Saturday, 21 April 2012

Release stress dengan makyung...

Salah satu babak dalam pementasan makyung Endeng Tejeli yang  dijayakan penuntut seni persembahan di Akademi Seni Warisan (Aswara). Audien duduk bersila, seolah-olah melihat wayang pacak seperti di kampung suatu ketika dulu. Aku duduk paling belakang, di kerusi, kerana tak kuasa nak bersila lama-lama...
Farahin, memegang watak Pakyung. Bakat muda ini perlu lebih tunjuk ajar dan latihan untuk menjadikan bintangnya lebih bersinar. Usaha Farahin boleh dibanggakan, orangnya bertubuh kecik molek dan bersemangat waja. Sejurus sebelum pementasan dimulakan.
Antara babak dalam Endeng Tejeli...
Adalah tidak adil untuk membandingkan antara seni warisan makyung dengan pementasan teater broadway West End di London kerana masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Pementasan West End di London memang sudah bertapak lama dan dikenali di serata dunia akan kehebatan pelakon dan panggungnya yang mana kalau seorang pelakon teater tidak mengetahui mengenai broadway West End, mereka mungkin belum boleh digelar pelakon teater sejati. 

Begitu juga panggung Esplanade di Singapura yang merupakan pusat seni pentas kota Singa yang kecil tapi lebih perkasa dalam perkara berbanding kita terutama bab kebersihan.Sekali lagi ditegaskan, adalah tidak adil membanding-bandingkan seni tapi kadangkala kita perlu melakukan perbandingan agar tahap mutu seni kita lebih baik. Kalau Jepun berbangga dengan Kabuki dan Vietnam dengan Puppet Water, kita wajar mengangkat  seni tradisional Makyung ini. Bahkan Makyung adalah jauh lebih gah kedudukannya kerana ia adalah seni warisan dunia dan sudah diperakui Unesco akan disiplin uniknya yang wajar dikelakan. Kali terakhir aku tonton Makyung ialah pada February lalu di Panggung DBKL yang dipentaskan oleh penari Petronas dan mereka mementaskan Mek Mulung Cahaya Bulan. Pementasan berkenaan memang menghiburkan dengan watak peran dan makyung yang sangat berjaya. Makyng Endeng Tejeli malam ini adalah malam kedua pementasannya. Masih ada dua malam lagi kalau ada sapa-sapa nak menontonnya di Panggung Eksperimen, Aswara.

Promosi The Phantom di Picaddily Street...angin sejuk gila
Pengalaman menonton teater Phantom of The Opera @ Her Majesty's Theatre57 Haymarket dua tahun lalu mengingatkan aku kepada kebanggaan masyarakat Barat terhadap teater berkeaan yang menjadi sebutan walaupun sudah beratus kali dipentaskan. Ia menjadi lebih mengesankan kerana dengan kekurangan tertentu dalam panggung berkenaan, kerusinya tetap penuh walaupun tiketnya yang paling murah adalah berkarga RM200.Aku masuk dan menonton saja kerana tiketnya dibelanja oleh seorang rakan. Panggung Her Majesty ini tempat duduknya muat-muat saja dan tidak bebas bergerak. Kebetulannya di hadapan aku ada satu famili 'besar' seramai lima orang membuatkan aku tak senang duduk untuk mendapatkan view terbaik ketika menonton.

