Tuesday, 19 June 2012

Haunted...

Bilik  ini nice tapi....ada tapinya....
Sebelum masuk ke bilik ini, aku dah ding dong bell kat tepi pintu sebagai menyatakan aku nak duduk dalam bilik ini buat satu malam, nak rehatkan badan setelah kami menempuh perjalanan enam jam dengan berhenti 30 minit kat RnR Bukit Gantang untuk kenduri durian. Tak pernahnya aku buat makan durian jam 12 malam, tapi sebab ada yang menaja, maka aku tutup mata dan buat-buat tatau je lah dengan segala bagai kolesterol dalam durian..masa dah masuk ke bilik ini, aku dah lempar kasut jauh-jauh supaya ia tidak berada sama kedudukan..ini petua orang Cina...katanya kalau kasut duduk dekat dan sama kedudukan, haruslah ada makhluk jahat akan datang...setakat petua je pun so aku buat...

Nasib baik ada tv, jadi kami buka tv kuat-kuat soundnya sampai cerah...lebih baik bunyi tv daripada dengar bunyi benda melompat keluar dari bilik air...huhu!
Sampai je kami terus buka tv, tak mau senyap sangat dalam bilik yang pertama kali dimasuki. Sebelum tu aku dah nampak sesuatu dalam bilik air. Sampai takut nak ambil foto dalam bilik air sebab takut 'wajah' itu muncul dalam foto. Aku sebenarnya ternampak satu makhluk seperti pocong di cermin dalam bilik air tapi aku tak nak menakutkan member yang pakai baju merah ni walaupun aku dah takut tahap gila babas. masa tu jam satu pagi...member ni pula asyik cakap nak tidur dalam cerah sebab dia takut. Cara dia cakap macam main-main tapi aku tahu dia memang maksudkan sebab dia on semua lampu kecuali light head kat katil aku...pehhh aku pun rasa lain macam juga tapi buat-buat berani sebab masa tu lagi tiga jam je nak subuh...hilang keterujaan nak berfoya 
Hitam-hitam si buah manggis tapi jasa kau banyak manggis, at least aku reduce ketakutan bila makan kau manggis....
Masih tak boleh tidur walaupun penat. Jam dah hampir 1.30 pagi. Jadi aku cakap kat member tu kami makan manggis malam2 buta...sebenarnya nak menghilangkan rasa takut. Entah rasa takuit tu meluap-luap walaupun tiada apa dalam bilik. Aku tak pasti sama ada member tu nampak ke tidak apa yang aku nampak kat cermin dalam bilik air masa mula2 masuk.

Cheittt minum air sebotol ni buat aku rasa nak ke bilik air...minta simpanglah, sanggup aku tahan tiga jam...
Akhirnya aku teguk sebotol air dan paksa mata pejam...adehhhhh lepas tu rasa nak sheshe pulak...huhu! Dah le bilik air tu haunted...chehhhh! Korang tahu tak aku nampak apa? Dari celah pintu bilik air semasa aku lalu nak menghala ke wardrobe dalam bilik tu, aku nampak satu makhluk berbalut dengan kain putih seperti pocong tapi terbuka pada bahagian muka dan mukanya hitam dan mengerikan....aku tak paksa korang percaya tapi itulah yang aku nampak dan buat-buat tahu sebab aku berdua dengan member...kalau aku sorang mampus aku minta tukar bilik atau tidur kat lobby. 

Bila balik KL, tanya adik aku yang pernah menetap di bandar itu selama beberapa tahun, katanya hotel yang aku menginap tu memang jaunted hotel dan ia jadi pilihan terakhir guest yang singgah di SP...hotel tu dekat dengan tol..tepi hiway jer...ampun la wehhh sampai balik KL pun aku tak leh lupa wajah kat cermin tu...pheee!

22 comments:

  1. dapat tahu u pi jalan2..mula rasa apsal tak ajak i?
    tapi lepas baca ok tak perlu ajak i pun tak per.. mak tak sentap..ha ha ha...

    sib baik i baca entry ni di siang hari, kalau malam hari
    ok bye bye jelah...
    eeeee takut... harap malam ni i boleh tidor...

    ReplyDelete
  2. Eee...scary nye kak. Hotel pe tu? Kat ne tu kak? Mst tak ramai org kat hotel tu kan?

    ReplyDelete
  3. huuuu.. scary je citer ni... =.=

    selamat aku tak pernah alami. Alhamdulillah. dan tak nak alami.. pergi camping kat gunung hari tu ada orang cerita macam3 tapi aku tak de lak rasa apa-apa just excited nk daki gunung keesokan pagi tu..heee

    ReplyDelete
  4. waduh2.. kok begitu yea kak.. hmm.. mcm mengerikan.. selamat lah mata ni tertutup dgn sagala benda xbaik..

    ReplyDelete
  5. tak semua org dapat tengok mende2 mcm ni..tapi saya tak kisah kalau x dapat anugerah deria ke6 ni..

    ReplyDelete
  6. Nasib baik takdak gambaq yg menakutkan, akak takuuut!!!

