Empat mangkuk ais krim untuk kami bertiga...satu lagi tu sapa punya ya? Owh itu untuk tambahan kalau ada yang mahu lebih. Pak Arab tu ready je bila aku tala kamera padanya...tak de juga bagi lebih! |
Setiap hari, asal balik dari Masjidil Haram saja, kami akan melalui satu kawasan kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ada kedai jual manisan, jual minuman, jual tasbih, jual karpet dan macam-macam lagi. Antara kedai yang berjaya mencuri perhatian kami ialah kedai aiskrim yogurt yang sangat menggiurkan walaupun pada jam 12 malam. Ini kerana ais krim yang dijual adalah berwarna warni, dengan segala bagai hiasan buah di atasnya. Tapi disebabkan ramai antara kami yang mengalami 'heavy caughing' maka kami memilih untuk paw ais krim vanilla kerana ada yang kata ais krim vanilla adalah ubat terbaik untuk melegakan batuk. Dan memang benar, selepas melicinkan semangkuk ais krim itu, tiada batuk, sebaliknya kami tidur lena..cuma esoknya baru kedengaran batuk bersahutan di bilik hotel. Dan kami beli lagi dan makan lagi, makan lagi sampai kami puas kerana tiada sebarang pantang larang di bumi Haram itu....amazing!
Kombinasi coklat dan krim buat ia nampak seperti lapisan unik... |
Cantik sangat masjid ini...masjid Bir Ali. Bagi sesiapa yang memasuki Makkah menerusi Jeddah, Madinah..mereka perlu bermiqat di Bir Ali dan inilah masjid yang jadi tempat jemaah umrah bermiqat. Ini adalah laluan di tepi masjid. Hanya dua warna saja yang menjadi hiasan pada dinding masjid ini, coklat dan kuning cair. Aku suka fokus laluan begini sebab nampak seperti berlapis dan berlapis dan berlapis...rasa seperti berada di satu cakerawala lain. Setiap ruang antara tiang membekalkan angin nyaman walaupun pada ketika itu suhu adalah 44 darjah celcius, dan apila masuk ke dalam masjid, sejuk menjalar ke dalam jubah kerana penyaman udara memenuhi ruang dalam masjid.
Karpet panjang berwarna merah itu akan dipenuhi jemaah apabila tiba waktu solat Jumaat...angin yang bertiup tanpa henti...pasti buat sesiapa yang ada di situ tidak mahu berganjak... |
Floating mosque atau masjid terapung. Terletak di pinggir laut merah dan ia adalah antara masjid paling indah di Jeddah. Masjid ini disokong oleh beberapa tiang bulat yang sangat besar pada bahagian bawahnya. Ketika kami tiba di situ, air laut Merah surut dan menampakkan dasar yang dipenuhi rumpai laut. Menurut mutawif, apakala air pasang, masjid ini akan kelihatan betul-betul berada di atas permukaan air dan kelihatan sangat ajaib seolah-olah air yang menjadi tapak kepada masjid ini. Cuba bayangkan masjid di atas air, pastinya ia lebih daripada ajaib, tidak terjangkau oleh fikiran. Sayangnya ketika kami singgah di situ, air surut dan kami sempat menunaikan solat Asar dan Zuhur (Jamak) di situ. Solat dengan angin laut berhembus nyaman, memenuhi setiap ruang dan saujana mata memandang, laut lepas memenuhi ruang...
Masjid Quba @ masjid empat kubah... |
Masjid Quba ini juga dikenali dengan nama masjid empat kubah dan setiap kubah mempunyai cerita yang berbeza...masjid ini hanya dihiasi dua berwarna polos, kelabu dan krim dan menampakkan hiasan binaan yang ringkas tapi menarik kerana ia sebenarnya jika dilihat dari pandangan bawah, seolah-olah berlatarkan langit biru..hiasan pada dinding masjid sangat terperinci. Aku tak tahu bentuk seni bina moghul atau moore atau eropah yang diterap pada masjid ini, tapi aku suka mengamati hiasan batu sekeliling masjid ini, ia seperti hiasan miniature, macam hiasan pada kek aising atau fondant saja...
Pasar Kurma King Abdul Aziz. Kalau buat umrah dan ziarah, lokasi ini adalah antara yang perlu dilawati. Ada berpuluh jenis kurma yang dijual di sini dan penjualnya adalah Indonesian. Ada kurma ajwa, ambar, lubana dan banyak lagi. Ada zaitun, tin, kismis, kekacang dan manisan lain. Ketika melihat kepada penjual-penjualnya yang adalah anak muda Indonesian, aku terfikir apa perasaan mereka bermastautin di bumi Madinah yang hanya mengambil masa lima atau enam jam saja ke Makkah. Adakah mereka mengambil kesempatan merebut peluang mengunjungi rumah Allah itu atau mereka sekadar menjadi pekerja di ladang/pasar kurma itu. Kebanyakan mereka juga boleh berbahasa Arab.
