Monday, 3 September 2012

Padang lalang...

 Jangan ingat lalang itu tidak ada fungsi...meskipun ia hanya sehelai lalang...
terhampar tenang padang lalangterbang di tiup angin gugus tangkai mu
dan lalang itu tunduk tanpa pengorbanan...
Di tengah-tengah belantara hutan batu, masih ada padang lalang berbunga putih di celah-celahnya. Setiap kali memandu ke rumah adik, lokasi ini adalah yang paling aman dan sunyi untuk berhenti sejenak melepas lelah dan beban yang tidak kelihatan...kalau aku lalu, matikan enjin kenderaan sekejap dan lihat sekeliling saujana mata memandang..rasa aman pula melihat padang lalang dengan bunga putih ringan terbang di tiup angin...kalaulah ia mengadap Windsor..tentunya secawan kopi pada awal pagi membekalkan nikmat sepanjang hari...

Beberapa tahun lepas, ketika singgah di rumah YB Sipitang, Datuk Yusof, kami dihidangkan dengan berbelas jenis kek lapis Sarawak, namun yang menarik untuk dinikmati ketika itu ialah bihun sup akar lalang. Supnya dimasak daripada bahan seperti akar alang. Aku tak tahu pula lalang itu mempunyai akar yang boleh dimanfaat walaupun perangai seperti lalang tidak disukai. Lebih memukau, bunga lalang sangat cantik dan mengujakan. Sekali fikir memang lalang tiada manfaatnya kepada manusia, tapi daun lalang boleh dijadikan kertas dan zaman kanak-kanak dulu, daun lalang boleh dikoyak menjadi seperti penyumpit. Arwah mak pernah ajar tapi aku dah lupa bagaimana teknik mengoyak daun lalang dan dilancarkan seperti kapal terbang kertas...ingatan yang sudah tertimbus oleh banyaknya usia...hmm..
Aku boleh dengar lagu Padang Lalang ini sepanjang hari sampai lebam..tak akan puas dan tak akan jemu...sambil conteng-conteng, puntung warna pastel mengeluarkan debu halus mengotorkan lantai putih di bilik, makin pendek dan pendek..
Medium: Soft Pastel Colour Mungyo
3 Sept 2012

Nota: Pakcik Hassan yang jadi staff Usop Gajah di Galeri Gajah-Gajah pernah kata pada aku, walau hanya sejalur contengan dan secalit warna, simpan saja hasil seni itu kerana kita tidak pernah tahu akan sebuah masa depan yang penuh misteri. Dan bila berpeluang mengunjungi Rijksmuseum dan Rembrandt House Museum di Amsterdam pada 2007, sekeping kertas kumal bergambar telinga yang kena potong oleh Picasso mencecah harga yang buat biji mata aku celik tak berkelip! Dunia...:) Jadi pada sesiapa yang ada anak dan bila anak anda conteng kertas tu, sila simpan ya..mana tahu 20 tahun akan datang kertas berconteng itu jadi bernilai...

50 comments:

  1. kalau picaso hidup lagi pasti dia minat dgn lukisan tu....

    ReplyDelete
  2. Telor Power
    Mwahahaha...ye lah tu!:)

    ReplyDelete
  3. setiap benda ade fungsinya kan kak...walaupon sikit :)

    ReplyDelete
  4. kalau dia conteng dinding..jgn cat balik dinding itu krn satu masa nanti kita akan rindu tangan kecil yg menconteng itu(pastikan dia conteng dalam bilik je..jgn pulak conteng di ruang tamu,huhu)

    ReplyDelete
  5. salam LW,
    akar lalang tu bley dijadikan ubat..tak ingat utk apa tapi masa dlm pantang kekadang ada gak guna..

    ReplyDelete
  6. nak pi conteng kertas sekarang jugak...

    kalau u datang ke kawasan2 sabak bernam yang ada sawah padi menghijau, u lagi fascinate tengok tu...

    kadang2 orang tak faham kenapa kita suka menda2 mcm ni... tapi ianya mendamaikan...

    ReplyDelete
  7. ye. lukisan tu cantik....~

    sila spray dgn clear spray, framekan, gantung - pastu jgn tekejut kalau ada yang tanya 'eh, beli kat mana ni?'

    :D

    ReplyDelete
  8. CaDLyNN,
    A ahh...tapi kita sentiasa lupa sebab dok ingat ia adalah lalang dan lalang tak lebih daripada spesies rumput yang menyemakkan..padahal ada fungsinya...:)





    Irfa,
    Anak buah saya memang suka conteng dinding kat luar..ada anak kawan pula suka conteng kat peha dan tangan dia...betulkan...sekarang pun dah rasa teringat-ingat nak tengok tangan nakal anak buah yg dok conteng sofa, dinding, skrin tv dan conteng keta mak dia...

