Thursday, 28 June 2012

I want to be a pilot...

Mana lebih handsome, pilot yang kecik cenonet tu ke atau yang besar sket tu..ahahaha kedua-duanya handsome kan...hari tu KidZania ada buat career day..ntah macam mana aku tersesat ke magic kingdom tu, tetiba dok ada antara pilot tu semua...memang magic kan!
Kapten Mohd Rafik sambil post kontrol handsome memantau si comel tu memandu simulation aircraft..macam real! Kapt ni sekali pandang muka dia macam Dt Fazley...cer tengok betul-betul..
Masa sekolah rendah, tak de siapa nasihatkan aku nak jadi apa atau apa bila besar. Yang aku ingat, nak jadi orang gaji, tak pun tukang masak..sebab kedua-dua tugas berkenaan adalah tugas rutin arwah emak di rumah. Bila aku bangun pagi, mak dah ada kat dapur. Bulan puasa terutama, bila dah siap masak untuk sahur, barulah emak akan kejutkan kami. Kami semua bangun bila mak dah siap hidang..masa tu kecik-kecik, mak suapkan sebab kami sibuk dok mengantuk tepi meja.
Anak sapa la ni kecik-kecik dah handsome..tinggi saham adik ni kan..hehe. nasib baiklah auntie tak dak anak perempuan, kalau tak auntie dah cop buat menantu...kuikuikui!
Bila besar sikit, aku tolong emak berniaga nasi pagi di bangsal kecil berdekatan rumah kami. Masa tu nasi lemak tidak sefamous kini. Yang famous adalah nasi kerabu/ulam atau nasi berlauk. Dulu zaman aku kecil, satu bungkus nasi berlauk dengan seketul ayam kari berharga 50 sen. Murah gila..sekarang, jangan harap...buka zip nak pancuq pun dah RM2 kalau kat KLCC...

Cakap pasal kerja, aku tiada cita-cita. Bila naik ke peringkat menengah, aku masih tidak mempunyai cita-cita. yang aku ingat ialah mahu bekerja saja tapi tidak tahu kerja apa. Sehinggalah tamat tingkatan 6, aku masih teragak-agak untuk bercita-cita. Arwah Othman Puteh (penulis) pernah nasihatkan aku supaya jadi penulis. Ya, terima kasih kepada arwah Pakcik Othman Puteh kerana mendorong aku menulis..tulis cerpen dan artikel untuk cari duit. 
Saja aku paksa Kapten Rafik ni act macam ni..
Percaya atau tidak, kalau korang ada anak, boleh set dah nak suruh anak jadi apa bila besar sebab pendedahan masa kecil akan membuatkan anak mempunyai kemahuan dan terbuka minda berusaha ke arah cita-cita mereka...whatever..ilmu mesti ada, didikan mak bapa juga mesti betul. Kanak-kanak hari ini adalah generasi pemimpin esok hari.

Aku ada 9 anak buah. Nur Khaleeda (14 tahun), kata dia nak jadi ustazah, nak kena pandai cakap Arab..ok sekarang dia dah boleh cakap sikit2. Intan Khadeejah, 12, kata dia nak jadi programmer, ok sekarang dia memang suka bertenet di pc, aku harap mak dia pantau aktiviti dia. Nur Aisyah, 7, kata dia nak jadi macam mummy (aku le ni) sebab mummy selalu beli coklat dan dia suka coklat. Ahmad Ashraff, 5, kata nak jadi askar sebab dia suka main tembak-tembak.

Najla Amani, 6, kata dia nak jadi doktor sebab Uminya nak dia jadi doktor, Lala ni selalu ter'pee' sebab kalau dah main, rela tahan pee..lastnya terkeluar tanpa disedari..memang bahaya dan uminya dah bawa jumpa Doc. Shaker Adli, 4, nak jadi tukang masak, sebab dia suka skodeng kalau mummy masak, Zahin Khalis, 1, masih tiada hala tuju sebab dia masih menetek dengan uminya.