Ehh banyak songeh pula kan, sudahlah tiket percuma, mengomel pula. Ok selain tempat duduk sempit, ia bertingkat seperti mana Istana Budaya di Kuala Lumpur. Dengan pencahayaan lampu yang malap, aku sleepy untuk menikmati Phantom yang penuh dengan aksi menarik sebenarnya yang dibawakan oleh watak-watak utama, Phantom dan buah hatinya bernama Christie. Banyak aspek yang ditumpu sepanjang menikmati teater klasik itu tetapi paling menarik perharik perhatian adalah set teater itu sendiri yang mengambil latar ruang seakan penjara kerana ada jeriji selain bilik yang memisahkan Chisti dan ruang lain. Tidak dinafikan kelebihan teater muzikal Inggeris, barangkali banyak dihiasi dengan ballet yang cantik dan Phantom turut mempunyai elemen berkenaan. Sayangnya aku tak boleh mengambil gambar kerana ia adalah peraturan panggung...sigh!
Panggung Her Majesty yang berusia lebih seratus tahun namun penuh setiap kali ada pementasan. Duduk dalam panggung lama ini buat aku sempat merayau kembali ke zaman Shakespeare...singgah di serambi di sebuah rumah bangsawan di Verona...
Nyanyian, tarian, dialog yang nyata dan suara soprano menguatkan legasi Phantom serta gerak geri yang kemas setiap watak menjadikan Phantom lebih diingati dari semasa ke semasa. Pada satu ketika, audiens seakan-akan berada di dalam cerita dan teknik berkenaan dan ia wajar diaplikasi di sini sekiranya ingin menyuntik kelainan. 
Nota: Kalau ada show 'main puteri' harus aku tak lepas peluang. Letaklah Man Kidal atau Hillary Ang  sekalipun, aku pilih main puteri. Tapi kalau Adele turun KL, ok donkie, aku pilih Adele.

14 comments:

  1. aku teringat pasal makyung yang kau bitau aku beberapa hari lalu. tapi tak tau pulak kau dah tengok. pergh, tak sound aku awal2 siot. teringin jugak tengok, tu pun kalau ada tiket free lebih la.

    kalau nak dibandingkan prestij makyong dengan seni panggung dari negara luar memang tak adil, sebab pengamatan mata minda kita semua terlalu subjektif. tapi makyong ni punya keaslian yang sejati berbanding cabang seni hiburan semasa di sini.

    ReplyDelete
  2. Laa..aku ingat ko tak minat. Aku menyelinap semalam...depa kata masuk jer so aku pun apa lagi. Aku release stress tengok joke makyung dan seperti arwah mak aku juga, tengok makyung ini macam satu terapi bagi aku. Walaupun show ni student yang perform, ia sudah cukup bagus sebab aku keluar dari panggung dengan kepala otak lapang sekejap..

    ReplyDelete
  3. secara jujur, benda ni bukanlah kegemaran aku. tapi kalau ada orang offer dan kebetulan ada kelapangan, nak jugak aku redah sama. sama macam coklat, walau pun aku tak addict tapi kadang-kala tetap jadi peneman masa drive.

    ReplyDelete
  4. benda ini memang fav aku, walaupun aku dah pernah tengok pementasan yang sama tahun lalu, tapi setiap pementasan adalah berbeza...dan setiap kali itu juga aku rasa release...dan yang sewaktu dengannya seperti wayang kulit, menora dan teater, memang aku layan...

    ReplyDelete
  5. lain kali roger aku dulu, free tak free tu balai cerita.

    ReplyDelete
  6. ahahaha...ok! ok beb..malam ni ada lagi show kalau ko nak menontonnya..

    ReplyDelete
  7. jam berapa? petang ni (sampai malam) aku ada di jalan TAR.

    ReplyDelete
  8. start jam 8.30 malam di panggung eksperimen Aswara..aku rasa tiketnya RM10.

    ReplyDelete
  9. abang tak berapa into dgn teater ni. tapi kalau gig, insyaalah

    haha

    ReplyDelete
  10. bang Zam, kalau gig aku pulak tak into...jauh tu beza usia kita...hahaha aku tahap mak-mak la kot abg zam...ye lah kebanyakannya org tua je yg minat makyung, menora dan main puteri ni..

    ReplyDelete
  11. hehehe.. aku po akan pilih adele :)

    *aku tak pernah gi tgk teather..

    ReplyDelete
  12. Nong Andy,
    Aku memang suka theater klasik. Jadinya kalau bersekesempatan aku tak akan lepas peluang untuk menonton makyung, wayang kulit, dikir barat etc..

    ReplyDelete
  13. sy tak pernah tgk sume jenis teater.. sob2x..

    ReplyDelete
  14. HaniAsyira,
    Meh la ikut saya kalau nak tengok teater dan show klasik ini...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...