    ReplyDelete
  9. Blu4sky
    O ya ke boleh buat ubat...kan..kalau ada orang tahu mesti dikomersialkan lalang tu...terus jadi berharga lah pulak...




    Nenet Penne
    ..jom kita menconteng berjemaah kat sabak bernam..suasana kat penambang tu mesti cantik kan..tunggulah i tepon de palma, nanti u datang. Ya betul, walaupun ntah hapa-hapa...tapi i boleh buat walaupun jam 3 pagi..sambil merenung pokok depan rumah..ada damai walaupun gelap dan suram..

    ReplyDelete
  10. Nizam.Ariff
    Tq..cantik ke tak, aku suka sebab aku yang conteng...hik!



    Telor Power,
    Mahal juga sebab pastel colour tu aku beli jenis yang mahal dan kertas tu pun grade A..so aku consider mahal wehh...hehe

    ReplyDelete
  11. GadisBunga,
    Ooo kita kena guna clear spray ke untuk nak preserve mende tu? Tatau pun...memang ada cadangan nak frame dan letak kat dinding rumah saya yang selama ini kosong je..thanks for the info...:)

    ReplyDelete
  12. dulu masa sekolah, ada sorang budak perempuan dari sekolah/asrama lain minat kat aku. kampung dia kat kampung padang lalang, muar... (cis, kau dah bikin aku teringat pulak!)

    ReplyDelete
  13. SM
    Bhahaha konangan cinta mengusik jihwa yer..kelasss tau nama kampung..kampung padang lalang...alahai mesti budak pompuan tu comel tu...itu pasal ko teringat kat dia kan...ekekeke!

    ReplyDelete
  14. specky girl yang comel. melalui seorang posto yang duduk kat depan aku, dia bagi gambar posing kat pokok bunga. (ini rahsia cinta beruk, jangan bagitau sesiapa) hahahahaa!!!

    ReplyDelete
  15. Bhahaha...kureng asam..siap ada posto laa...itu mesti die hard fan punya budak tu...eh dia minat ko ke atau ko yang minat dia...aaahaha yang penting dia adalah penghuni kampung padang lalang kan...sesuai benor le dengan lagu M Nasir ni kan....dengar le ko sampai lebam..

    ReplyDelete
  16. bihun sup akar lalang..?

    biar betik, kak...?




    .

    ReplyDelete
  17. tasekM,
    A ahh, akak pun first time makan dan last juga le tu..sebab kat KL ni nampak lalang memang banyak tapi tak berani nak try, takut kemabukan pulak kang...kan ke naya...hehe



    Asrul Ilham Sani
    Comel eh...mekaseh!

    ReplyDelete
  18. awesome!and i think you should start on canvas and acrylic plak. Sure gempak :)

    ReplyDelete
  19. Khairul Abdullah,
    I did, but at the moment quite hard to get a canvas (nak pi kedai, jauh) and acrylic pun a bit expensive. Sure gempak? Sure? Thanks hehe!

    ReplyDelete
  20. hahahaha dah boleh letak kat galeri seni dah tu

    ReplyDelete
  21. Telor Power
    Oittt siap le ko bro..nant datang Windsor tengok ada gallery sendiri...hahaha..ahkak berangan dik!

    ReplyDelete
  22. Cantik..!!! Rasa macam senang je nak lukis..tapi macam tak reti..

    Salam kenal..

    nanti singgah & follow blog Mummy yea..

    Take care

    ReplyDelete
  23. Mummy Akmar
    hai Mummy, Cantik kan lalang tu..sebab tu saya teruja dok tengok dan try conteng sebab rasa aman sangat bila lalu kawasan tu..ok jap saya visit mummy ya..:)thanks singgah.

    ReplyDelete
  24. Dik LW, akak sangat suka padang lalang penuh berbunga macam tu, kalau jumpa, nak tembak. Thank you for sharing the photo & the drawing :)

    ReplyDelete
  25. dah tau lagu M. Nasir ni...best layan ada element Jepun...

