Monday, 13 August 2012

Mood raya...

Cik kak ni pandai buat ketupat. Gedabak besarnya...aku juga yang tak pandainya...kena belajar ni supaya tahun depan aku boleh buat sendiri...
Raya kali ini adalah kali kedua aku akan meraikannya tanpa mak. Kalau mak ada, aku mesti nak copy paste resipi dari dia sebab dia tak ada buku biru macam aku. Khazanah resipi dia semua ada dalam minda dia saja. Kalau aku tanya, dia tak de nak sibuk belek buku macam aku. Tanyalah resipi apa pun, dia boleh switch on itu jam juga. Sama macam Mak Nah, mak sepupu yang jadi tukang masak kampung, tapi kalau kenduri kahwin, dialah yang akan jadi ketua juru masak di kampung kami. Aku mesti pastikan aku sempat copy paste resipi lama dari Mak Nah...hmm tahun ini aku raya di Windsor. Sapa yang tak balik tu mai la datang...aku nak masak nasi minyak sempoi je dengan ayam madu..inipun resipi mak yang aku cedok dari kakak. Kalau kene kerja, nasib laaa...nasi minyak ke mana, ayam madu ke mana.
Semua unit ada lampu kelip-kelip...nampak tak ada pelita sebaris kat atas partition. Kat atas tu pulak depa gantung ketupat...
Ketupat nasi, ketupat tiga bucu atau ketupat dakap. Aku suka ketupat dakap sebab rasanya lemak manis dan ada kacang soya. Lepas mak meninggal kami tak tahu dah macam mana nak buat ketupat. Tok sah kata nak buat, nak anyam sarung ketupat pun tak tahu..kena masuk kelas menganyam! Semalam kat office langsung dah tak de suasana kerja, semuanya penuh dengan mood raya. Sana sini buat group foto dan pakai baju Melayu. Lagi enam hari saja Ramadhan..semoga Ramadhan ini bukan yang terakhir..
Ini ketupat size 50 sen...kecik cenonet je..
Semangat raya sudah mari. Boleh dikatakan semua unit kat opis aku sudah menghias meja masing-masing dengan elemen raya. Ada yang pasang lampu kelip-kelip dan gantung ketupat besar-besar. Aku tak tahu office korang macam mana. Office aku memang sentiasa meriah 24 jam, sentiasa dipenuhi orang yang bekerja pagi petang siang malam dan raya ni pasti ada yang tangkap leleh sebab kena kerja pada hari raya...masa ni lah bagi mereka yang dapat cuti dan tinggal dekat-dekat office, depa masak banyak-banyak hantar office untuk mereka yang bekerja..
Hari Jumaat, semangat raya sudah datang..ketiga-tiga pakcik ni memang jelita pakai baju Melayu siap samping...sebenarnya mereka nak buat group foto untuk team mereka..
Selain budaya pasang lampu, satu lagi style staff kat sini ialah group foto..ini keistimewaan yang syarikat kami bagi. Asal hari raya je, mesti nak ada group foto. Dua tiga tahun lepas, aku selalu kena kerah bos supaya buat pantun empat kerat bertema raya untuk disesuaikan dengan group foto kami, tapi tahun ni dah tukar bos...tak de lagi aku kena buat pantun. Brader bertiga ni tak tahu aku snap gambar mereka dari belakang. Kalau depa tahu, maunya semua sengeh tayang muka..memang mesra kamera.

24 comments:

  1. Yong propaghandi,
    Hahaha...sudah semestinya walapun mungkin kena kerja...

    ReplyDelete
  2. ooooooo...
    patutlah berbaju Melayu lengkap!
    nak shooting rupanya.. ;)

    ReplyDelete
  3. Hehe kat tempat keja akak hampeh takdak hiasan apa2 masa apa2 perayaan. Haa, cuma masa merdeka ja sangat meriah dengan hiasan bendera bagai.

    Grup foto pulak hanya untuk yg golongan tertentu (selalunya akak & geng sahaja) dengan pelbagai pose istimewa tak kira masa, heheheh.

