Macam biasa...hidup ini kalau tak berfoya-foya memang tak lengkaplah aku nak tulis dalam diari bila balik rumah malam-malam..ehh korang ada diari tak? Walaupun dah masuk fasa purba, aku masih suka menulis diari..targetnya nak ada dua diari setahun. Aku dah cakap pada adik, kalau aku dah tak de besok dia boleh baca semua diari aku dan dia akan tahu apa dalam fikiran aku selama aku hidup..ececehh melankolik sket..hehe.
Jadi, beberapa hari lalu ketika keluar berfoya-foya nak cari makan, tersesat le ke restoran rebung yang dipunyai Chef Datuk Ismail..@ Chef Mail..ala yang comel-comel tu..kebetulannya ada pelancaran produk dingin beku MyChef kat situ. Jadi aku pun tumpang dua kaki..duduk dan minum air selasih..uhhh sedapnya air sirap merah dengan telur katak tu...sangat sedap...macam dah berzaman tak jumpa air tu..jadi apa lagi kan..lepas segelas, tambah lagi segelas..
Kat situ ada nampak juga Chef Zam..kurusnya mamat ni...tak comel dah sebab kurus sangat. Hmm kalau nak diet, kena diet berpada-pada ya...tapi Chef Zam ni rasanya dia buat operation..ada juga Dr Ezani Farhana, juara MasterChef musim lalu..pemalu juga minah ni..dan makcik Florence macam biasa...auntie ni memang bestlah kalau masak..
Ehh u all ada try tak produk ni? Lepas ni kena try le sebab packagingnya meyakinkan...tambah pula kat kotak tu ada tulis every dish is kcal400 jer..so sapa nak diet supaya perut tak bikin malu (Net..amacam kita try makan produk ni..katanya boleh makan kalau nak diet). Aku pun kena tukar juga daripada Brahim's kepada MyChef..
Ok dah siap tersesat dan minum bergelas-gelas air sirap katak, aku pun nak balik le kan..tetiba ada sorang kakitangan bagi empat kotak produk MyChef suruh try? Errkkk apa neh? Ahkak dah le tersesat dan minum percuma..bagi lagu suruh makan..ok boleh jer! Hehehe..berfoya-foya yang tidak sia-sia...mak suka!
Nota: Tuan tanah masih bertekak dengan penjual barang di sebuah pasar raya dan.belum balik dari merantau..
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Monday, 26 November 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
sedapnye sirap katak tu..... tetiba telan air liur tengah2 malam ni.haha
ReplyDeleteyong
Deletekat jepun tak de sirap katak eh? biasa orang jepun air minumannya lagi advance kan..kehkehkeh.
sila balik KL cepat kalau nak minum air katak ni yer..
Fuhhhhh...lama dah take kena sirap katak ni. Paling best ni.
ReplyDeleteBila nak balik dari merantau tu??
Khairul Abdullah
DeleteMemang sirap katak tu mengancam gila bila minum masa panas terik..berdegup-degup lah saya minum..semacam jer nikmatnya..
Dah balik dari merantau pun..
Belum balik dr merantau? Akak ke mana sbrnye? Huuu!
ReplyDeleteFarah,
Deletetadaaaa..akak dah balik..ala pergi merantau dekat-dekat ni jer..hehe
nak tanya. myChef ada jual kat supermarket, tak.?!
ReplyDeleteSepa,
Deleteada..kalau tak silap harga sekotak lebih kurang RM8++...
td baca cikmatgebu tulis psl mychef..skrg akak pulak
ReplyDeletemmg kena try nih :)
dah lama x minum sirap yg ada telur kata eh silap,biji selasih
Irfa
DeleteMemang masa launch ni CMG ada buat lintas langsung dengan Manager besar MyChef melalui mobile..
haha kitorang pun panggil benda alah tu telur katak..memang favourite orang-orang kat rumah..
ReplyDeleteblu4sky
Deletesaya pun masa arwah mak ada..sirap katak ni adalah wajib ada...
sirap biji selasih...sedappp......
ReplyDeletei ada nampak mychef product ni..tapi bila baca keterangan di kotak, kena guna microwave to preheat..i tak ada microwave jadinya kita panaskan guna dapur biasa jelah...
i nak beli ayam pongteh tu...
NenetPenne
DeleteSedap juga ayam tu. I dapat lima kotak masa pi soft launch tu tapi bila baik rumah lupa nak simpan dalam peti ais..balik out station busuk satu rumah sebab menu tu..
alaaa rugiii....
DeleteKalau nak rasa air telur katak yang lagi sedap datang TPG....akak buat kan air kathira yang sangat terkenal di JB dan Singapore....kalau bulan puasa pekena air ni memang mata terus juling juling....hihihi.
ReplyDeleteKak Sha
Deleteok insyaAllah tahun depan bulan puasa kami gi buka puasa kat TPG ya..nanti nak minum air katira tu..cewahhh saya ni belum dijemput dah mengoffer diri..acane tu kak? Kikiki...
LW
ReplyDeleteNo hal lah...phone kat tangan kan...call jer lah kalau nak datang berbuka yek.
Kak Sha
Deletethanking u in advance kak
kalau saya panjang umur
insyaAllah
saya akan roger NP pi rumah akak.
LW.
yesssss nakkkk air kathira satu.... satu jug...:)
ReplyDelete