Thursday 17 May 2012

Sushi..oishiiiii

KADANG-kadang, lepas balik kerja, aku singgah Jusco yang jaraknya dari rumah hanya sepelaung. Pendek kata, beli garam sebungkus pun aku masuk Jusco. Sangat terpengaruh dan intact dengan pasar raya besar di dalamnya walaupun harga lebih mahal seposen dua. I have no choice, kalau tak, terpaksa tunggu my sister yang akan beli groceries kat Tesco setiap dua minggu. Lambat tu. Jusco ni satu je yang tak happening, tak de cinema..kalau tak harus aku berfoya-foya di sana setiap minggu atas alasan tengok movie walhal nak jamu mata dan jamu tekak...

Nak sebut nama menu ini sikit punya panjang tapi bila makan, tak sampai sepuluh minit sudah habis. Aku suka juga guna chopstick for the purpose of makan slow-slow konon tak de la banyak sangat makan nasi sebab mesti susah nak kepit nasi dengan pengepit kayu tu..psiko!
Paling aku suka kalau singgah Jusco ialah lemau-lemau kat Sushi King sambil layan FB sambil jamu mata pelayan-pelayannya yang ala-ala adik-adik! (Sangat menggatal ok..tapi depa tu baik-baik dan innocent). Dua tiga hari lepas, aku pesan mixed bento dengan broiled salmon, deep fried chicken, mayonaise icebase lettuce, crabstick, season japanese raddish and fish slice with steam rice garnish with black sesame. Hah sikit punya panjang namanya semput nafas mak nyah.. tapi makan tak sampai sepuluh minit dah langsai. Lepas tu rembat lagi pinggan sushi yang dok bergerak kat atas conveyer belt..tapi aku suka lagi pesan bento mix sebab untuk satu serving, ada macam-macam lauk yang cukup untuk buat bunyi burp!
 
Macam biasa, kalau masuk kedai Jepun ni, makan nasi atau mee ke apa, semua guna chopstick. Arwah abah panggil dulu cukup pantang kalau nampak kami guna kayu dua batang ni buat makan. Kalau Yin Fong ada mesti dia akan tegur aku yang suka letak chopstick secara menegak. Wee Chee pun sama, mesti akan ada cerita hantu mengenai chopstick sebab Wee Chee ni banyak kisah dalam mindanya. Lagi larut malam lagi dia suka bercerita pasal hantu. Kisah chopstick ini boleh baca sini siri seram: sydney part 2 dan siri seram: sydney.

Sushi yang dalam pinggan ini pula adalah yang aku buat sendiri. Tak kuasa nak beli sushi mahal tu, so lebih baik beli sticky rice, tumis tuna in olive oil dan letak seaweed, zuchini and capsicum..dah tentu lagi boleh makan sampai kenyang. Kalau nak lebih fusion, sila letak cili padi atau tempoyak atau cencaluk..ok apa..at least rasanya lain sket. Oh ya mould untuk sushi ni ada banyak jual kat kedai bakeri.

Fillingnya adalah tuna in olive dan zuchini...
Yang ini guna filling serunding daging. Kalau rajin anda boleh letak mushroom atau apa saja lauk, janji guna sticky rice dan ada seaweed sebagai pembalut.

26 comments:

  1. freaking first! dah lama tak nombor satu...

    ReplyDelete
  2. sejak akhir-akhir ni, kau banyak cerita pasal makanan. hati-hati beb, minda tu kena suci seratus peratus daripada noda-noda hasutan iblis yang dinamakan `makanan'. hahahaaa...!!!

    ReplyDelete
  3. Akak suka jugak sushi tapi dah lama tak makan. Dan garlic fried rice di Sushi Queen. Ohh. Dan apa kenamanya tu, squid ball ka apa, kat situ jugak. Double ohh.

    Balik keja akak pun hampir hari2 singgah Jusco. Hampir. Sapa suruh depa buat Jusco yg akak kena lalu dalam perjalanan pulang. Hehe. Ya, salahkan orang lain. Hehe.

    ReplyDelete
  4. fuh beli garam pun kat pasaraya. kelasss ko jah!!!


    sampai skrg aku tak pernah merasa makanan jepang ni... bukan apa xder nafsu le pada makanan ni

    ReplyDelete
  5. SM,
    Hahahaha..jangan risau beb, makanan yang aku tayang kali ini aku dah tahu berapa kalori, berapa fat, berapa karbo..(cehh konon la kan). Kebanyakannya yang aku masak sendiri...ada banyak gambar food dalam simpanan aku...

    Beb, aku tak dak hadiah untuk 1st!

