Tuesday, 6 November 2012

Canoeing, marching, rowing, trekking...soon!

Kali pertama berkenu ialah pada 1992, merentasi Jeram Besu di Dong, Raub. Rasa macam thrill habis sebab terpaksa melalui kawasan jeram dinamakan jeram ibu gajah dan ada beberapa jeram kecil tapi garang kerana kami terpaksa mengawal kenu dengan baik supaya tidak terbalik. Untuk langkah keselamatan En Zahran kata kami kena naik tandem punya kenu. Jadi sapa-sapa yang agak tak konfiden tu boleh dikawal oleh mereka yang dah pro. Aku ambil langkah selamat, naik sama Kak Hana yang kecil molek dan mahir mengawal kayuhan. Jeram ibu gajah itu berjaya dilalui dan kami bermalam di tepi sungai..Seronok habis ketika itu kerana sungai berkenaan bebas lintah dan pacat.
Dah settle satu lap..brader yang dalam air itu adalah jurulatih..sengaja menakutkan kakak-kakak ni dengan statement ada cicak dalam kenu..hahaha semua menjerit!

Habis sesi kenu di jeram, rowing intervarsiti menunggu. Gigihlah juga berlatih di Empangan Batu, Gombak pada setiap hujung minggu. Kami kena lari satu kilometer di kawasan dam dan kemudian baru turun ke air. G Rodzi jadi kapten sebab dia kurus cekeding. G aku tau ko silent reader kat sini..jangan nak ngelak aa..Entah macam mana satu hari tu ada orang silap cakap pasal empangan tu, dan dan tu juga turun hujan ribut guruh berdentum-dentum dan kami ketika itu berada di tengah-tengah empangan. Nasib baik tak jadi arwah di kampung orang asli di dasar empangan tu..huhu..ngeri bila ingat semula kemarahan kuasa alam yang berlaku secara tiba-tiba. Memang tak logik dan tak sampai akal aku nak kaitkan graviti alam dengan kata-kata dari mulut laser seorang dari rakan kami...petir sabung menyabung dan selepas setengah jam, air di empangan tenang macam langsung tak pernah berlaku ribut guruh, ajaib!

Bersedia untuk memulakan latihan..

Habis aktiviti kenu, masuk ROTU (Reserve Officer Training Unit) pula sebab minat sakan dengan pakaian seragam. Ya ke minat dengan pakaian seragam yang tak cantik langsung tu? Cisss tipu! Tipu! O ya sebenarnya elaun yang diberi itu yang menarik mata duitan aku untuk masuk ROTU semasa belajar dulu. Tiga tahun juga bergelumang dengan abang askar di Sg Besi sehingga tamat dan menerima watikah daripada YDP Agung ketika itu, Almarhum Tuanku Jaafar. Watikah pentauliahan diadakan di USM dan kami berkampung di desa Aman beberapa hari. Kenangan manis ialah kami menang kawad kaki mengalahkan lapan universiti lain. Perang besar juga di atas padang kawad sebab kadet lain tidak puas hati, tapi kenyataan adalah kenyataan, kami menang kawad kaki pada 1994! Yayy!
Siapa sangka Ila The Bintang bertemu jodoh dengan Ali The Star ketika dalam Rotu. Ila tak habis kawad pun dan G Yusuf berkahwin dengan jurulatih kami, Kapt RossKelly. La ni aku tak tahu depa anak berapa dah..
Berkayuh atas darat sebelum turun ke air..steady kak...depa semua ni dah nak cecah 40 malah ada yang 40 above tapi badan kemain sasa dan bertenaga..
Weekend lalu, aku tersinggah di Lake Garden Titiwangsa, terjumpa pula dengan geng Kenu Wanita Malaysia. Depa dok kalut berlatih nak sertai mini ekspedisi di Melaka minggu ini dan awal tahun depan nak menyertai Ekspedisi Kebangsaan Langkawi. Ada ke lagi stamina aku nak masuk kenu macam depa ni?? Tak boleh jadi kalau dok diam2 macam ni, kena ambil stamina juga.

Buddy i tau u tak suka masuk hutan sebab ada becak segala bagai kan, tapi i nak pi juga Taman Negara, nak ikut?

48 comments:

  1. err..saya tak takut lintah pacat tp saya bukan jenis lasak.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      Haaaa? Tak takut lintah dan pacat? Owh hebatnya..akak geli dua makhluk tu walaupun ia kecil tapi rasa ngeri dan geli..sambil taip ni pun meremang bulu tekak..hehe!

      Delete
    2. saya penah main dengan lintah dan pacat macam main dengan gelung getah tu ;)..tarik sampai putus.hahaha

      Delete
  2. masa muda remaja dulu..suka ngan aktiviti lasak..camping..hiking masuk hutan.. best..ut now..jangankan nak hiking masuk hutan..turun naik tangga kat rumah pun boleh pancit.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blu4sky
      I pun masa muda remaja dulu memang ligat tapi sekarang dah jadi remaja purba, pun memang ligat juga lagi..kehkehkeh..