Ada sejenis kurma yang dijual di situ, semasa proses penanaman dan pembesarannya dijaga rapi bagai menjaga dara sunti. Ia perlu disiram dengan air bersih, daun-daun kering dan rosak perlu dipangkas setiap hari, tidak boleh dikasari dan perlu ditatang dengan kasih sayang, maka ia akan berbuah dengan lebat. Justeru harganya ialah 100 Rial sekilogram. Kurma itu adalah kurma ajwa@kurma nabi...haaa kurma pun mahu dihormati, apatah lagi kita manusia yang ada hati perut ini, pastinya mahu lebih daripada itu kan...
Stylo sangat topi dier.. |
Ahkak pramugari Oman Air yang sangat serius mukanya tapi hati baik. Aku suka tengok topi comel yang dipakai di atas kepalanya. Kalau korang pernah tengok pramugari Korean Air, pun comel juga sebab depa pakai topi kecil dan ada sebatang cucuk (macam cucuk sanggul) terjulur keluar dari topi itu. Aku suka lagi sebab uniform mereka warna hijau lumut..asal warna hijau je mesti aku suka...nasib baik emas perhiasan tidak berwarna hijau, kalau tidak jenuh simpan duit nak membelinya...haha!
Tiga kombinasi warna, coklat, krim dan biru...dramatik kan...coklat dan krim tu buat aku teringat pada kuih kacau saja...dan biru itu seolah-olah masjid ini tergantung di awan biru... |
Nota: Ya Tuhan..semoga perjalanan ini adalah bukan yang terakhir untuk aku...dan kau juga...
pengalaman yg indah.saya kesana 8 tahun dulu,,so tak pasti masih sama macam dulu @ sudah banyak berubah
ReplyDeletegambar 2 dan 3 menarik sebab ada sudut perspektif yang cantik.
ReplyDeleteLW,
ReplyDeletehow i miss the place..mudah-mudahan diizinkan untuk menjadi tetamuNya lagi.. amin...
wah.. akak pergi bila?? baru kali ni sy singgah.. kena godek entry lain ni
ReplyDeletedapat tak email peramugari tu...?
ReplyDeletenak?
Waduhh eskrem yoghurt memang sodap!
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman dik LW di sana, sangat berharga ni, terutama sekali pasal pokok kurma yg perlu dijaga penuh kasih sayang tu.
hemmmmm...mintak mintak kompeni saya pun yang sponsor ke bumi Mekah ni...
ReplyDeletebest nampak aiskrim tu..tak mintak resepi kat abg arab tu ke? Boleh le kita pakat2 cuba.
ReplyDeletebertuah la da dapat pergi.. hehe
ReplyDeletejauhperjalanan luaspandangan... :)
ReplyDeleteuntungnya dah ke sana...
ReplyDeleteIrfa,
ReplyDeleteSaya fikir kalau Irfa berpeluang lagi, banyak sangat perubahan berlaku kerana depa ni suka bina hotel dan selepas dua tiga tahun, runtuhkan balik, bina lagi, runtuh lagi..depa banyak duit kan...
SM
Memang aku pun suka ambik pic style lagu tu dan itu je pun cara mudah yang aku paling pandai fokus....
blu4sky
ReplyDeleteInsyaAllah mudah mudahan, u akan sampai lagi ke sana...sebab tu kita berdoa supaya kunjungan yang pertama itu adalah bukan yang terakhir...
haniAsyira
tak pe..baca je mana-mana yang penting..blog ini bukan blog diva, tapi blog marhaen...hik!
Uncle Gedek!!!!
ReplyDeleteItu ja yang dia nampak..haishh! :)
Kak Dinas
Ok one day nanti akak pun pasti akan sampai ke sana dan mengalaminya sendiri segala pengalaman itu. Masa tu mungkin kak dinas akan berkata-kata dalam hati...oo dulu LW citer dalam blog dia macam lain...:)
El Mariachi @ Abg Bro
ReplyDeleteAbg Bro doa je supaya rezeki itu akan muncul dan bawa abg bro ke sana..
Khairul Abdullah
Tu la pasal, dah minta resipi eskrim tu tapi abg Arab tu kata minta resipi ja ka...minta dia sekali ta maw ka...kihkihkih!
Yong Propagandhi
ReplyDeleteAlhamdulillah...peluang yang sangat ditunggu-tunggu sebenarnya.
Sepa,
Ya..jauh perjalanan, luas pemandanga dan kepala pun penat berfikir sebab mana nak cari duit nak pergi lagi..:)
Nong Andy,
Alhamdulillah...kau pun akan berpeluang ke sana nanti...yakinlah!
Memang pesen kat sana 2 lapis macam tu kut?
ReplyDeleteNizam.Ariff
ReplyDeleteYa kot..kebanyakan yang aku lawat, semua berlapis-lapis dan paling banyak pun depa guna cat tiga warna je...
bila membaca terasa indah dan nyaman.... one day..one fine day...
ReplyDeleteakak pegi bile ei???
ReplyDelete