    ReplyDelete
  7. pheww...sib bek bitau!
    dolu pernah terpikir nak luruskan pinggang kat situ tp hati beraaaat jer, fuh! fuh!

    tp pernah gak sekali dulu, akak nampak mende yg sama dlm cermin hotel kt JB, keras kejung akak semalaman..nak sheshe pu tahan siksa...sekali bila dah pagi, rupa2nya mende alah tu ialah arca towel yg tergantung tak betul..

    ceh! sib bek tak demam kepialu aku!

    ReplyDelete
  8. sila beri koordinat...kawasan tu sis


    senang aku nak cuba2 menjengahnya. apa no bilik hotel masa tu?

    ceh bab2 begini yg buat aku nak travel n siasat ni.
    nak siasat walau takde ilmu.

    ReplyDelete
  9. Nenet Penne,
    bukan tamau ajak...hehe..i pun diajak oleh orang lain juga..tu lah dianya, ditempahnya haunted hotel...ngeri sehhh!


    Mommy Fara,
    hotel tu penuh, orang gomen suka duduk situ walau berhantu, tapi murah. akak terfikir entah2 dia bagi kami room yg x pernah digunakan, oleh sebab fully occupied, dia guna bilik haunted tu..

    ReplyDelete
  10. ReenApple,
    Kalau tahu, aku pun tak hingin duduk bilik tu. Apa yang sering berlaku kepada aku ialah terjebak...dulu aku pernah tinggal di rumah yang sangat scary marry selama dua tahun setengah...kau bayangkan aku hidup bersama hantu raya...sehinggalah dia tarik baju aku, baru aku tahu dalam rumah tu ada makhluk lain yang aku tak nampak..cehhhh!



    HaniAsyira
    Itulah gunanya bulu mata, tirai mata yang menghalang kita daripada melihat bentuk makhluk yang tidak sepatutnya kita lihat. Cer kalau takde bulu mata, semua hantu kita nampak dan tak aman hidup kita sebab asyik ngeri dengan wajah hantu...kan? Hik!

    ReplyDelete
  11. Asrul Ilham Sani,
    Angkerrr tak angkerr dik, akak dah terjebak dengan mende-mende cenggitu sejak tahun 2005 lagi..malah akak pernah disampuk angkerrr...haaa ngeri kan!



    Irfa,
    Betul tu, deria 6th sense ni ada baik dan ada tak baiknya. Saya tak mahu tengok semua benda tu..kalau terbayang tu saya anggap saya berkahayal...

    ReplyDelete
  12. Kak Dinas,
    kalau ada gambaq, saya pun takut nak tengok kak...tak sanggup kak nak melihat wajah bukan biasa kita lihat...nampak bayang pun saya dah terimejin yang bukan2..



    Kak Queenie,
    hehehe akak pun tahu ke hotel tu? ada dua hotel berdekatan parkson sungai petani tu kan...lain kali kalau turun SP baik duduk kat Aman Pura saja...



    Telor Power,
    Okeh nanti aku roger kau ya bro...kau boleh pergi jadi broseekers...ahak!

    ReplyDelete
  13. wow.. sungguh mengujakan n3 ni. Serius aku ni jenis takabur sikit. nak sgt takutkan diri sendiri :p

    tapi kalau sendiri nampak ntah 3 hari 3 malam kot pengsan...

    aku suka n3 kisah benar macam ni.. malangnya aku baca jam 7 malam. patut aku baca dlm jam 12 tengah malam baru bulu roma tegak berdiri :)

    ReplyDelete
  14. aku tak nak jadi ahli seeker. aku hanya mahu lihat dan jejak. buat ada pengalaman. hanya kisah seram dan perasaan seram saja yg aku alami. tak pernah dapat melihat.

    ReplyDelete
  15. knp sy baca cite ni tgh mlm? knp knp oh tdk hehe

    ReplyDelete
  16. aiseyyymannnn...alamak....kenapaa laaa pulakkk citer gini...@_@

    hahah XD

    ReplyDelete
  17. Nong Andy,
    Aku pentakut yang amat tapi addict juga kalau bercerita citer cenggini...konon suka nak test diri sendiri tapi kesannya ialah bil letrik naik, sebab aku akan buka lampu seluruh rumah hatta dalam bilik air sekalipun termasuklah lampu meja...


    Telor Power,
    Bro meh turun KL belakang opis aku ada satu abandon house yg scary marry sebab ada kes bunuh di dalamnya..aku rasa kalau kau tengok sekali lalu pun aura ngeri nya sangat kuat...

    ReplyDelete
  18. Eera Shera,
    Kenapa baca tengah malam? hehehe...baru ada umphhh pas tu sila pi bilik air shera, pastu pandang cermin, pastu nampak apa? hehehe



    Mr Clive,
    Ala itu selingan...selingan manja2..hahaha

    ReplyDelete
  19. kena cuba rumah tu hahahaha baiklah nanti wa dtg sana

    ReplyDelete
  20. Telor Power,
    mesti datang tau! hahaha..siap kau!

    ReplyDelete
  21. sudah tentu dan best lagi kola sis jadi asst. pergi melawat ke highlands tower..apa dah jadi dgn tempat tu eh?

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...