    ReplyDelete
  6. Kak Dinas,
    Tu la pasal, Jusco dok sebelah rumah jer. Sapa suruh dia naik kat situ. Paling sikit pun setiap hujung minggu lepak situ, ada subway, ada secret recipe, ada old town white coffee, ada nyonya laksa, pizza hut, kenny rogers dan sushi king...apa lagi kan, hari-hari saya masak kat dapur di Jusco ni..hehehe

    ReplyDelete
  7. Telor Power,
    Aku terpaksa le bro beli garam atau asam gelugoq kat situ. Kalau tak aku kena beli kedai cina..jadi baik aku masuk jusco sambil jalan-jalan kan...

    ada gak makanan jepun yang masak penuh, bro lu try makan soba..ala macam spagetti jer..

    ReplyDelete
  8. wah..suka..suka..suka...
    i suka makan sushi..my kids pun suka except for mr.hubs.. he is not really into sushi..tapi nak wat camne kan wifey and anak2 mmg tekak antarabangsa..hahahah..

    best lah LW..you dah bg i idea utk buat bekal my kids gi sekolah :D

    ReplyDelete
  9. ah.. laparnya aku tgk... LW

    aku x makan raw fish.. tapi yg lain tu okeh le hehehe..

    ReplyDelete
  10. blu4sky
    Puas hati kan masak sushi sendiri. Fillingnya pun boleh pelbagaikan. Dear u boleh beli acuan tu kat kedai bakeri...nanti boleh isi dalam bento box untuk kids. Mengenyangkan dan confirm kita masak sendiri...

    ReplyDelete
  11. Nong Andy,
    Kau boleh guna ikan yang dimasak sempurna tapi kena tengok juga ikan jenis apa sebab kalau tak sesuai ikan dengan sticky rice tu, nanti sushi nampak weird dan rasa pun lari...shinta suka sushi kah?

    ReplyDelete
  12. Sushi 2 ketul tu homemade dr akak ke? Sy suke filling cheese. Pnh mkn kat JB. Takde tandingan. Sushi King punye filling cheese pun tak sehebat kedai mkn kat JB tu. Huhuhuhu...

    ReplyDelete
  13. Pok Amai Amai,
    A ahh...akak buat sendiri sebab tak puas hati makan kat sushi king tu..inti tuna goreng dan serunding...nampak je kecik tapi kenyang sebab sticky rice tu big portion actually...cubalah..farra boleh cari beras sushi tu kat mall ada jual, cari kat area beras then intinya boleh letak crab meat, pan-egg etc..janji ikut selera kita..

    ReplyDelete
  14. tak penah makan sushi.masa peknen penah teringin nak makan tp bila baca satu emel yg tunjuk kepala org yg berulat dalam otak tu terus saya x lalu makan ;(.nampak lw buat sendiri macam teringin pulak laa

    ReplyDelete
  15. hahaha. abg tgk dah mcm sandwich dah. sedap ke shushi? seres abg x penah mkn

    ReplyDelete
  16. aiseh...bila kita boleh ngeteh kat sushi ni LW ...hemmmm...

    ReplyDelete
  17. Irfa,
    Saya pun scary bila tengok gambar otak berulat akibat makan sushi..jadinya sebagai alternatif saya buat sushi sendiri, masak sendiri..lebih konfiden sebab kita tahu masaknya ialah well done dan bukannya medium atau raw...

    ReplyDelete
  18. Abg Zam,
    Kalau suka makan beras melekit dengan ikan mentah, memang bestlah sushi tapi kalau tak mo otak berulat, baik jangan makan...hahaha

    ReplyDelete
  19. El mariachi,
    A ahh ek..bila nak ngeteh ni..tak pe abg bro, kalu nak mak ngeteh roger2 saya...

    ReplyDelete
  20. shushi ni mcm muntah kucen

    ReplyDelete
  21. ok u boleh jadi geng i.. nanti kita pi sama2 yer... but u can come to my place.. and we can go for a movie..

    ReplyDelete
  22. sama cam telor power ..tak der berahi nak makan sushi..tekak melayu tulen nih

    ReplyDelete
  23. Nenda,
    Ok..great! will think abt movie..hehe



    All Along The Way
    Saya boleh makan semua as long as it is halal but then nowadays saya kena cut banyak jenis food..kena selective sikit since masuk Kilo For Cash..hehe

    ReplyDelete
  24. hari tu pegi sushi king semata2 nak makan jelly fish... then jelly fish again..then beef apa entah...

    ReplyDelete
  25. I suka baby octopus...walaupun rasa sadis sebab makan baby tu kan, tapi sebab yummy, makan jer...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...