Azzfar Ishraff, 5, nak jadi engineer sebab budak ni kalau boleh main lori, kereta, helikopter mainan, dia sanggup tahan lapar tak mau makan dan Azra Nurdinie, 3, nak jadi ballerina sebab hari-hari dia tengok cerita Angelina Ballerina kat Disney Channel..betapa apa yang didedahkan dan dilihat kanak-kanak begitu mempengaruhi minda mereka..

23 comments:

  1. huuu.. aku masa kecik nak jadi polis, hahaha, Naik peringkat menengah aku nak jadi interior designer but then tak boleh sebab masa form 4 mami paksa aku ambik kelas perakaunan dan sekarang aku harap aku akan jdi seorang akauntan. Insyallah.

    #dedua hensem.. heheheh.

    ReplyDelete
  2. ReenApple,
    wow! bakal accountant ya..bagus! Aku sokong...rajin2 belajar ya..hehe..




    SM,
    apa auw auw? aku back hand nak? mwahaha..sangat!

    ReplyDelete
  3. salam LW,
    masa kecik nak jadi polis sbb suka baca cerita nancy drew ngan hardy boys, bila dah naik sekolah menengah nak jadi accountant..sampai sanggup tukar dari science stream masuk social science tapi end up jadi PTM sbb apply scholarship jpa diorang bagi buat course computing walaupun computing tu pilihan ke-3...letak pun sbb kena cukupkan 3 pilihan.. masa tu menatang ape computing tu pun x tau..hahahah

    ReplyDelete
  4. hehe..saya dulu pun tak tahu cita2 nak jd apa bila besar.tgk cikgu lawa kat skolah..nak jd cikgu.pegi spital tgk misi lawa,nak jd misi :)

    tapi anak-anak saya (kakak dan abang) dah tahu bila besar umie suh jd apa.

    kakak tahu umie suh belajar pandai2 nak jadi doctor

    abang pula dah dinyanyi kat telinga suh jd pilot..(mcm senang je..haha) sbb bila abang bawak kapal terbang.boleh bawak umie dan ayah duk kat first class seat..nak ikut abang fly

    adik belum tahu lagi apa potensi.

    tapi apa pun cita-cia mereka saya harap mereka jadi anak yang kuat tiang agamanya

    amin

    ReplyDelete
  5. Sweetnya entri ni sbb cite psl cita2 kekanak. Aydin kecik g. Dia suke nak men2 pastu jahanamkan. Huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  6. saya nak jadi polis sbb boleh tembak prang & pakai uniform.. suka sungguh dgg uniform2 ni..

    lepas tu bila arwah bapak sokmo naik kapalterbang, meronta2 nak jadi pilot. tapi dibantah sekeras2nya.. sbb anak pompuan tak leh bla bla bla...

    dipaksa amik accountancy.. sbb tak minat, habiskan dip je walopon ada sebahagian diri yg kurang ikhlas sbb tak minat.. now dah semat dlm hati, biar anak2 pilih sendiri.. kita cuma cerita2 sikit pasal semua profession, mana2 yg perlu..

    akhirnya the mother duduk rumah jadi driver, tutor, cook, gardener, cleaner, perceramah free lance, tailor & bebagai lagi... hehe..

    ReplyDelete
  7. Dulu kecik2 saya nak jadi posmen :)

    ReplyDelete
  8. err boleh tak i nak bekenalan dengan pilot dewasa tu?? ha ha ha..

    dulu masa kecik2 i nak jadi polis traffic sebab terikut2 tengok citer CHIPS tu... alah erik estrada tu...

