Saturday, 23 June 2012

Late night supper with rainbow avalanche!

Harajuku Girl juga tidak mahu ketinggalan..mahu makan kek juga..nasib baik tiada Ben 10, kalau tidak pasti bergaduh kerana berebut kek cantik...aku boleh bakar kek, tahu bakar kek tapi sebab masa sangat cemburu dengan aku, maka kek ini adalah dari dapur maryambytes...tauke maryambytes ini tinggal tak jauh dari rumah aku..
Penat menggila tapi mata masih keras. Keluar rumah ketika bulan masih bersisa di hujung dinihari dan balik ke rumah matahari sudah merajuk menyembunyikan diri. Sampai bila aku akan begini. Berasa sudah lama tidak menyepahkan dapur yang mungkin juga sudah merajuk dengan aku. Melihat Rainbow Cake di blog En Khairul...arghhh dengkinya aku kerana tidak berpeluang membakar kek..kerja yang suatu ketika dulu setiap hari aku lakukan...tanpa jemu.Ok i promise, one fine day, aku akan bakar kek sampai lebam...!!! Rainbow? Red Velvet? Layer Prune or Marble? Ok i will...
Tak dapat bakar tapi sangat ingin menikmatinya. Apa lagi yang boleh dilakukan dalam ruang terhad ini, sambil menikmati sepiring kek yg sangat mengujakan ini, sambil menghabiskan beberapa bab bahan bacaan, kek penuh warna warni ini rupa-rupanya menyuntik warna kenangan juga ke dalam minda aku...
Ini tak tahu bila akan habis, mungkin seminggu, dua minggu atau tiga minggu. cukup sebulan kalau tak habis...tahulah aku nak buat apa degan kek ini...
Arwah nenek sentiada cakap pada kami, cari pangkal leher ular besar warna warni itu, ada tertanam harta karun di situ. Dan aku yang masih tak tahu akan cerita real dan cerita jenaka ketika itu berazam untuk menjadi kaya raya dengan mencari pangkal leher ular besar bernama pelangi itu.
Di suatu ketika yang lain pula, kami langsung tidak berani menunjuk ke arah pelangi kerana konon katanya tangan akan kudung. Jadi aku dan yang lain percaya habis dengan pesanan berkenaan. Dan kini apabila dewasa, semuanya bercampur baur menjadi kenangan. Yang aku tahu kini adalah rainbow cake yang sangat happening kerana himpunan tujuh warna pada setiap lapisan kek.

Rainbow sudah hampir habis, minuman coklat juga sudah sejuk...tapi mata masih degil...

Kalau nak gugur, gugurlah nangka
jangan terkena si ranting pauh
kalau nak tidur, tidurlah mata
jangan terkenang orang yang jauh...

12 comments:

  1. haha.. ada pantun

    mari makan cake pelangi
    cake pelangi buatan sendiri
    kalau tak lena ku terjah ke sini
    utk mengubat rindu di hati


    *pantun tak berapa nak jadi ekekekek..

    ReplyDelete
  2. aaa... cantik... macam rainbow.. sudah tentu namanya pun kek rainbow.. huhu.

    #nak juga... heee

    ReplyDelete
  3. mmg colourful sungguh.. nak makan pun berselera kan..

    ReplyDelete
  4. Nong Andy,
    Haha...aku kalau dah lepas waktu tdo...memang akan jadi upside down jadual tdo...mula lah aku bw dan browse...:)

    ReplyDelete
  5. kalau terkenangkan saya, poslah kek rainbow tu sket ^^

    ReplyDelete
  6. ReenApple
    Aku pun kagum dengan pencipta kek ini...dahlah kek ini cantik, sedap pula tu..



    HaniAsyira
    Memang berselera..makan ketika mana sekalipun, ia tetap sedap..


    Cik Cempaka
    Saya tak nak pos...saya nak hantar sendiri...heehe

    ReplyDelete
  7. Demmmmmmm!! look a lot more nicer and colourful then mine. Jeles bangattt.

    ReplyDelete
  8. Khairul Abdullah,
    Mwahahaha...jeleszz ehh...kikiki...pls try to bake another rainbow..im pretty sure it will be more nice and nice..practice make perfect dear! Hik!

    ReplyDelete
  9. kek ni tgh gelemer ye?sana sini sy tgk org tunjuk kat blog kek kaler2 mcm ni.saya yg ketinggalan .hehe

    ReplyDelete
  10. malam2 buta pekena menu mcm ni...

    ReplyDelete
  11. weeewuuuuuu rainbow all arounddd!!!heheheh

    ReplyDelete
  12. Irfa,
    saya pun ketinggalan...saya tau makan jer, buatnya saya zero...hehehe.



    Telor Power,
    A ahh saja lepas gian..nak minum kopi memalam buta nanti tak tdo le pulak so sebagai ganti gua pekena kek pelangi..



    Mr Clive,
    Yihaa..rainbow avalanche!

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...