Dia kata dia sakit dada. Dan dia tidak mahu dibawa ke klinik. Kalau mahu dibawa ke klinik sekalipun, bukan mak mampu membawa dia. Maksud aku kemampuan mak daripada segi kudrat. Dia tinggi dan berat manakala mak pula rendah. Dia adalah lelaki yang sangat aku sayang, sayang yang tiada tara dan tolok banding kerana dia adalah abah yang sentiasa berpandangan ke depan walaupun dia hanyalah seorang buruh kasar di Singapura pada tahun 70-an hingga 80-an. Dia tidak pernah menyusahkan kami sehinggalah ke saat nafas terakhir pun, dia masih mampu menggagahkan diri berjalan keluar dari kereta dan merebahkan diri di atas stretcher walaupun ada kakitangan hospital bersedia mengusungnya naik ke atas pangkin itu.
Selepas dua puluh minit, doktor bagi tahu mak, jantung dia sudah tidak boleh melakukan rutin mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien lagi ke seluruh badannya. Jantung itu akan berhenti berfungsi selepas 62 tahun berkhidmat untuk dia. Meskipun doktor bukan Tuhan, tapi doktor juga ada naluri dan ilmu yang apabila diselaraskan, ada satu keputusan yang tidak berpihak kepada kami bahawa dia akan meninggalkan kami semua. Benar bagai ditelah, selepas beberapa ketika, jantungnya berhenti berdenyut dan tepat jam 2.30 pagi, dia sudah pergi meninggalkan kami. Dia pergi disebabkan jantungnya sudah berhenti berdenyut, jantungnya ada masalah, dan dia tidak pernah menyatakan kepada kami mengenai masalahnya itu. Walaupun 2005 sudah lama ditinggalkan, aku rasa macam baru saja berlalu. Andainya aku tahu, mahu saja aku bertukar jantung dengan dia..
Bagi seramai 28 juta penduduk di Malaysia, dikatakan 40,000 pesakit jantung baru akan muncul setiap tahun.
Perangkaan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia,16.5 peratus kematian di hospital pada 2008 disebabkan oleh sakit jantung.
Dianggarkan bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia, 141 mengidap sakit jantung.
Sempena Sambutan Hari Jantung Sedunia Ahad lalu, ada banyak belon berbentuk hati dilepaskan ke udara... |
Depa ni buat flash mob kat bawah lepas tu terus naik ke atas stage sambung bergedik... |
Sila sayang jantung anda..saya sayang jantung saya, jantung hati saya dan buah hati pengarang jantung saya.... |
ayah kak lw penah keje singapore ke?ayah saya pun sama..penah keje sana masa saya skolah rendah
ReplyDeleteye..kita mmg jarang bersenam @ mmg tak bersenam pun.saya juga sayang jantung saya
A ahh, lama dia kerja Singapura..Ada lebih 15 tahun, tu pun dia balik kampung setelah dapat anak lelaki, kalau tak memang dia nak bawa kami menetap di Singapura katanya..
DeleteAkak pun jarang bersenam lately ni tapi ada buat gardening bila weekend, at least sweat juga le...
arwah abah sy pun pernah keje kt singapore, buruh..
ReplyDeleteyela, kite jrg amik kisah psl kesihatan dalaman kite..
Owhh ya ke..dulu kerja Singapore femes kan walaupun sebagai buruh binaan, sama macam Indon datang keje kat Malaysia sekarang..
DeleteHari ni da buat senaman? hehe
jantung yang sihat kena makan makanan yang sihat..
ReplyDeletejom minum nestle omega plus... dapat banyak kan??? he he he
Jom minum Nestle Omega Plus dan makan nestum Dang gui...hehe hidup ini penuh dengan penajaan...best!
Deletejantung hanyalah pinjam-pinjaman...
ReplyDeleteyer, jadi mari kita manfaatkan keperkasaan jantung itu...:)
DeleteSaya hadiahkan AL-Fatihah untuk arwah abah LW.