    ReplyDelete
  4. blog-tips kurus,
    Ya..office kita orang memang semangat kalau part raya ni..depa sanggup pakai baju melayu siap samping bagai...:)

    ReplyDelete
  5. ReenApple,
    Yerp..tapi aku tak de semangat buat masa ini...:(




    Dinas Aldi
    Alaa tak de gantung2 ketupat kak dinas? Kat office saya, lampu liplap tu setiap sudut ada, sampaikan rasa macam dok anjung rumah ja sebab lampu tu 24 jam depa pasang..
    Group foto jangan citer laa..semua suka..hehe

    ReplyDelete
  6. dari dulu, anyam ketupat adalah tugas tak rasmi aku. tapi tiap kali start nak anyam, kena ambik beberapa minit dulu nak dapatkan tuning...

    ReplyDelete
  7. SM,
    Aku sampai la ni tak pandai buat, dah jenuh belajar buat...tak juga pandai...hari ni aku nak belajar dengan cik kak kat office aku yg tangannya jadi hiasan tu..

    ReplyDelete
  8. aku pandai anyam kentupat.
    tapi aku tak tau ketupat apa yang aku anyam...

    percaya tak?

    ReplyDelete
  9. i tahu anyam ketupat..betul! i tahu... cumanya i kurang rajin...sebab bila rajin nanti kena suruh dan i tak suka disuruh2...

    eh i suka environment office u.. can i work there aaa??? any vacant available?

    ReplyDelete
  10. hampir sama dgn situasi opis saya cuma takdelah sampai nak berbaju raya lagi..tapi dah deco raya pun

    saya balik sini raya ke2..boleh ke beraya kat windsor raya ke2?
    hehe...

    ReplyDelete
  11. wahhhhh...wahhhh...wahhhhh...apa yang saya wahhh tu pun saya tak tahu..yang pastinya saya rindu suasana tu..raya ni time nak menyambut tu yang paling best...hari raya itself dah takde apa.

    ReplyDelete
  12. Nizam.Arif
    At least kau pandai gak anyam ketupat...aku tau makan ketupat jer...:)

    ReplyDelete
  13. Nenet Penne,
    kalau mak i ada, jawab tak tau pun dia akan suruh juga, katanya dia akan ajar...jadi memang tak boleh nak elak..haha..

    oo u nak keje kat office i? meh..sila buat cv hantar pada HR...try la...office i happening...kalau bab port luck and party...haaa nombor satu..

    ReplyDelete
  14. Irfa,
    Office saya segala-galanya bersungguh-sungguh. Kalau musim Euro Cup, depa buat co test euro, kalau musim kemerdekaan, penuh bendera satu office dan kami juga ada rumah/pasukan/team masing-masing bila ada sport game..macam budak sekolah..paling best kalau ada port luck...sangat supportif..ni naka raya, lepas ni mesti ada even makan2 raya...huhu diet harus kacau bilau..

    ReplyDelete
  15. Khairul Abdullah,
    Ya suasana persediaan tu yang buat tak lena tidur...kalau saya, kalau boleh nak letak segala bagai food atas meja..biar siapa yang datang pilih saja nak makan apa...itu jugalah yang menjadi keseronokan apabila semua yang disediakan habis...tapi menjelang raya je, bila dah balik dari solat aidilfitri...rasa sedih pula sebab ramadhan sudah beransur pergi dan terfikir2 adakah masih sempat nak bertemu ramadhan mendatang...

    ReplyDelete
  16. Raya dah makin dekat.. aku pula semangat raya punya pasal.. awal-awal dah isi sampul raya. lampu kelip2 bentuk ketupat dari minggu lepas dah pasang.. hubby pula petang2 dah pusing lagu raya kat dvd hahaha... semangat betul!

    ReplyDelete
  17. akupun pandai anyam ketupat. tapi bukan yg 4segi tuh. yang macam bantal peluk. hehehe

    ReplyDelete
  18. Nong Andy
    Wahh memang semangat sungguh raya la...ye lah...ada family..riuh rendah kan..shinta ada berapa pasang baju raya? Aku cuma buat preparation simple saja untuk anak2 buah yang dua orang tu...lampu kelip2 tak de sebab x ada orang nak tolong pasang..aku beli mercun kucing tu je untuk anak buah...tu pun depa takut nak main..

    ReplyDelete
  19. Sepa,
    ketupat apa tu? ketupat dakap eh?

    ReplyDelete
  20. tunggu i habis degree dululah..i suka tempat2 yang happening dan sosial ni...

    ReplyDelete
  21. Nenet penne,
    Ok nanti kita plan lepas u habis degree...insyaallah tu pun kalau I masih ada sini...hehe

    ReplyDelete
  22. lady ngan @nenet,nak join! LOL..sibuk jer...ekekekee

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...