Penganalisi jenayah, Kamal Affendi Hashim pernah berpesan masa aku tepon dia suatu ketika dulu...katanya:
"Cik Kak, kalau naik teksi, buat kawan dengan driver teksi sebab bila dia dok anggap awak tu kawan, dia tak akan melakukan perkara lain," katanya.
Lepas tu bla! bla! bla! dan akhir sekali..'aku gigit juga budak ni karang!
Ehh tetiba kuar ayat ni...dia kata nak gigit sebab aku kata aku akan letak 'Dr' depan nama dia walaupun dia memohon letak nama dia terus, ok aku akur.
Semoga Sdr Kamal Affendi dipermudakan urusan sebab currently aku dengar dia diberi ujian oleh Allah, mengalami masalah pertuturan dan memerlukan RM40,000 untuk rawatan...harap rumours ini tidak betul. Tapi kalau betul, aku doakan dia akan pulih seperti sediakala..
*********************
Berbalik kepada naik teksi, dua minggu lepas, aku naik teksi dari Bangsar menuju ke Hotel Royal Chulan, ada jemputan makan-makan (percumaaa...makkk sukaaa! Hahaha...) Dalam pada itu, hari hujan lebat dan teksi gerak macam semut. Aku dah risau sebab meter dok naik je seposen demi seposen. Aku nampak driver kat depan cool je. Aku dah puas mencongak dan tengok jarum jam...sedetik, dua detik..meter jalan, payment naik...fuhhhh!
Dia tanya, nak gi buat apa kat hotel tu, aku kata nak gi keje. Automatik dia ingat aku ni keje apa kan??? So lepas berbasa basi aku bitau aku ada jemputan makan dan ada chef yang baik hati masak untuk aku. Dia kata dia pun tukang masak, dia handal masak "Masak Lemak Cili Api'. Orang rembau, fizikalnya tambun dan aku yakin dia banyak ilmu memasak sebab dari cara dia bercerita, memang ada tama'ninah.
Usha punya usha, dia bagi aku resipi turun temurun dari arwah pak dia yang jadi tukang gulai di Rembau dan memang gaya dia cerita tu buat aku meleleh dah sebab terbayang masak lemak cili api daging salai yang sangat sedap dengan kuah kuning lembut pekat melekat...pehhhh! Dari cerita pun dah sedap, apatah lagi kalau ada kat depan kan!
Dia juga kata makcik dia handal buat rempah untuk gulai. Aku pun pantang le kalau cakap pasal gulai, terus buat-buat nak beli rempah ori yg makcik dia buat. Aku usha lagi, nak bagi duit advance, sebab memang berhajat nak beli rempah tu. Dia kata no worries, nanti dia hantar kat opis.
Gedebuk gedebak, nah ini dia resipi yang dia bagi. Aku belum try sebab tak de pemakan kat rumah kalau aku masak...
Masak Lemak Cili Api Encik Moh Azreen Rembau
1 kilo daging batang pinang (sila campur dengan tulang sedikit kerana air tulang akan menjadikan kuah gulai manis dan juicy).
2 kg santan (ambil kepalanya saja).
4 batang serai dititik.
2 inci kunyit ditumbuk halus.
Sepeket rempah tiga sekawan (bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis).
Rempah kari secukup rasa.
Daun limau purut.
Basuh daging hingga bersih, toskan.
Rebus bersama tulang dan biarkan ia empuk.
Sambil rebus masukkan semua bahan rempah tadi kecuali santan.
Bila dah mendidih, masukkan santan last sekali dan garam kasar.
Tips yg dia bagi
: kalau nak sedap lagi masukkan paru dan belimbing buluh.
1 kilo daging batang pinang (sila campur dengan tulang sedikit kerana air tulang akan menjadikan kuah gulai manis dan juicy).
2 kg santan (ambil kepalanya saja).
4 batang serai dititik.
2 inci kunyit ditumbuk halus.
Sepeket rempah tiga sekawan (bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis).
Rempah kari secukup rasa.
Daun limau purut.
Basuh daging hingga bersih, toskan.
Rebus bersama tulang dan biarkan ia empuk.
Sambil rebus masukkan semua bahan rempah tadi kecuali santan.
Bila dah mendidih, masukkan santan last sekali dan garam kasar.
Tips yg dia bagi
: kalau nak sedap lagi masukkan paru dan belimbing buluh.
Ada dua resipi lagi dia bagi, u all boleh bayangkan berapa lama aku sembang dengan dia dlam teksi sambil kat luar hujan lebat. Nak sampai ke Royal Chulan tu, lama le juga dia bercerita dan menurunkan ilmu. Resipi yang dia bagi tu ialah Masak Lemak Tempoyak dan Puteri Mandi. Dia janji nak hantar aku tempoyak kalau ada peluang..harap2 janji dia betul.
Dia cakap juga pasal kambing. Kenapa kambing sihat? Sebab katanyanya kambing akan mencukupkan 23 jenis daun setiap hari bagi memenuhi keperlian zat sebagai seekor kambing yang sihat dan tambun...haaa caya dak? Aku notis kalau kat kampung dulu, sampai pokok bunga kertas mak pun dibedal dek kambing ni..mungkin ada benarnya..
Finally, masak lemak sudah, masak tempoyak sudah, masak puteri mandi sudah...maka aku pun turun dari teksi dengan bayaran bil RM23++..not bad. Alhamdulillah...
Dan beberapa hari lalu, dia telefon katanya dia ada depan office aku, hantar serbuk rempah yang makcik dia buat..memang bau mengancam...itu belum masak lagi!
Hmm...itulah dianya harga sebuah resipi. Kerana minat nak kumpul resipi yang bersifat 1st hand, aku buat kawan dengan driver teksi..esok nak p jumpa Rachel Allen pulak, dia nak share masak2 juga!
