti nih cuma JJCM jer nampak gayanya (Jalan-Jalan Cari Makan dlm rumah sendiri)hehehe...

      Cannot bercutilah LW coz for time being kena jaga org sakit kat rumah. Saya baru dapat bibik tapi everthing's to be told baru bergerak. Tension. Last sekali buat sendiri lagi cepat, back to square one. Lagipun, tak berani nak letak 100% trust kat bibik nih jaga org sakitkan?. Depa tu nak duit jer sebenarnya...

      On +ve side, at least ada jugak peneman saya whenever emergency later on.eh eh...meleret-leret pulak kan? soriii... :)

      Salam Maal Hijrah to you and your readers.

      Delete
    3. Eliza,
      mai la bercuti kat windsor..maaf tanya, siapa yang sakit tu ya?

      Delete
    4. Sakit orang tua. Insyaallah satu hari, kita pasti bertemu bila ada ruang waktu dan ketika. Masa tu LW kena masak best2 tau!!!

      Delete
  16. Alamak lupa pulak yang KA pandai masak...ala macam ni segan lah nak jumpa dia.

    Alahai tak sangka ramai pulak mintak resepi soto...tu resepi mak akak....patut nya masa LW dan Net tengah duduk2 tu akak keluarkan buku resepi dan dia orang boleh copy...terlupa lah pulak lagi pun akak tamak masa kang kalau asyik meng 'copy' je bila pulak nak berborak kan...nanti akak email ke LW lah senang gituh kan.....LW akak bagi resepi lasagna juga ya.

    Mak akak dulu siap berpesan...jangan lokekresepi... Kalau ajar orang jangan tipu tipu..berdosa.
    Akak pernah mintak resepi dari ibu saudara suami akak...alal resepi kuih tart sebab dia buat sedap sangat...tiap2 kali jumpa macam2 alasan dia bagi..nyampah sampai dah malas nak mintak....tapi bila dia minta resepi laksa johor akak bagi seikhlas nya....tak ada pun balas balik apa yang di buat kat akak...sebab tu lah suami akak selalu cakap dengan akak.....awak tu je yang ikhlas dengan orang, orang haram nya....tak pe lah kan...allah bagi balasan yang baik2 kat akak...sebab mana akak pergi semua orang suka dan sayang...amiiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sha
      relaks aa kita semua pandai masak ok! hehe...ni nak senangkan hati sendiri sebenarnya. Ok kalau email pun ok juga. Betul sangat kata akak tu, jangan lokek resipi. memang air tangan masing-masing so kalau rasa sedikit berbeza, tu kira nasib la kan... nanti saya akan tempek resipi soto kat sini lepas akak email yer..

      saya pun bagi jer kalau orang nak, kadang2 kalau kawan adik saya atau sedara mara minta, saya bagi buku terus, u all copy la banyak mana nak, cara masakan masing-masing so dah tentu ada beza kan..

      biarlah kak, asalkan kita ikhlas bagi orang, Allah tahu apa dalam hati kita..

      Delete
    2. tapi kami ikhlas dengan akak tau...
      kalau orang berniaga depa memang tak berapa nak ikhlas kak... tapi kalau kita ni bukan peniaga, mcm saya, saya ikhlas laa kasi resepi..masalahnya saya tak masak mcm akak.. so tak ada resipi nak bagi..ha haha..

      tapi cakap LW tu betul, yang membezakan masakan tu sedap atau tak ialah 'air tangan' seseorang tu...

      my MIL, masak campak2 jer..goreng ikan bodoh2 je tapi dia punya rasa...pergghhhh sedappp!!! lagi sedap dari my mum yang masak..opsss... ayam ungkep..haa sedap tu...

      Delete
    3. Nenetpenne,
      kan..kalau kita buat dengan niat ikhlas..memang rasa mudah dan senang jer..macam kita pergi rumah kak sha, segan sangat tapi kami tahu akak ikhlas ajak kami..lahamdulillah..

      Delete
  17. 1) aku ada tudung saji cengiti kat rumah . warna Biru

    2)gambar soto tu memang nampak sedap. ia telah buat aku tegukl air liur berkali-kali dan terfikir nak pecut ke restaurant jawa yang terdekat. Tapi alamak. hari ini maal hijrah. kompom tutup!

    3)durian tu... woah! gila meleleh air liur hehehe.. tapi LW tak boleh byk makan durian kan?

    4)bertuah la dpt rakan blogger yg ohsem macam ni.. tentang mimpi tu.. aku memang tak pantai tafsir.. tapi mungkin aja LW nak ke luar negara lagi kot?? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      Arwah mak aku ada dua, biru dan merah. Dah lama-lama pakai, jadi pudar kaler dia kan..

      Soto tu memang sedap..nanti aku tepek resipi, ko boleh try buat.

      Durian tu memang awesome..aku bantai sampai lebih lima ulas, biasa nak habis dua pun susah..masa makan tu aku tawakal je la takut gula naik dalam darah..

      Alhamdulillah...kita ikhlas berkawan dan Allah bagi orang baik-baik sekeliling kita..ko pun, bbila nak mai windsor ni eh?

      Delete
  18. LW,
    Akak dah email resepi dan lasagna....kalau tak paham....tanya je....nanti akak ajarkan.

    Lepas ni boleh lah masak soto sendiri...tak payah nak beli lagi.....gerenti sedap tak kira siapa masak yang penting ikut betul2 resepi tu....lain kali boleh lah jamu kawan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i makan jelah eh apa yang kawan2 masak.. boleh gitu? :)

      Delete
    2. Kak Sha
      Okeh rajin akak menaip..detail sangat resipi tu..rasa-rasanya saya boleh follow dengan jayanya...hehe..



      Nenet Penne
      Meh la windsor kita try buat nak..?:)

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...