Tuesday, 7 August 2012

Mereka yang istimewa...

Kita sentiasa berasa kita tidak bernasib baik apabila terlepas tren ke Segambut (ehh tetiba segambut pulak..??), kita sentiasa berasa tidak bernasib baik apabila kasut Clarks size 8 tak de untuk dibeli (aku pakai kasut cap ayam) dan kita sentiasa berasa tidak bernasib baik apabila kena bayar dua posen apabila nak kencing kat KLCC..bak kata Pyanhabib pada aku suatu ketika...hang tau dak nak pancuq ja kena hulur RM2..tak logik! Ya lah En Pyan...
Lukisan oleh adik sebelah kanan tu, pelajar di Tasputra Perkim...
Tapi aku berasa minggu lalu aku adalah manusia paling bernasib baik apabila berada di kalangan insan-insan yang sangat berbaloi untuk dikasihi dan diberi sepenuh perhatian. Mereka yang sangat berkebolehan, sangat memahami dan ada gerak hati yang sangat berkesan antara sesama sendiri. Hon Pui telefon ajak datang ke Caterpillar Day dan aku pun menaiki teksi ke sana kerana kalau nak drive, aku memang fail. Tambahan pula bulan puasa buat deria kesan aku jadi makin blur, jadi langkah terbaik adalah menahan teksi putih merah dan membiarkan diri terhenyak di perut teksi di tempat duduk belakang. Nasib baik pakcik teksi jenis yang berhemah...Akhirnya sampai juga ke Caterpillar Mount Kiara.
Dia gembira menyiapkan lukisannya dengan banyak tangan lembut tapi perkasa membantu dia menyudahkan tugasan...
Mereka melangkah dengan payah, tapi memandangkan banyak tangan perkasa yang membantu, segala-galanya nampak mudah. Sepertinya tiada langsung kekurangan yang dialami bahkan kami yang melihat ini pula yang berasa kekurangan kerana tidak dapat menyelami perasaan mereka. Adik yang di atas tu berjaya menyiapkan lukisannya dengan bantuan petugas.
Dengan tunjuk ajar penjaga yang sentiasa menumpahkan dedikasi, mereka bersemangat menyiapkan tugasan seni...
Dan adik yang berdua ini pula sibuk berbincang bagaimana untuk mencantikkan kerjatangan mereka. Tidak ada elemen kerdil pun sebaliknya mereka juga seperti individu normal yang lain, malah akal fikiran mereka sempurna kerana tahu menggunakan pensil warna, ingin menyiapkan lukisan dan berlumba-lumba menjadi yang terawal menyiapkan tugasam.Cuma kita saja yang berasa was-was adakah mereka mampu melakukannya? Ya mereka mampu, dengan latih tubi dan tunjuk ajar berterusan, mereka mampu. Dan buat kesekian kalinya, aku berasa sangat bernasib baik, sangat beruntung dan segala-galanya...sebagai manusia normal, aku tak patut berasa marah apabila penat menapak menaiki bangunan lima tingkat dan aku tak sewajarnya mengeluh apabila terpaksa berhadapan kerenah manusia cengeng di mana-mana saja di bumi Tuhan ini...
Oleh sebab puasa, Hon Pui membekalkan kami bento box ini dengan isi sandwich sayur, cookies, fruits dan cup cake. Selamat sudah ransom untuk buka puasa hari itu.

20 comments:

  1. Entri yg sangat menginsafkan, dik LW. Tapi udah namanya jahil & lalai akak ni, kekadang "ter" merungut jua..haisy..

    ReplyDelete
  2. Kak Dinas,
    ye lah..saya pun kadang kala 'termerungut' juga walaupun ia perkara kecil...dah sempurna begini pun kadang kala saya lupa..mereka itu dengan segala kepayahan, tidak pernah ada rasa tidak puas hati sebalik menerima dengan senang hati saja..dan mereka yang mengendalikan kanak-kanak OKU ini sangat saya salute sebab mereka ada tahap kesabaran yang sangat luarbiasa tingginya...

    ReplyDelete
  3. malu :(
    selalu berasa 'kekurangan' sedangkan dah banyak 'lebih' Allah bagi.

    ReplyDelete
  4. kadang2 merungut juga bila tak dapat beli burberry bags, salvatore ferragamo ballerina flat shoes and samsung galaxy note and bla bla bla...

    ReplyDelete
  5. pyan tu memang cakap direct!

    haha

    ReplyDelete
  6. ini sungguh beri pengajaran juga ni,
    aku dapat rasakan.

    kita kena senantiasa bersyukur.



    *sebab tu aku hanya layan Butik BUNDLE, sekali skala saja masuk pergi ke pasaraya.

    ReplyDelete
  7. ah.. tersentuh dengan entri ini.. sesunguhnya aku diantara yang bertuah..

    *nampak sedap nya bento itu!!

    ReplyDelete
  8. Irfa,
    kita sentiasa lupa akan apa yang telah diterima, tapi sentiasa ingat apa yang kita nak tapi tak dapat2 kan..(saya berkata-kata kepada diri sendiri juga)




    Nenet Penne
    Ahhaa betul, i ni dok merungut nak beli LV tak dapat..kekehkeh...(merungut kat sini je lah...karang merungut kat luar orang kata i kekwat...:)

    ReplyDelete
  9. Uncle Gedek
    Ya sangat kan, dia pernah datang rumah saya dua kali sama Kak Rin, memang mengujakan bersembang dengan dia...


    Telur Power,
    Kan..kita kena letak diri dalam kelompok begitu, barulah kita akan berasa bahawa nikmat Tuhan itu adalah sangat luas dan tiada batasan. BUNDLE pun excellent apa!

    ReplyDelete
  10. Sepa,
    Singgah le, tak de kena tol pun...:)



    Nong Andy,
    Setuju, kita sangat bertuah dan mereka juga bertuah dengan cara mereka sendiri. O ya Bento tu biasa je saja memang sedap, maybe sebab mereka menyediakannya dengan penuh kasih sayang...xoxo!

    ReplyDelete
  11. Nizam.Arif,
    bento tu memang cantik, rasa pun cantik, aku yang tukang makan ni lagi rasa sangat cantik masa buka puasa dengan bento tu..kikiki


    ReenApple
    We should..the were very special rather than us...:)

    ReplyDelete
  12. TP : bundle selamanya!

    ReplyDelete
  13. eh? hahahaa! aku nak cari sweater bundle.

    ReplyDelete
  14. kalau kat sempadan kelantan/pahang, ada banyak kedai bundle, situ memang depa jual bundle yang sangat rare..

    ReplyDelete
  15. tu r pasal.. kite selalu ingat kite ni susah, tapi sebenarnye ade orang kat luar tu lagi susah dari kite

    ReplyDelete
  16. kay_are
    kan...jadi untuk mengingati mereka yang jauh lebih pancaroba hidupnya, baik kita berpada-pada dalam hidup ni kan bro!

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...