Wah.... memang berbaloi RM23 dapat resepi dan dapat beli rempah sekali.. sungguh tak sangka la LW..
ReplyDeleteNong Andy,
Deleteaku cuba nasib, minta resipi sambil sembang pasal masakan..aku rasa lambatnya masa berjalan ketika itu dan meter motokar makin naik, nasib baik dia bermurah hati nak bagi tiga resipi...kaw2 punya resipi..
salam
ReplyDeleteapa2 pun nak tanya sedap tak makanan kat royal chulan tu hehehe
wsalam bapak,
Deletemakanannya biasa saja..kalau bapak mahu yang sedap, sheraton imperial di jalan sultan ismail tu adalah antara yg sedap dan banyak pilihan, atau westin pun ok...ataupun KL Hilton..ketiga-tiga ini antara yang saya kerap pergi try sambil menyelesaikan tugas di situ..:)
huuu. Nanti aku try praktis resepi ni.. bila aku daa kawin.. hahah
ReplyDeletereenapple,
Deletehehe aku ingatkan kau nak try sekarang, boleh aku pergi rumah kau try sama...kikiki
salam LW..ini sudah bagus LW...abang bro berminat untuk mendapatkan serbuk rempah tu...
Deleteabg bro, serbuk rempah brader teksi ni memang sedap...untuk buat sup pun boleh..nanti saya cari balik no tepon dia..
Deletemasak lemak cili api org N9 asli tak guna bawang merah kan kan .sedapnya masak lomak cili api telur itik ngan pucuk ubi:).
ReplyDeleteCik Ina Do Do Cheng,
Deletememang tak bubuh bawang kan? Hihi saya suka telur itik masak lemak tu..asalkan telur itik...makaihhh sedapnya, kalau kuah kuning pekat tu...slurppp!
Blog Cik Ina memang x leh komen ek?
Gulai ni pun.sedap.......kek cekelat pun sedap..... fuh terliur aku
ReplyDeleteBro yang penting lu datang dulu KL, nanti kita kautim sama ada kek cekela atau masak lemak cili padi...kehkehkeh!
Deletebaik......beri sedikit masa
Deletetengok..sbb akak buat dia sbg kawan,siap dia ikhlas nak kawan ngan akak.sanggup hantar rempah lagi.saya dah salin resepi.tq
ReplyDeleteIrfa,
DeleteKan...akak ingat dia main main nak hantar rempah tu, rupa-rupanya dia memang datang hantar untuk akak...alhamdulillah..rezeki..
nak rasa juga sikit... huhuhhu
ReplyDeletemeh windsor bawa family...kita makan-makan.
DeleteIni orang Rembau bercakap:
ReplyDeleteResepi nieh sure ke dari Rembau ni. I have doubt.
Tapi I don't want to kill your hope...mungkin sedap...so, takpe.
Cuma rasanya konsep dan nama perlu diperbetulkan.
But this is not gulai Rembau, dear. The ingredients...mmg bukan.
Ini macam kari utara.
Tapi takpelah. Janji sedap.
cHeRyNa PiReS,
DeleteBrader tu kata dia dari Rembau, I hv no idea ye ke tidak. Masa dia citer tu akak catat je..cuma akak wonder memang tak de masuk bawang eh? Eventho my aunt is originally membesar kat Rembau/Kuala Pilah, akak tak tahu langsung pasal masakan N9 ni..please correct me.
Hehe kari utara ka? Is ok ill keep it as masak lomak cili padi from his version...
untuk org penumpang lelaki, drebar teksi nih suka criter politik (dan ada yg criter experience, biasanya yg lebih tua)... yg susahnya nak tau depa nih pro ka opposition side ka. biasanya, aku pecah-ais dengan pro... kalau depa opp, cepat jeh melenting. hehehe
ReplyDelete.
Sepa,
Deletesebab aku nak elak driver tu cakap pasal politilah aku cecepat masuk bab masak2. sekali tak sangka plak dia tukang masak..at least aku tak perlu teragak-agak dia sokong apa kan, sebab masak ni memang bawang halia kunyit je intipatinya..kehkehkeh!
Bestnye...siap dapat resipi lagik.....
ReplyDeleteHeNRieTTa JoSe,
DeleteHehe..teknik mengelak daripada driver tu bercakap yg bukan2, better tune dia cakap benda umum..dapat le resipi:)
jelesssss...bukan pasal resipi tu.... pasal dapat makanan kat hotel tu... ha ha ha...
ReplyDeleteHahaha...itu le keje sayer..tak de orang lain dah nak suruh pi, maka depa suruh sayer pi menternak badan kat situ...:)
Deleteseriusly i envy ur job part makan2 tu..part2 tugas after makan tak envy sangat...ha haha..boleh gitu???
Deletehehe boleh boleh...kalau boleh ajak u memang i nak ajak..biar kita sama-sama menternak badan gitewww...:)
Deletewaaahhh.... kalo la hari tu saya ada bersama dalam teksi..!!!
ReplyDeletenanti masak & jamu kitorang ya..
ps.. opis kat bangsar ke..?
Haaa kalau kita berdua ada dalam teksi tu, maunya semput brader tu nak explain masak2 kan...kikiki..yer kat bangsar, kalau lalu sila roger saya ya...
DeleteAlhamdulillah selamat. Selamat dapat kawan & dapat resepi. RM23 pun oklah :)
ReplyDeleteKak Dinas,
Deletedapat rempah juga, dia datang hantar kat opis...:)
Nasib baik dia hantar kambing sekali yer...kalau tak jenuh golek :)
ReplyDeleteKhairul Abdullah,
Deletetu la pasal...driver tu memang baik...ingatkan dia cakap je, tapi rupa-rupanya datang hantar..:)