    ReplyDelete
  26. Dinas Aldi,
    Best kan kak dinas, bila angin tiup batang lalang tu, bunga putih berbulu pun terbang rendah kat ruang udara...ya rabbi kalau saya pandai lukis, saya nak buat satu- satu tapi sayangnya saya hanya pandai conteng jer...akak meh la turun KL menginap di Windsor, saya boleh bawa kak dinas ke beberapa lagi lokasi menarik untuk akak menembak..:)

    ReplyDelete
  27. El Mariachi@abg bro,
    Haaa tau tak pe..lagu ni tak jemu didengar..dah agak kalau ada elemen Jepun mesti abg bro suka kan...hehe

    ReplyDelete
  28. salam

    kalau dedulu org balik dari cameron, pasti belibunga lalang ni buat deco kat rumah

    ReplyDelete
  29. tetiba aku rasa teruja nak melukis.

    hehehe

    ReplyDelete
  30. Salam bapak@rezeki,
    Saya kalau pi Cameron, teruja nak beli barang kraf yg orang asli jual kat tepi-tepi jalan tu...



    Sepa,
    Apa lagi tunggu, stand, kanvas dan pastel dah ada? Sekali kau conteng..gerenti release tension...:)

    ReplyDelete
  31. untung org yg berseni.. simple tp ada gaya, mutu dan keunggulan.. hahaha

    ReplyDelete
  32. HaniAsyira,
    Syukur Alhamdulillah, Allah bagi tangan dan kepekaan yang menjurus kepada rasa nak masak, nak menconteng, nak berblogging etc...hihi!

    ReplyDelete
  33. yer yer... aku cuba... tak lukis lalang tapi. sebab sini dikelilingi ladang sawit.

    nanti aku cuba cakor2 sampai jadi ada ruper ladang sawit. errr, kalau tak menjadi, aku tak buh dlm blog ar...

    ReplyDelete
  34. berangan tak salah, asalkan biar bertempat


    kata JJ
    hahahaha

    ReplyDelete
  35. Aku suka tgok pemandangan sebegitu. Hijau.. . Buat aku tenang je...

    ReplyDelete
  36. reenapple,
    mata pun sihat kalau tengok hijau ni kan...:)

    ReplyDelete
  37. walaweiiiiiiiiiiii...hijau lagi...

    tak sangka alangkah indahnya hasil contenganmu itu Lady...sungguh! ikhlas hatiku mengagumi...biarkan ianya kekal diabadikan di sini...untuk tatapanku di malam sunyi...

    lady Windsor...ku sanjung tinggi nilai seni dalam dirimu...

    ReplyDelete
  38. Queenie
    Sist, alaa jangan puji lelebih nanti skil saya entah ke mana...hehe. But then hijau tu mendamaikan...sejukk! Seni memasak sist pun hebat apa! xoxo..!

    ReplyDelete
  39. Sepa,
    Aaahh aku tak kira, jadi tak jadi ko mesti bubuh dalam blog...tapi jangan ambil lukisan dak hanna atau hasif ke sapa eh..tu tak aci tau! Kehkehkeh..



    Telor Power,
    ahkak memang sker berangan dikkkk...kikiki...

    ReplyDelete
  40. saya peminat M.Nasir tapi kok perasan lagu ini..

    info lalang itu sangat mengujakan! :)

    ReplyDelete
  41. canvas yg dah siap on stretcher kat sini quite murah from Eur3 - Eur30 tgk saiz lah kan. And acrylic pun agak murah from Eur2.50 sebotol. Now im trying new media to paint iaitu color marker on canvas, brighter colour easier and faster :)

    ReplyDelete
  42. blog-tips-kurus
    Best kan lagu tu...saya pun peminat M Nasir sejak dulu, dan pernah jumpa dia live kat studio dia, Luncai Emas di Sg Buluh lama dulu..:)

    ReplyDelete
  43. KA,
    U r lucky then becoz some things is cheper in German. If im not mistaken, a small tube of acrylic is almost RM20 in KL. Sekali picit dah habis, kalau painting besar, maunya kena guna dua tiga tiub, belum masuk kanvas yang kualiti grade A.
    What kind of marker tu? Do you know Sharpie pen..they told me Sharpie is quite good for artwork..

    ReplyDelete
  44. Yeah..lucky me.

    I use Posca. But heard that sharpie is good too...used by artist to paint on canvas, skateboard, surfboard, shoes, t-shirt and many more...it must be good then. I never try.

    ReplyDelete
  45. Posca ek? But I still prefer the real acrylic, looks more natural and the texture is smooth. You try google on sharpie, I dah lupa apa nama blog anak cina ni, kaya raya dok US, dia guna sharpie pen untuk melukis di polistrin cup dan jual di sana..the point is sharpie boleh guna atas semua medium...

    ReplyDelete
  46. Lukisan LW?

    wah... itu hebat!

    padang lalang.. walau cuma lalang boleh hasilkan ilham :D

    ReplyDelete
  47. Nong Andy,
    ahh biasa2 saja...aku conteng saja sebab aku suka akan lalang...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...