Cukur jambul, potong jambul, buat kita teringat kepada baby yang baru lahir. Pasti mak atau neneknya akan buat kenduri khas untuk potong rambut si kecil ini. Kalau ikut afdal, rambut mereka elok dipotong oleh ustaz atau tuan guru supaya berkat dan rambut halus yang tumbuh dari dalam kandungan ibu ditimbang, berapa sukatan mayamnya dan dinilai dengan berat emas. Kalau si kecil itu bayi perempuan, nilai rambut akan ditukar dengan emas, belilah gelang atau apa saja untuk dipakaikan kepadanya. Dan rambut itu disimpan di tempat sejuk supaya baby akan sentiasa sihat dan tidak akan mengalami demam atau panas kepala. Agak-agak ada lagi tak mak-mak sekarang buat begini? Maksud aku simpan rambut bayi mereka, dinilai dengan emas dan membiarkan rambut anak dicukur oleh mereka yang alim dan dihormati? Mungkin lain tempat lain caranya kan..
Dua tiga hari lepas, ketika marah menguasai diri pasal kes tersilap appointment, aku telefon ex boss dan 'menjerit' kepada beliau mengenai kecuaian 'si polan' yang menghantar aku ke appointment yang salah tarikhnya. Ex boss hanya mendengar, di dalam gagang kedengaran dia melepaskan keluhan dan menarik nafas seketika. Matahari tegak di atas kepala dan aku ketika itu menapak turun dari Menara Timur di UMMC menuju ke tapak parking yang agak jauh, memang mendidih rasanya. Kalau sapa-sapa yang ada di tempat aku pun akan menjerit sekuat hati kepada si polan yang tersangat cuai itu. Memang dah lepas dan aku akan pastikan dia tidak akan melakukan kecuaian ketiga kepada aku!
"U ok ke ni?" Aku dengar suara ex boss.
"Ok, cuma ada api sikit kat kepala.."
"Sabar naa..meh ikut i p buat rambut..nak tak?" Ajaknya sambil ketawa.
Aku tahu, dia menyiram air sejuk ke atas api yang masih marak.
"Hello..u tahu kan i dah dua tahun potong rambut sendiri kan?" Aku jawab dalam telefon.
"Tahu, sebab tu i nak ajak u pi buat rambut, cuci rambut, blow rambut, rawat rambut
dan colour rambut, nak tak?"
"Berapa kos?" Aku tanya, agak-agak mau tiga atau empat keping RM50 akan melayang.
"Percuma, I tanggung.." Katanya sambil ketawa lagi.
Leisure habess lepak di A Saloon...hilang api kat kepala, balik office hati sejuk! |
Dinie ni akan jadi aktif kalau rambutnya dibiarkan menggerbang, tapi kalau maknya tocangkan rambutnya, dia akan jadi kanak-kanak paling behave...caya dak? Kuasa pada rambut! |
Sebelum potong, rambut Dinie di'iron' dulu untuk memudahkan urusan memotong.. |
Tengah kontrol notty sebab uncle barber suruh dia diam nak cukur rambut.. |
Mangsa kedua yang ak botakkan kepalanya..Haffiz Hakimi, dah besar esok jangan lupa ya, rambut awak yang pertama mommy yang potong..:) |
Ini baby kedua yang aku cukur rambutnya. Baby pertama adalah Alisya, anak buah KA, cousin kepada Hakimi. Hakimi ini juga anak buah KA. Masa dia lahir, maknya takut nak pegang kepala dia, opahnya pun suspen sebab terlalu kecil. Last sekali depa kata aku kena buat sebab depa tahu aku potong bawang laju..ada pulak pakai persamaan bawang dan kepala baby..haishh! Aku pun zapp je la kepala dia sampai botak..sekarang dia dah berusia tiga tahun dan akan jadi abang tak lama lagi.
