Thursday, 9 August 2012

Skill segera

Kalau merujuk pada mak dulu, semua benda dia boleh buat. Paling dia suka, masak. Sebab kami pula, suka makan. Kalau balik rumah, mak akan sediakan gulai itik. Bunyi macam eehh gulai kari itik atau kerutup itik? Ya...itik kuek-kuek. Aku tak makan masakan itik yang dijual di kedai atau pasar, tapi kalau gulai itik yang mak buat, aku makan sebab itik itu adalah itik yang dibela di dalam kawasan rumah kami, dalam reban. Jadi aku tahu apa yang itik itu makan...ehh ini bukan entry pasal itik tapi entry multitasking. Mak pandai buat puding, agar-agar dan kek serta kuih muih lama. Tepung bunga, baulu, netbak, buah melaka, jala emas dan segala bagai lagi. Aku tahu makan! :
Kami dah dibekalkan dengan beberapa stalk bunga...
Bila di sekolah menengah, Cikgu paksa suruh masuk ko-ko..aku pelajar pasif dulu. Pergi sekolah, balik sekolah. Itu saja aku tahu. Orang main netball..maaflah ahkak tak minat. Tapi kalau suruh main volley ball, ya ahkak main sampai wakil sekolah. Kalau suruh berpantun, ya ahkak boleh sampai wakil daerah...dua ni saja yang aku boleh buat. Bila dah kerja, menyesal sebab tak banyak skill yang aku tahu. Jadi kalau ada kelapangan banyak workshop instant yang aku akan masuk. Walaupun mungkin sedikit mahal bayaran nak masuk workshop, aku terpaksa bayar sebab ilmu tak akan dapat dengan mudah sekarang ini. Tambah pula duduk di KL...
Hampir siap, nampak macam terrer tapi sebenarnya hampas..Sebenarnya ada sejambangan bunga di hadapan sebagai contoh rujukan, jadi kami yang menjadi peserta ini dengan senang hati tiru je lah...
Hari tu masa Floria Putrajaya, aku berfoya-foya sambil teman adinda Z cari benih pokok di sana. Pokok bunga cantik2 pelbagai rupa tak payah citer lah. Tiba-tiba sambil berfoya2 tu ada dua budak perempuan datang approach suruh masuk pertandingan gubah bunga. Tangan dah le keras..kalau setakat cucuk2 main tala je aku tahu, tapi skill nak gubah bunga yang betul aku tak tahu. Heran betul tengok penggubah bunga atau florist ni. Depa zap zip zup saja kelip2 mata dah siap. Tepi opis aku ada florist besar punya yang cater untuk hotel sekitar KL, pun aku tak sempat jenguk...budak tu kata masuk percuma je, bunga, gunting, dawai semua dah sedia dan ada kelas percuma. Sebab ingat nak test skill yang zero tu..aku hilang ingatan pergi register. Jadi sebelum start pertandingan, kami diberi penerangan cara2 menggubah bunga yang betul. Macam biasa, aku tala cucuk sana sini, silang serba sedikit. Then siap! Macam magic inspektor gadget rasanya. Dengan tangak keras dan langsung tak dak skill, dapat tempat ketiga...hmm kiranya skill nyawa2 ikan tu boleh cari makan le juga kan.
Ini masa yang ditunggu-tunggu.
Selain boleh bawa bunga tu balik, kami dapat hamper besar gedabak..sapa nak kasi kan? Kalau ada anak atau adik ke, ajar depa seberapa banyak skill yang boleh. Sekarang mungkin tidak ada apa-apa kepentingan, tapi dunia kemudian hari mungkin memerlukan skill berbanding sekeping sijil..atau mungkin kedua-duanya diperlukan. Macam pembuat patung wayang kulit menggunakan belulang, mereka tiada sijil, tapi kemahiran dan kepakaran membawa mereka ke serata pelosok dunia...hebatkan! Korang ada skill apa?  Skill terbaru aku berasak-asak dengan samseng jalan raya time nak balik kerja...skill jadi samseng!

25 comments:

  1. Bestlah skil nih. Kalau bab hobi gini, sijil akak tolak tepi. Skil tu lebih penting. & prektis, Banyak prektis. Tahniah dapat tempat ketiga!

    Skil terbaru akak ialah meng"akrobatik"kan badan masa menembak celah bedah. Susah beb bila dah tua gini nak melentok2kan badan. Heheh.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. aku juga suka bola tampar masa sekolah dulu, selain tempelang tu.. aku juga pandai main bola sepak ahahaha... dan lagi aku lari laju dan lompat pun tinggi biarpun aku pendek.. jadi pernah lah gak jadi olahragawati 3 tahun berturut2 muahahaha.. tiada saingan langsunglah sekolah kampung aku tu ekekeke!


    AQku tak pandai gubah Bunga LW, tapi aku pernah kerja kedai bunga habis SPM dulu.. jadi ada la beberapa nama bunga masih melekat dalam otak aku ni :D

    ReplyDelete
  3. ehehehe. skill aku yg terbaru??? err. entah.. aku kadang3 buat andaian dengan tepat walhal aku main cakap je.. er.. itu skill jugak ke??

    ReplyDelete
  4. Kak Dinas,
    wahhh hebat skil akak, akrobatik tu...whatever..janji kita bahagia dengan apa yang kita buat...dan percayalah kak, tangan akak dan mata akak tu adalah kombinasi yang sangat baik kerana pic yang kak dinas ambik tu memang sharp siottt! haa nak menyatakan betapa skil akak ohsem tu..saya pun kalau nak menembak, memang hancus...blur habis sebab mata kabur dan pegangan tangan tak grip...nantilah kalau ada masa saya pun nak masuk kelas 'menembak' tu...best!

