Monday, 2 July 2012

Irma dan Rezza...

Kedua mempelai duduk bersanding di atas pelamin..ini pic diambil menggunakan iphone kawan..kalau nak harap buah beri hitam..hancus...aku tak bawa kamera sebab dalam hati ada taman...ingat nak jamu mata jer..lagipun hadir ke situ atas kapasiti jemputan makan dan bukannya bekerja...
Pasangan ini sama cantik sama padan, berdiri sama tinggi, duduk sama setara, bagai sirih pulang ke gagang, bagai pinang dibelah dua, bagai aur dengan tebing...senyum tak henti-henti terukir di bibir mereka..aahaaa apa lagi yang boleh dikatakan untuk menggambarkan majlis berkenaan sangat dirahmati...bagaimanapun, Ustaz Don Danial Don Biajid mengatasi pasangan mempelai kerana ketika beliau melangkah untuk pulang, sudah penuh peminat menunggu di muka pintu...errr aku tengok dari jauh..ahkak tak kuasa nak berasak-asak..walaupun ahkak sebenarnya nak jerit Ustaz Don im your fan!!!haha!
Ustaz Don Danial, khusyuk membacakan doa mengiringi majlis persandingan Irma Hasmie Ibrahim dan Rezza Shan Datuk Razwan.
Aku pening tengok lampu dalam dewan ni sekejap pink, sekejap purple..kepala mak sudahlah pusing dua tiga hari ini kerana mak terlupa mengambil bekalan ubat nak!
Hmm gilang gemilang sungguh majlis ini..tetiba ada suara tanya aku..awak bila nak kahwin??? Apa??? Adehhh soalan besi berani sungguh nak je aku rasa nak celik biji mata...nak tau apa jawapan ahkak nak tunggu James McAvoy datang pinang bhahaha??? Tak ada jawapan la mak encik, pak encik...ahkak banyak keje lain nak buat..."kahwin pun satu kerja juga tau.." iskk...dia tanya lagi...habess apa aku nak kata..."errr tolong carikan.." dan aku sengeh dan si penanya pun sengih juga...haishhh terkejut sungguh soalan begitu...

Nota: Thanks to Izza dear for inviting me to accompany her to the event..sungguh mengujakan...sebab menu Pak Ungku tu meleteoppsss...

25 comments:

  1. aaa... entah mengapa dalam bnyak wedding artis, aku teruja yg Irma punya... vukan yg Yusry dan Lisa or Scha dan awal or mana3.. heeee.

    tengok diorang cam sweet je. Moga hubungan diorang berkekalan hingga ke akhir hayat... Amin.. =)

    #err.. tak apa. Aku pun single lagi, tak gaduh nak cari.. hehehe. Jom geng dua.. huuu

    ReplyDelete
  2. wah bestnya lw
    boleh tengok live
    semoga bahagia milik mereka berdua
    sama cantik sama padan :)

    ReplyDelete
  3. LW,
    diet pun meletops gak errkk... :p

    ReplyDelete
  4. lauk daging unta kan??

    *carikan utk saye jugeeeeeeee!! (>.<)

    ReplyDelete
  5. Kak, nape tak serbu je dpn2 pelamin tu amik gambo? Huhuhu...suke tgk Irma yg ctk tu.

    ReplyDelete
  6. nekstaim ajak i jugak ya.. sorok dalam handbag tu ke... hehe... nak rasa pak ungku punya penangan...

    pesal tak debik je si penanya tu...?

    ReplyDelete
  7. Fuhhh tengok depan mata tuhh! Seiras la wajah kedua mempelai. Semoga berkekalan bahagia berdua hingga ke akhirnya & dikurniakan anak2 yg soleh & solehah, amin.

    ReplyDelete
  8. perghhh grand grand...heheh...
    moga2 berkekalan laa....
    :)

    ReplyDelete
  9. a..... aku ternganga. Lw ada pegi.. Nganga lagi besar hehe...

    ReplyDelete
  10. ReenApple,
    Ya wedding Irma dan Rezza ini sangat berbeza dan aku rasa wedding depa ni pernuh keberkatan. Ada juga aku pergi wedding artis yang lain, auranya lain juga...depa ni memang secocok sepadan...

    jom geng!

    ReplyDelete
  11. Irfa,
    A ahh bahagia jelas pada wajah mereka berdua. Pengantin lelaki tak lepas2 dok pegang tangan pengantin perempuan, bini cantik, berbudi bahasa pula tu..even pengantin perempuan pun sangat diraikan kedatangannya dalam keluarga pengantin lelaki.

    ReplyDelete
  12. blu4sky,
    owhh tidakkk..i terpaksa melupakan diet seketika semata-mata mahu menikmati daging tetel masak hitam hasil air tangan Pak Ungku, dan esoknya gula dan darang terus berluma-lumba menaiki carta..huhu!

    ReplyDelete
  13. CADLyNN,
    Kan..depa tu sangat sekufu...:)

    ReplyDelete
  14. blog tips kurus,
    Darling, lauk daging landak...hehe..ok mari kita sama-sama mencari..bhahaha..

    ReplyDelete
  15. Pok Amai Amai,
    Farra, segan, heheh...lagipun ramai pengunjung dok serbu don danial.:)

    ReplyDelete
  16. M.u.l.a.n
    masakan Pak Ungku memang meletopsss...err i memang ingat nak debik gak penanya tu tapi takut ja dia debik i balik...sebab dia lebih besar dari i..kikiki

    ReplyDelete
  17. Dinas Aldi,
    A ahh Kak Dinas, rasa cam sweet je kisah depa tu..jumpa dengan mak mertua di mekah, bergambar sekeping dua dan balik KL terus zass..alahai!

    ReplyDelete
  18. Mt Clive,
    Yerp..may God bless them..:)

    ReplyDelete
  19. Nong Andy,
    hehe aku pun macam bidan terjun ja muncul kat situ..tapi sempat gak la melaram se pam dua pam...:)

    ReplyDelete
  20. u dapat jemputan? wahhh good for you...

    hikmah dia dapt selepas berpisah dgn nabil.. terbaekk laa...
    haa nabil, irma dapat lagi best dari kau... kau? hek eleh...pramugari jer...

    u, kita gamaknya cemana???

    ReplyDelete
  21. Nenet Penne,
    I dijemput oleh kawan atas kawan. kawan i tu spousenya tak dapat datang so dia segan nak jalan sensorang..dia roger i...i pun zass sizz zuss je lahh..duduk meja depan2 plak tu..

    kita doakan kita dapat yang terbaik antara yang terbaik..insyaAllah..

    ReplyDelete
  22. siapakah pasangan mempelai itu....

    aduh bab2 artis ni aku mmg fail lah

    ReplyDelete
  23. TP
    artis kamu tak kenal tak per, janji kamu tahu siapa 25 rasul... ok ka?

    ReplyDelete
  24. NP : 25 rasul tu harus...la sentiasa ingat.cuma kisahnya saja kena refresh kembali

    nama2 malaikat dan tugas. sifat wajib dan mustahil bg ALLAH.

    nama2 lain bagi ALLAH, kena nyanyi balik baru ingat kesemuanyahehehehe

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...