    ReplyDelete
  9. Konpem ensem encek pilot tu. Betoi la, macam Dr Fazley dah rupanya :)

    ReplyDelete
  10. Blu4sky
    Selalu jadi macam tu kan..bila tengok benda yg kita suka, kita akan berangan jadi macam mereka..bab suka polis tu saya suka tengok polis trafik, mak aihhh kacak betul mereka dalam uniform..tapi kalau dah luar uniform..bye bye...hehe

    ReplyDelete
  11. Irfa,
    bagus tu pupuk minat dan cita-cita anak. tak mustahil kalau abam jadi pilot..dan Irfa pun kena cerita selalu pada abam pasal aeroplane atau aircraft. saya pernah baca buku mengenai how to educate or encourage kids to be a careerperson..antara syaratnya ialah dedahkan anak dengan anak dengan kerjaya berkenaan. dan saya ada kenal seorang MAS ex-pilot, katanya dia asal orang kampung kat pedalaman kedah, suatu hari dia nampak kapal terbang lalu atas rumah bapaknya dan dari situ dia bercita-cita nak terbang..sampai lah tercapai hajat, dia dah puas terbang seluruh dunia..ok jadi lah abam jadi pilot yer..hihi

    ReplyDelete
  12. Mommyfara,
    walaupun Aydin masih kecik, Fara dah boleh dedahkan dia dengan apa yang dia minat. kanak-kanak mudah dilentur, mengikut kata dan mana tahu dia jadi apa yg Fara mahu...:)go Aydin!

    ReplyDelete
  13. m.u.la.a.n
    jadi mother pun kerjaya mulia..bayangkan anak-anak membesar dan makan dari air tangan kita sendiri, penuh kasih sayang dan ikatan kekeluargaan kukuh...dan zaman kini bukan senang nak jadi mother sebab terlalu banyak elemen luar yang mudah mempengaruhi kanak-kanak..jadi ibu juga adalah kerjaya mencabar.

    ReplyDelete
  14. Khairul Abdullah,
    Waahh nak jadi posmen ya...hehe saya suka tunggu posmen lepas balik sekolah sebab tunggu surat peminat..bajet macam retis walaupun masa tu baru sebuah puisi saya disiarkan di majalah..adehhh!

    ReplyDelete
  15. Nenet Penne,
    haaaa? nak berkenalan dengan pilot besar tu...err boleh tapi apa jadi dengan mr darcy u tu muehehehe....

    I pernah buat entry pasal nak jadi tukang masak dan pembantu rumah...tapi la ni jadi typist je la..:)hikhikhik!

    ReplyDelete
  16. Kak Dinas,
    Encik Pilot tu lebih handsome dari Dt Fazley sebenarnya...lagi lama tengok lagi berkenan...hehehe

    ReplyDelete
  17. a.. hensem pilot keduanya itu. yg kecik encom yg besau pung encom :D

    huhuhu.. macam2 cita2 anak2 sedara Lw yek hehehe...

    aku ada 13 org anak sedara. ha.. ramaikan. abg ada 2 anak, adik lelaki ada 4 hero, dan paling hebat akak ada 7 org anak hehe..

    cita2? er.. dulu macam2 nak jadi. nak jadi saintis pung ada sebab selalu tgk movie org gi angkasa haha...

    ReplyDelete
  18. satu jer tak best....ia utk tempat kanak2 saja ciss.

    nak bawa anak buah ke KL tu kompom mak pak dia tak kasi

    ReplyDelete
  19. Nong andy,
    aku dah 9 anak buah...cukup dah tu...masing-masing maknya dah serender...kata mereka penat dan takut bila ada anak, maknya dah tua...tapi kalau ada maknya tak akan tolak cuma adik aku yg tinggal dekat dengan aku ni kalau preggy kerap masuk spital sebab jam tu juga dia ada diabetes dan hipertention...





    Telor Power,
    rembat je anak buah kau tu bro...hehe

    ReplyDelete
  20. boleh tapi.....
    aku bakal jadi rembatan yang padu dari bapak dia pula.

    ReplyDelete
  21. @LW
    mr. darcy is always be mr. darcy..just angan2 yang tak akan dapat...

    ReplyDelete
  22. teruskan usaha...teruskan mengejar mimpi...god willing...dengan usaha yang kuat dan xputus2...boleh capai... :)

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...