    ReplyDelete
  5. Nong Andy,
    Aku ingatlagi skil kau...kerja di kedai fast food tu kan..dan sampai kini kau masih ingat nama2 food yang segala bagai tu...dan aku jaki ni sebab kau ada peluang kerja kedai bunga...orang kata kalau dikelilingi bunga sentiasa, kita awet muda sebab aura dan bau bunga segar jadi healing untuk jiwa. ntah haku tatau sangat. Aku pernah kerja kat Kenny Rogers je dan skil potong ayam sampai hancur lumat masih ada...sebab tu kalau aku marah kat sapa2, aku cincang ayam kat dapur kaw kaw nya...haha..ganas tak skil neh..
    Ehh kau ni mesti athlete kan...lagi sekali aku dengkiss!

    ReplyDelete
  6. ReenApple,
    Skil kau ni lagi buat aku rasa teruja. Ini dah macam tukang tilik aaa....tapi aku rasa apa yang kau ada itu adalah sixth sense...yang mana kita semua ada, cuma kita tak polish je supaya ia benar-benar berkesan...dulu aku suka juga try test kebolehan tapi bila dah tua ni pemusatan fikiran dan lari...hancus..:)

    ReplyDelete
  7. Skill menjerat burung dan mengagau ikan sepat dalam sungai dah nak lupus nih.... huhuhu

    ada kursus macam tu tak kat KL? hahaha

    ReplyDelete
  8. Nizam.Arif
    Woohoo itu skil tradisional yang sangat rare...aku rasa memang dah pupus pun.
    KL ni skil apa ada, merempit ye la kot..

    ReplyDelete
  9. apa update terbaru dengan blog satu lagi tu.

    ReplyDelete
  10. blog frangi tu la...

    ReplyDelete
  11. ohh LW, at least you boleh gak gubah bunga walaupun skill nyawa-nyaway ikan.. i ni confirm tangan kayu.. jgnkan nak gubah bunga..nak susun pasu bunga kat depan rumah tu pun fail...hahahaha....

    ReplyDelete
  12. oo belum update...aku sedang buat dua dozen, ada order...nak kena siap before end of august..

    ReplyDelete
  13. Blu4sky,
    Alahai...tapi tangan u kalau masak, meletup kann..kenyang habis...tengok pic pun da tau..kan kan? err beskut raya da buat?

    ReplyDelete
  14. pergh, perlu pekerja?

    ReplyDelete
  15. LW,
    dapat buat 2 jenis.. ni besok insyallah plan nak buat 2 jenis lagi..gambo sekut ada tangkap tapi alahai batuk yang tak nak baik ni constantly buat i semput.. sib baik je tak kena asthma attack.. camne dah dpt idea menu nak masak apa utk shooting tu nanti.. jgn lupa share yerr.. dlm sakit2 kira ada hikmahnye..laju jer berat badan turun..heheheh..

    ReplyDelete
  16. SM,
    Aku bukan ber’wang’ nak upah pekerja...sendiri jadi kuli la aku ni wehhh..haha

    Blu,
    Wahhh ni jelesnya berat badan turun..betul juga tu hikmah batuk2..berat badan turun dan puasa pun masih boleh dilalui kan. Bestnya bila ingat zaman2 buat beskut raya dengan adik beradik. Saya dah dua jenis, tu pun daripada hamper di office tapi weekend ni ingat nak buat choc chip...O ya saya dah google sket2 pasal resipi untuk shooting. InsyaAllah malam ni nak testing dan esok nak shoot. Cuma table setting jer yang masih dok cari. Kalau dekat boleh g tanya you pasal mende-mende ni...

    ReplyDelete
  17. teringat masa i try masuk pertandingan gubah bunga under JKR last time...ha ha ha... hancus...bila tengok orang lain punya rasa mcm nak sorok je gubahan tu... masa tu adalah karnival makanan 1000 rasa kot...

    pelikkan, my mum tahu masak, tahu gubah bunga, hantaran kahwin, buat kek kueh segala mala tapi sayangnya i cuma tahu makan jer...

    ReplyDelete
  18. Nenet Penne
    Lazimnya macam tu lah...mak kita tahu serba serbi..tapi kita tahu makan saja...macam i lagi rasa ralat sebab masa arwak mak ada, satu apa pun x belajar dari dia..bila dah tak de..baru teringat nak tanya itu ini...

    ReplyDelete
  19. tahniah kak dapat no.3. hamper masih.?!

    *skil katup-mata-berdengkur masa mesyuarat pibg buli pakai tak.?! hahaha...

    ReplyDelete
  20. Sepa,
    Hamper dah leburrr..ala no 3 je pun tapi jadi lah ye dak daripada tak dapat langsung...

    ReplyDelete
  21. Skill "samseng jalanraya" adalah skil yang paling saya rindui...jarang benor drive kat sini.

    ReplyDelete
  22. Khairul Abdullah,
    Meh balik KL..boleh test skill rempit@samseng jalanraya tu...nak tau mana satu route paling best, saya b0leh beritahu..haha!

    ReplyDelete
  23. dlm takde bakat pun boleh dapat no3?kagum

    ReplyDelete
  24. Irfa,
    Tu saja nak test kerastangan...alhamdulillah sangkut le juga...:)


    LWindsor

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...