      Delete
    2. cayo lerr LW.. few years back i ada ikut kelab kembara office husband gi naik gunung nuang.. tak sampai separuh patah balik sbb cramp then after that ada something happened sampai minta bantuan JPA 3..kelakarnya sampai masuk news.. kitorang x jadi camping..pukul 2 pagi keluar dari situ.. then sampai skrg xde buat any aktiviti lasak.. teringin nak gi camping..

      Delete
  3. You're such a wonderful girl la. I kalo masuk aktiviti macam ni lepas tu cuti seminggu dek demam kena air:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cHeRyNa PiReS
      Hehe..budak manja teww...sha i memang dah terbiasa, dulu2 memang setiap bulan pergi lasak sana sini..nowadays slow down sket..sayang tulang..kalsium dah kurang..hehe

      Delete
  4. assalam LW..la..kenu ke namanya he he.acik biasa tengok tapi tak tau pulak apa ke namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Acik,
      ya kenu boleh, kayak pun boleh..sama cam perahu, ada perahu pancung, ada sampan, ada tongkang..hik!

      Delete
  5. Aisehmen teringat kenangan zaman muda2 duluuu! Last time akak berkenu adalah pada tawun 1993 kalau tak silap. Masa tu kat laut masa tengah bergelora plak tu, ketaaaq! Tapi alhamdulillah tak terbalik & hidup lagi sampai sekarang. Padahal sebelum tu ada dibagitahu oleh jurulatih yg dema akan dengan sengaja terbalikkan kenu kami tu & kami kena betulkan semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      haaa lasak kan..bajet semua boleh buat dan nak masuk semua aktiviti kan..akak lagi terer berkayak tengah laut naa..hebat tau kak!
      So betoi ka depa terbalikkan bot tu kak?

      Delete
  6. wow! kayak!!! lama sangat dah mengidam nak berkayak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yong propaghandi
      kat jepun ta dek aktiviti berkayak ke yong?

      Delete
  7. LW akak langsung tak pernah buat aktiviti2 berkanu ni....I takut sungai you.....tapi dalam takut2 kan sungai tu akak pernah menyeberangi Sungai Golok pada musim banjir 11 tahun lepas untuk menikah kan kawan baik akak seorang wartawan hiburan terkenal di Malaysia.

    LW akak pernah tanya adakah you bekerja dengan BH/NST..ok sekarang akak boleh agak...adakah you bekerja dengan Berita Publishing dan you buat event untuk Majalah Madam Chair..just a wild guess...sorry kalau salah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Shaaaaa..
      wowwow beraninya seberang Sungai Golok...ekekekek itu adalah tepat saya bermain kecik-kecik dulu Kak..kroni saya belah2 sana ramai..cuma saya je tak kenal mereka sebab dah lama tak jumpa..
      Haa wartawan hiburan? Siapakah itewww??? hehehe..

      Okeh kak sha teruskan meneka..nanti kalau betul jawapan..ekekek ada hadiah...

      Delete
  8. aku pernah berkenu dari K.Kangsar ke T.Intan.. 3 hari 2 malam.

    muka terbakar. mana yang pakai rayban, muka jadi macam lotong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Whoaa ko lagi best aa dua malam tiga hari..aku setakat satu malam dua hari jer...lagipun masa tu cuaca mendung, so kami tak sunburn sangat...la ni ada buat lagi tak?
      Lotong eh??

      Delete
  9. first time cik ina mendengar perkataan berkenu. haish mana orang yang berkenu yang bernama lady windsor tu : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Ina Do Do Cheng
      Kalau Cik Ina minat berkenu atau suka sukan lasak..memang enjoy tau..saya suka mende-mende cenggini, mencabar fizikal dan keberanian ..hehe sekarang saya mencabar minda melawan ketakutan..takut yang ntah hapa-hapa:)

      Delete
  10. ah... jelesnya.... macam best!

    LW,

    wah.. biar betul guruh berdentam dentum..
    masa bebudak dulu arwah nenek/mak selalu marah kalau kitaorg adik beradik ketawa berdekah-dekah tak hinggat dunia..
    "masap" katanya... kononnya kalau masap.. boleh aja petir dan taufan melanda secara tiba-tiba. Begitu juga kalau ada org yang mentertawakan binatang (kalau ada mendajal binatang terutama kucing..) maunya petir boleh memanah org berkenaan.

    naik seram pula baca kisah LW ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy,
      Ya betul, macam ada misteri-misteri pulak kan. Masap eh? Wahh kalau kat rumah aku ni Nong, kami kalau jumpa adik beradik ketawa pecah rumah nasib baik cina sebelah tak mengamuk jer..nasib baik juga kami tak ada istilah masap..:)

      Delete
  11. Taman Negara Gua Niah yg dok sepelaung jeh dr Miri nih, saya tak pernah sampai lagi, kak.!

