Tumis...sampai naik bau. |
Ini bahan yang sudah di cincang... |
Vege Pie...simple and delicious...yang sebelah kanan atas tu sengaja dibakar lebih lama sebab nakkan rasa garing cheese...kalau korang tak suka garing, bakar sekejap je lah... |
Ada satu ketika, aku suka makan tosei, jadi tiap-tiap hari aku makan tosei. Kira macam Cikgu Ramli main bola, tiap-tiap hari Cikgu main bola kan....jadi dalam kes ini, tiap-tiap hari aku order tosei paper dari kedai mamak bawah office. Pada satu ketika lain pula, tiap-tiap hari suka makan roti bom..tiap-tiap hari makan roti yang bercak-cak dengan ghee tu...kalau bulan puasa dengan KA dulu, suka makan popia basah abang mata biru di Pasar Ramadan AU3 Keramat. Now no more popia basah abang mata biru, no more KA....ehhh?? Hmm pejam celik dah nak bertemu Ramadan semula dah pun...dan Ramadan aku kali akan jadi sedikit berbeza berbanding sebelumnya kerana aku akan sambut Ramadan di suatu tempat yang sangat jauh...insyaAllah.
Semalam pergi buat timbang berat untuk Kilos For Cash. Ok tidak membimbangkan walaupun sebelum itu aku dah belasah sebiji durian dan sekilo manggis..masa tu tahap pelahap ya, bukan makan berhemah. Ntah maybe sebab dah berkurun tak makan durian, jadi bila ada orang belanja aku belasah cukup-cukup. Lepas ni tahun depan pulaklah nak jumpa durian tu..
Bahan yang sudah masak.. |
Dan esok weekend...tak boleh nak yayy! sebab aku bekerja walaupun hujung minggu. Semalam ada member call nak order vege pie. Alang-alang buat untuk dia, aku lebihkan bilangan pie sayur itu. Cukup untuk stok weekend sebab pastinya dapur aku tak akan berasap. Jadi, sama ada buat banyak atau sikit, ia tetap akan habis kerana aku guna kapasiti sendiri makan sendiri buat, kena habiskan juga.
Mungkin sedikit renyah nak buatnya tapi percayalah pie sayur ini amat bagus untuk mereka yang sekonyong-konyongnya nak diet macam aku. Aku boleh makan pie sayur ini setiap hari tanpa jemu atau bosan sebab tak perlu kira kalori atau kolesterolnya. Semua bahan yang digunakan adalah selamat daripada aspek penggunaan tenaga. Tinggal lagi rajin atau tidak saja nak membuatnya..aku sanggup, sebab ia ringkas, kenyang dan sedap (ikut citarasa tekak dan lidahlah ya....aku suka tawar, jadi aku tak letak geram..kadang-kadang nak pedas, aku tabur black pepper). Gambar sebelah tu adalah rupa bentuknya selepas diisi ke dalam shell roti.
Ready to eat..yummylicious... |
Jadi, inilah makanan yang menyelamatkan aku dari kebulor sekiranya tak ambl nasi. Intinya boleh guna apa saja, kalau tak suka tuna, letak mince meat, tak pun chicken atau kalau tak sempat juga nak cari mince meat, bantai saja dengan daging burger yang dichop-chopkan hancur...aku suka tuna...protin and more better than red meat.
Yang diordernya cuma setengah dozen je jadi selebihnya aku akan habiskan perlahan pada hujung minggu esok. Pie sayur ini boleh simpan dalam gobok sejuk dan bila terasa nak makan, heatkan saja...arghhh hujung minggu aku walaupun terpaksa bekerja, sedikit terubat dengan pie sayur dan kopi pekat tepi tingkap sambil 'man watching' ehhh bukan...bird watching lah..hehe!
look delicious... bangun pagi terus bukak ini. Dah la perut bunyi.. wuuu..
ReplyDeleteTapi aku dengan sayur tak ngam... hehehe. =D
Mmg nmpk sdplah kak. Nak2 ade cheddar atas tu kan? Peh!
ReplyDeleteyeah.. pai. ni bagus belajar masak pie dgn Lw ni :)
ReplyDeletedari hari tu nak buat projek ni tapi tak terbuat2.... pemalas lipas....
ReplyDeleteNampak sodap la dik LW dan akak pasti rasanya pun sangat sodap! Sodap!
ReplyDeleteReenAple,
ReplyDeleteHwaaa? Tak ngam dengan sayur? Abes tu ngam dengan buah ek? Aku pulak ngam dengan semua yg halal, cemane tu? Hikhikhik...buatlah reen...senang je..
Mommyfara,
A ah cheddar cheese tu yg buat pie ni nampak marbeles tu...:)
Nong Andy,
ReplyDeleteHehe kau lagi pandai masak tu..hari2 masak untuk retis dan daddy retis tu kan? Kan!
Nenet Penne,
Tunggu ada masa, sure jadi perajin kittynya...hehehe
Kak Dinas,
Ya kot sedap kak,, sebab bahan2nya pun sihat...
LW
ReplyDeleteaku masak main terjun-terjun ja.. yg byk bahan aku angkat bendera putih hehehe..
Nong Andy
ReplyDeleteAlahai terjun atau bendera putih, kalau aku suka, aku akan buat walaupun bahan banyak dan jam 3 pagi..aku kan pemakan tegar! Heeee...
itulah aku kalah dgn yg byk bahan n perlu macam2 perencah. aku patut ada buku resepi utk ingat catit semua bahan tu.. hehehe
ReplyDeletehoho...sihat gilerr kalau ni yang selalu menggantikan nasi...ehehehe :P
ReplyDeleteNong Andy,
ReplyDeletekau turun KL nanti aku ajar buat buku resipi.
Mr Clive,
yerp...ganti nasi...tu lagi sedap sebab ada ayam, sayur etc..complete set! Hik..