Lenanya dia tidur..sepatutnya aku yang potong rambut Zara Sofea ini..tapi tak terjadi pula..sorry Sofea..tak ada rezeki awak nak duduk dengan mommy.. |
Dan yang ini sepatutnya jadi baby ke tiga yang aku akan settlekan rambutnya. Walaupun dah lama terputus hubungan dengan KA, mak kepada Zara Sofea yang juga adik KA, masih lagi contact aku untuk cukur rambut si Sofea ni. Sofea ini diambil oleh maknya yang kini dari mak biologicalnya pada usia tiga hari. Mak yang melahirkan Sofea menyerahkan Sofea kepada mak yang memeliharanya kini yang sudah lapan tahun berkahwin, tapi masih belum mempunyai cahaya mata sendiri. Selepas sebulan mengambil Sofea, maknya didapati pregnant dua minggu. Benarlah kata orang, kalau tak dapat anak, ambil anak angkat, InsyaAllah akan ada anak sendiri. Sofea ni memang bawa tuah kepada maknya kini...tapi dia meragam setiap kali maknya nak pegang dia, mungkin dia tahu dia akan jadi kakak tak lama lagi. Dan aku juga terpaksa menolak untuk memotong rambut Sofea atas sebab-sebab tertentu. Sorry Zara Sofea, mommy tak boleh potong rambut Sofea..dah besar esok jadi anak yang baik ya sayang...
Justeru, tepatlah rambut mahkota kita, sama ada lelaki atau perempuan, rambut letaknya di hirarki paling atas, di atas jemala akal. Rambut juga memberi imej kepada pemiliknya. Ada orang suka rambut panjang kerana buat dia rasa seksi, ada orang suka rambut pendek kerana dia berasa lawa dan korang suka rambut macam mana?
Justeru, tepatlah rambut mahkota kita, sama ada lelaki atau perempuan, rambut letaknya di hirarki paling atas, di atas jemala akal. Rambut juga memberi imej kepada pemiliknya. Ada orang suka rambut panjang kerana buat dia rasa seksi, ada orang suka rambut pendek kerana dia berasa lawa dan korang suka rambut macam mana?
Kenapa bau baby ni best semacam je ye...Sofea ni dalam tidur pun dia senyum..macam ada sesuatu yang mengagahnya..mak dan opah dia pun naik hairan..dia boleh tidur lama-lama atas riba aku.. |
rambut.. ekekeke. Aku tak de pengalaman nak potong rambut baby.. ekeke.
ReplyDelete#comel la Zara sofea...
ReenApple,
ReplyDeleteaku ada pengalaman potong rambut sendiri, rambut baby dan rambut adik aku..best oo dapat potong rambut orang ni..hehe
Ya Zara Sofea tu comel sangat..memang geram nak cencom dia..:)
ehh belum tidur ya?
cayalah!!
ReplyDeletepakar bedah pon tak bedah bodi sendiri. hoho!
nak emel dear.. (>.<)
Blog-tips-kurus,
ReplyDeleteBhahahaha...tu la pasal kan...marahkan cina ahsoo, terus rambut sendiri jadi mangsa...tapi puas hati! Nak email I? Ok ni dianya: ladywindsor24@yahoo.com.
aku potong rambut kat kedai sejak 2 tahun ni je..
ReplyDeletesebelum itu, kawan2 je yang potongkan. bila dah kawen, wife tolong potongkan... bila dah nak tua-tua gini, baru nak g kedai potong elok2.. huh! aku buang tebiat ek?
ahhaaa bila dah tua2 baru nak g potong kat kedai ekk...ahahaha mesti ko rasa life begins at forty kan? kan?
ReplyDeleteRasa nak telan ja semua baby & budak tecik tu, comel sangat.
ReplyDeleteApa ke mengong alasan rambut lurus & panjang susah nak potong? Tu haa rambut Dinie yg kiting pun orang luruskan supaya senang potong kan. Nampak sangat auta tukang gunting kat Bangsar tu.
Ok akak pulak yg emo. Akak suka rambut panjang & rambut akak kiting & memang akak sexy. Ehh..kehkeh!
Kak Dinas,
ReplyDeleteRambut kinting? Woohoo...I like mesti vogue and sexy tu kak. Rambut saya lurus, p kedai ahsoo buat wet look tahan seminggu ja lepas tu lurus balik..hik!
Saya memang simpan pic bebudak ni masa depa kecik, chumel dan geram, sedap untuk di geget dan dikunyah kan...hihi.
zaman rambut panjang dah over dah hehhe...sekarang ni rambut skema aje la...
ReplyDeleteye ke?
ReplyDeleteerr...midlife crisis dah ke?
aku muda lagiiii.....
takkan dah andropos lak.
rambut dah mengurang. baik biar pendek jeh. sbnrnya suka berambut panjang.
ReplyDelete:)
El mariachi@abg bro,
ReplyDeleteSaya sker tengok abg bro rambut panjang...happening! Hehe...