    *ko memang versatile la kak. memasak jadik, outdoor pun jadik... dua aktiviti yg bagai langit dan bumi... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      Aku pun tak banyak lokasi yang dijelajah tapi kalau setakat gunung dan gua tu ada le juga sekali sekala..masa berkhemah di Gunung Senyum dulu, kem kami kena bantai dengan babi hutan dan beruang. habis tunggang langgang..dan garam hilang sebab dicuri beruang..heran aku depa kata beruang makan garam..ya ke?

      Versatile? Mana der beb, aku cikai2 je...aagagaga!

      Delete
  12. Lw, saya kl nmpk pak cat ngan mak lint sah pengsan belum lg bang ul. Kak Cingpun geli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Wardah,
      eee tu semua saya geli dan ngeri..memang saya tak akan sanggup deal dengan mereka dan keluarga mereka itewww...minta ampun la orang kata...tak sanggup!

      Delete
  13. Tak nak cerita disini siapa dia....dia pun ada blog...nanti jumpa kita borak2.

    Betul ke akak teka kali ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      rahsia lagi..hehehe nanti jumpa kita sembang sampai lebam..:)

      Delete
  14. Hebatnya akak. Sy pun suka dgn xtvt lasak tp kenu blm pernah lg kak. Teringin btl saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niza Romli,
      Ala besa besa jer dik. Akak ada peluang, sebab tu akak buat. Niza pun akan lakukan yang sama kalau ada peluang kan..kamon..Niza buleh! Hihi...

      Delete
  15. Nak gi taman negara? bila?bila? nak ikut...:)
    Last sekali pegi 10 tahun lepas..lama gila tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ikut??? Ok meh balik malaysia, bulan April kita pergi, kena bawak NP sama..i dok suvey tour operator yang offer package menarik ke Taman negara ni. Kalau nak pergi tahun ni dah tak sempat sebab rasanya musim hujan ni depa tutup. Tahun depan sekitar bulan 3 hingga 6 tu cuaca kering, senang kalau nak masuk sana..

      Uikss lama tu...tapi at least u dah sampai..tsk! Tak boleh jadi..hahah jelesz neh!

      Delete
  16. LW, kalo gi bercuti lama2 atau outdoor activities, blog jgn lupa hapdet yer...coz ramai org akan merindui celotehmu ittewww... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza,
      Hehe..insyaAllah...kalau ada masa saya akan buat autopost..wahh ni dah bajet macam retis neh...tapi ok juga share idea kan..sharing is caring..xoxo!

      Delete
  17. bestnyeeeeeeee..
    teringin nk pi tmn negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. CaDLyNNN
      Jom kita pi ramai-ramai, akak sedang cek package mana yang tawarkan trip paling murah dan menarik..

      Delete
  18. pegggh tengah2 empangan tu kilat berdentum dentam?? oooh scarry ooooo... kalau i ada masa tu gamaknya i menyorok dalam kenu tu...

    rasanya i dah pegi 2 kali ke sana..masa belum kahwin..masa tu umur 24 kot...oooo 20 tahun yang lampau laa... pergggh lama gilaaaa...

    tapi i dont mind untuk pegi lagi...rasanya mesti byk perubahan yang berlaku dalam tempoh 20 tahun tu kan... ok bila nak pegi? janji dalam bilik air tak ada cicak sudah la yer.. tak pe, nanti i hantar squad peninjau masuk tandas dulu..ha ha ha...

    KA nak ikut? meh lerrr...lai lai... he he he..but too bad u are too far far away.... next time yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne,
      Haa kannn...memang lama tapi i rasa macam baru jer buat aktiviti mengerikan tu sama geng-geng rowing...how times flies..cepat nau kan.. kalau ada anak, maybe anak dah umur belasan tahun..ehhh apasal cakap pasal anak plak ni.

      Ooo u pun pernah pergi situ ke? Okeh i akan pastikan no cikcak..jangan risau..hehehe

      Delete
  19. eeeh bukan 20 tahun yang lampau laa..jap jap nak kira... 17 tahun yang lampau...ahaks....

    ReplyDelete
  20. Beraninya nak berkayak musim hujan ni... saya tak minat kayak tapi saya suka water rafting

    ReplyDelete
    Replies
    1. MystoryPic,
      Depa la nak berkayak musim hujan, saya tengoj sajer..ehh water rafting tu best juga kan..saya nak join boleh tak? Please! Hihi...

      Delete
  21. Outdoor xtvt? Daa lama tak buat. Tetiba aku rasa nak berkayak bila bc entry ni.. huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reenapple,
      Nanti kalau ada rekreasi sukan berkayak ni aku bitau kau ya..kita boleh g sama-sama..:)

      Delete
  22. lasak akak ni...
    bagus betul.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasekM,
      ala Tas lasak manja-manja jer..
      la ni dah pancit la dik!

      Delete
  23. serius, bila dah berusia skit.. mudah semput! exercise kena buat selalu utk kekalkan stamina.. kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su,
      betul tu..jaga makan, jaga kesihatan insyaAllah hidup sejahtera...

      Delete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...