Jadi sambil berfoya-foya kat sebatang jalan ni, namanya Dongman Street di tengah-tengah bandar Shenzen, aku dah termasuk ke dalam kedai yang penuh sesak dengan manusia. Berkepit-kepit lah juga..tapi nasib baik cuaca sejuk 13 C langsung tak de rasa penat. Berjalan dengan dua lagi backpakers macam aku, kami masing-masing tuju ke kedai yang barang kami nak beli. Sorang sibuk dengan gajet audio, sorang lagi nak beli tshirt dan legging dan aku dah rambang mata tengok thumbdrive yang comel dan kenit tu.
Kat Dongman ni kedainya rapat-rapat dalam satu bangunan besar. Semua ada jual, pendek kata u name it u got it, cuma mak bapak dan atuk nenek je tak de jual..:) Sedar tak sedar, ini adalah sesi tawar menawar yang dialami...
LW: You got Pocoyo?
Amoi: Pocoyo (dia tunjuk bentuk pistol pada aku)
LW. Not the pistol. Pocoyo?
Amoi: (dia buat muka poyo).
LW: You got Ben10?
Amoi: (Lagi sekali dia buat muka seposen)
Bayangkan kalau harga 1000gb tak sampai RM400...arghhh memang tergoda-goda nak sambar benda kecik cenonet tu pada harga yang sangat murah. Sapa-sapa yang tengok mesti nak beli banyak kan. Jadi bermulalah sesi bargain membargain thumbdrive itu. Kualiti lain cerita, aku harap semua ok sebab minah penjual tu siap test nak tunjuk yg benda itu adalah 8gb dan harganya 16rmn (renmimbi) Campur tolak duit kita, jatuh RM8 satu..waahhhhh kami semua memang buntang mata dak si Unn sambar 50, adik Farina bantai 30 manakala aku berpada-pada sebab bajet mak ciput je nak, sempat beli 14 ketul jer..
Akhirnya penat tanya watak yang aku nak tapi tak ada, tersambar juga darth vader, lilo, buzz, minimouse, sponge bob, smurfs, garfield, donald, goofy, tom the cat, kitty and nikon. Aku konon nak beli yang 8gb sebab rasa dah hebat gila dengan benda sebesar tu manakala si Unn pula yang sambar 50 unit tu, ada termasuk yang 64gb dan 32 gb sebab amoi kedai tu dah pening kepala bila kami serbu serentak.
Kalau ada orang nak bagi benda ni satu pada korang, suka tak? Suka kan? Kan? |
Ini adalah ahli mesyuarat tingkap saya yang baru..lilo, mini, kitty, darth and buzz..tu watak hijau tu apa ke namanya..obi ke apa? Siyes aku tak ingat.. |
Saya adalah sangat comel...korang ada? Ngeee... |
ololo..comeynya kak. serius tibe2 jd mcm kanak2 riang bile tgk benda2 kecik cinonet ni.
ReplyDeleteSiti
DeleteKan, terus bertukar watak masa pilih2 gajet tu..semua nak gambar kartun..:)
hehe..chomel jer...
ReplyDeleteLelaki semalam
DeleteComel kan, suka tak?
Yang hijau tu obi wan kenobi :) saya nak darth vader yer.
ReplyDeleteKhairul Abdullah
DeleteO ya obi wan kenobi...oo nak darth vader?
Meh balik KL..hehe
alahai spongebob comel.. sy penah shopping kat beijing.. erkk.. sebijik mcm petaling street.. sabor jelah
ReplyDeleteHaniasyira
Deletebetul dik, kena sabor banyak-banyak
kalau masuk ke kedai gitu..
rasa semua nak beli...:)
Asslam LW..memang murah dan macam2 bentuk dan rupa..acik tak pernah tengok..mungkin sebab dah lama tak beli benda ni..yang lama masih elok..guna je..dah pehun padam..masukkan yang lain..he he..teruk kan
ReplyDeleteWsalam Acik,
DeleteSaya pun guna satu dua jer, delete bila penuh.
Lepas tu recycle guna lagi...
ni dah ada banyak pun sayang nak guna..hehe
lor.. ada eh bentuk2 gitu?
ReplyDeleteaku baru tau.
kesian.
.
tasekM
DeleteLaaa dik..akak ingat ko tau..
ada lagi bentuk aneh yang pelik
yang mungkin buat mata ko
buntang tau dik..
nak satu, bulih.?! :)
ReplyDelete.
Sepa
Deletehahh? tak buleh! tak buleh!
hehehe..
Alahai comeeeel nya....nyampah dengan hubby dulu dia gi sana langsung tak beli benda2 macam ni.... Beli barangan yang dah memang ada kat malaysia jugak...tapi malas nak komplen redha je lah daripada tak beli langsung kan.
ReplyDeleteAlaa kak sha
Deleteruginya...len kali akak kena gi sendiri,
mesti akak rambang mata nengoknya sebab
macam-macam ikon ada kak...saya rasa nak
borong satu kedai tapi kepala agong adalah terhad
jadi nafsu memborong pun terhad juga..ekekek!
bajet ciput je kak sha...
LW, nak the smurfs :p
ReplyDeleteblu4sky
Deletenak errk? meh windsor..hihi:)
Comel-comelnya! ni kalu budk2 mesti diaorg ingtkan mainan...
ReplyDeleteSu
Deletetoksah kata budak2,
remaja purba macam saya
ni pun suka nengok mende
kecik cenonet ni...heeee(>.<)
Pernah kena jugak kat Petaling St masa zaman study kat KL dulu. Rasa nak nanges masa tu :(
ReplyDeleteComel2 semuanya & murah plak tu, bestlah.
Kak Dinas,
DeleteMemang tak boleh tahan kan...
Sila ajak Che G melancong ke sana kak,
banyak benda menarik kalau suka gajet
elektronik...
buzz light year..i sukaaa....
ReplyDelete-net-
NenetPenne
DeleteI pun suka buzz,
nak beli dua
tapi dah habis
ada saty jer...
nak ke? hehehe...
LW