Nizam.Ariff,
Ala ko neh...ko rasa ko midlife crisis ke. Tak le kot...cuma ko kena mengakui hidup bagi lelaki bermula pada usia 40. Aku pernah dengar tazkirah ustaz Ismail kamus, katanya lelaki akan mengalami perubahan pada usia 40 sama ada berubah ke arah kebaikan atau menjadi lebih dahsyat...
Sepa,
ReplyDeleteSuka rambut panjang? O yeah..let's rock. Aku pun suka tengok orang lelaki rambut panjang...stylo la beb!
kalau potong rambut, kami panggil Papat Jambul. papat maksudnya potong. Jambul tu memang jambul lah.
ReplyDeleteRambut? Aku suka berambut panjang sebab aku rasa aku lebih cantik, ayu dan lawa bila berambut panjang ekekeke. tapi aku tak suka bela rambut panjang sebab letihnya nak jaga supaya cantik, ayu dan lawa jadi aku pon berambut kontot. Aku selalu kena paw juga oleh pengunting rambut di Megalong. pernah sekali dia tulis RM7++ dan rambut kontotku yang hampir sama pendek dengan rambut hubby ku itu telah di charged RM25.00 campur dengan rambut depan Shinta yang kononnya RM3.00 semuanya aku bayar RM28.00 maunya aku sakit hati tak sudah. Dari RM 7.00 aku bayar RM25? pui!
kalau RM7 jadi RM14 aku masih boleh terima.. ni dah lebih 3 kali lipat..
aku suka sebab boleh makan ...hehe
ReplyDeletemacam2 gaya juga eh di buat.
ReplyDeletetapi rambut keriting si dinie tu smart ar...
i suka berambut pendek sebab nampak muda.... dan perasan lawa...ha ha ha...
ReplyDeletebaby memang best...sapu bedak johnson and johnson kat pipi dan cium bertalu2... heaven...
dia tidor lama atas riba u sebab empuk kot... eh?
wah.gi salon ek. hehe. selamat hari raya kak. sori jrg dtg blog akak, sbb sy bz sikit lately. hehe.akak pekaba? free2 jmput singgah blog.
ReplyDeleteNong Andy
ReplyDeleteWaaaa kau punya kes lagi havoc lah dari aku ya..kalau aku jadi kau pun aku hangen sebab sudah terang dia kelentong pasal harga potong tu kan.
Dulu masa sekolah rendah arwah bapak aku suka buat rambut aku style china doll atau she bob...ntah aku pun tak tau apa fesyen..tapi arwah bapak memang suka style cina maybe sebab rakan sekerja dia ramai bangsa cina..
la ni aku suka rambut panjang tapi tabiat buruk aku kalau stress je aku akan guntin rambut sikit, kalau stress je ada le rambut aku akan jadi korban..
Lelakisemalam,
ReplyDeletemakan apa tu?
Telor Power,
Rambut dinie tu memang ori..style gitu kan!
Nenet Penne,
ReplyDeleteu dah sesuai dengan imej rambut pendek..nampak remaja...hihi
Baby tu ye la agaknya, alama dia tidur..ye lah tilamnya pun terlebih empuk dan berlemak bagai..haha
Mohd Raziq,
Haaa mana pi lama x updet blog...ok karang akak visit..
ya mmg style.....
ReplyDeletedahulu (masa kat kerja di JB) rambut ku panjang sampai buat curly begitu dam pelbagai jugalah buat pesen2 rambut curl kat saloon tu.
*paling tak suka bila rambut aku panjang dan lurus.
member2 aku kata macam awek dari belakang kalo rambut aku dibiarkan lurus panjang.
itu yang ke saloon utk kerintingkan baru nampak mcm Man Kidal
ReplyDeletebaru ROCK
Telor Power,
ReplyDeleteAku tak bleh nak imagine macam mana ghope ko berambut panjang neh..mesti nampak lain bebeno dengan gaya botak skang ni kan...try le simpan rambut jap...
Rambut Man Kidal tu bukan setakat rock dah, tapi vogue! Stylo milo sangat kan..identiti dia tu..
LW : malas nak simpan panjang2 dah kalau berambut biasa ok lagi....
ReplyDeletetgk lah kalau jiwa rocker dalam diri ini masih membara lagi, boleh la simpan balik ahaha
kesian rambut tu.. selalu jadi korban ye LW hehehe...
ReplyDelete