ReplyDeletePada satu ketika saya pernah berulang alik ke IJN selama berbulan lamanya dan menyaksikan kematian di depan mata akibat kegagalan jantung. Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan jantung kita yer. Bersenam amat penting, kalau malas sangat..berjalan lah.
TQ Khairul, saya langsung tak sempat nak jenguk arwah masa dia sakit selama empat hari, bila balik rumah, yang ada cuma jasad terbujur kaku...
DeleteLa ni saya naik tangga turun tangga di bangunan lima tingkat kat bangsar tu..
memula, aku terpaku tengok tulisan kalerkaler. bila dah masuk ke tengah criter, aku mula rasa sebak. al-fatihah buat arwah. Arwah pak aku meninggal dunia disebabkan oleh asma, pada usia 72tahun. depa tak buat ka hari asma sedunia.?!
ReplyDeleteSepa,
DeleteHari Asthma tak de, tapi hari disebabkan oleh penyakit berkaitan rokok ada..
Ngeri kan bila ingat asthma ni...aku pun ada asthma...huhu..tak boleh ambil vitamin c berlebihan terutama anggur, tapi buah itulah yang aku naik hantu memakannya..
AlFatihah buat arwah abah LW dan semua muslimin muslimat yang telah pergi..
ReplyDeleteAcik erna,
Deleteterima kasih...semoga mereka semua dilimpahi rahmat Ilahi..
Arwah bapak akak pun meninggal kerana myocardiac infarction. Al-Fatihah buat mereka yg telah pergi.
ReplyDeleteKak dinas,
Deletesamalah tu...bapak saya pun sebab kes itu. Asalnya dia angkut batu bata nak letak depan rumah sebab hujan...terus kena serangan sakit dada sekali, baring tiga hari...hari terakhir dia bangun mandi, potong kuku, potong misai dan duduk jer..macam ready nak kuar berjalan...dan memang dia 'ready' pun..
salam
ReplyDeleteal fatehah
mekaseh bapak..
Deleteharap2 aku bebas drpd nya.....
ReplyDeleteinsyaallah bor, ko kan amal gaya hidup sihat..cuma aku ada nampak ko smoking gak kan?
Deleteitu org kata energy booster kehkehkeh
Deleteenergy booster lah sangat! debik kang!!! meuehehe
DeleteLW,
ReplyDeleteTuhan lebih menyayangi org yg kita sayangkan? Selalu doakan agar rohnya aman tenang di sana. Jauh di mata, dekat di hati. ~Al Fatihah.
Saya pernah kehilangan org tersayang n rapat; arwah atok n opah sbb serangan jantung. Tapi saya punyalah naive masa tu, siap fikir, Allah mesti sayang mrk sbb sakit tak lama (one passed away while sleeping n the other having slight headache). They both very caring and lovable person i've ever known. Wish to be like them, tak suka susahkan hati anak2 walau sakit. They gone peacefully.
ps: Sayangi jantung hati anda, jalani gaya hidup sihat n makan quaker oat selalu :)
Ya Eliza,
Deletepast id past and we cannot change..it became a history...cuma boleh ingat kenangan dan jadikan pengajaran..jaga kesihatan...dan orang dulu-dulu kasih sayangnya sejati, asli...dan tak akan sekali-kali beritahu anak2 bahawa one of them uzur atau apa..tu yg ralat sangat, kebetulan masa dia sakit empat hari tu saya baru keluar operation theater...speechless sungguh bila saya sedang berkira-kira nak beli tiket nak balik jenguk dia, mak dah telefon kata dia dah tak ada...:(
saya pun ambil oat and Nestle Omega Plus...:)
merah.. merahnya si jantung hati.. dengan si tudung merah..
ReplyDelete*sayang jantung hatiku...
yessza...si jantung hati o owhh...si jantung hati...hehe
DeleteAlfatihah untuk arwah.
ReplyDeleteYang pentingnya, kita kena sayang diri sendiri, kan? Hehe...