Ada orang kata mengenang yang lama adalah membuang masa dan seperti kita tidak dapat menerima kenyataan, tapi bagi aku mengenang yang lama adalah sebahagian daripada proses hidup. Mengenang yang lama bererti memperbaik diri, mengambil iktibar dan menyimpan kenangan itu sebagai khazanah hidup yang akan diingat sampai akhir hayat. Setiap ingatan itu ada sebab dan musabab kenapa ia berlaku dan dua tiga hari ini, aku mengenang akan dia...dia yang sentiasa dalam kenangan..
Hari ini, enam tahu lalu. Prof Zainul kata aku kena buat operation untuk membuang tumor itu. Kalau tak ia akan membesar dan jadi seperti parasite, menghisap darah sedikit demi sedikit. Aku tiada pilihan, membiarkan bererti menderma darah kepada parasite dan membuangnya pula bererti aku kena bermalam di wad selama dua hari..masa makin suntuk sebenarnya..
Sambil aku kemas baju dua tiga helai untuk dibawa ke hospital, ada call masuk:
"Jadi masuk wad hari ni?"
"Jadi, kejap lagi orang pergi..pukul 2 kena ada sana dah..."
"Sapa hantar?"
"Pergi sendiri. Teksi banyak...tak apalah..dia macam mana?"
"Macam tu juga, tapi dia boleh bangun. Pagi tadi dia bangun sapu sampah.."
"Suruh dia makan ubat. Esok atau lusa, orang balik."
"Tak apalah, kalau esok luka belum sembuh. Saja nak bagi tahu..."
"Ok, minta dia berehat ya. Nanti orang bagi tahu kakak. Biar kakak balik dulu.."
"Ok. Katanya kalau balik boleh makan rambutan, mangga dan pisang. Semua sedang lebat di pokok..."
"Orang nak balik, tapi lepas operation ni..."
Klik...
Nota: Kalaulah aku tahu...
f*cking first!!!
ReplyDeleteya, kalau kau tahu. tapi `ketidaktahuan' kau tu pun ada hikmahnya. mungkin supaya kau lebih kuat.
ReplyDeleteKo fucking first ke, parking first ke..aku x de hadiah nak bagi weii...ya 'kalau' itu akan sentiasa ada dalam kamus hidup aku, ko dan sesiapa saja selagi bernama manusia...
ReplyDelete...dan aku bersyukur yang aku mempunyai `kalau'. serta aku tak tau apa akan berlaku. manyak syok wo...
ReplyDeletedalam hidup kita sentiasa ada perkataan 'KALAU'.
ReplyDeletecth:
kalau tercucuk dan mata buta kita akan cakap ,itu kena mata kalau putus kepala?
kalau mati kita akan cakap nasib baik mati..kalau hidup mesti lagi tersiksa
SM,
ReplyDeleteAda pernah ada orang kata 'kalau' hidup dengan kalau, tak payahlah ada hidup...ini kerana kalau itu adalah satu konsep dalam bahasa untuk menyedarkan kita akan pilihan yang Tuhan bagi...
Irfa,
Kalau itu akan sentiasa memberikan kita pilihan kan...kalau saya tak berblog tentu saya tak kenal Irfa, kakak, abam dan kenit tu..hehe..Jom balik KB, nok caghi etok...:)
ya, pada aku pulak hidup ini perlu adanya `kalau'. supaya setiap pilihan yang kita ambil tu kita kaji terlebih dahulu. contoh ayat : kalau aku langgar mamat motor buruk tu agak-agak anak bini dia nangis tak bila dia mati. tapi untuk perkara yang dah terjadi, `kalau' tu penting supaya kita menyedari kesilapan diri. contoh ayat lagi : kalau la aku slow sikit bawak kereta tadi, takde la air lopak tu terpercik kat motor tu. kesian budak kecik yang duduk kat bakul tu dah basah. (pagi ini mood aku adalah : fuck driver kurang ajar!)
ReplyDeleteAku rasa 'kalau' cuaca elok dan tak hujan, musti mood ko ok kan...kalau hujan pun, kau akan lebih berhati2 di jalan raya...kalaulah ko ni Super Man...hahaha...
ReplyDeletekita bukan malaikat. kita takda kuasa. kita bukan syapa syapa
ReplyDeleteseronok rupanya hidup berkalau ni. baru la ada graf turun naik, tak statik sangat sebab ada banyak perkara yang sukar diramal!
ReplyDeleteAda pelbagai tafsiran utk "kalau" itu, kan dik.
ReplyDeleteRasa sayu baca kisah hari ni..
yaa.. tak salah masih mengenang yang lama..sometimes aku selalu mengenag kisah lama walau ia pahit macam mana sekalipun. Kisah lama itu mengajar aku. =)
ReplyDelete* harap kau baik-baik sahaja. Teruskan kuat untuk diri kau dan juga aorang yang kau sayangi... =)
p/s--- I love u.. =)
Kalaulah kalau tu boleh kak...
ReplyDelete=(
salam LW
ReplyDeletememang utk menjadi "dewasa" dalam kehidupan, kita mesti menoleh ke belakang utk kita ambil iktibar dan pengajaran darinya krn sesuatu yg berlaku ada hikmahnya , sesuatu yg telah berlaku yg buruk kita jadikan sempadan manakala yg baik kita jadikan teladan
yg indah pasti akan kita kenang manakala yg pahit pula akan mendewasakan kita dalam menempuh kehidupan
insyallah
Abang Zam,
ReplyDeleteYa..kita bukan syapa2 pun di dunia ini, x lebih dari hambaNya yg kerdil..kalau kita mengetahui apa yang akan berlaku, tiadalah kita bertemu di sini...
SM,
Ye lah..kalau graf statik, monotonous pun x best juga..kena ada nada soprano sikit...baru mengancam hidup ini..
Kak Dinas,
ReplyDeleteYa..luas makna dan pengertiannya 'kalau' itu...Dan ia juga adalah kata untuk mengubat hati...
Reenapple,
Aku rasa kau pun tahu kan...kalaulah aku tahu semua ini akan berlaku ..aku manfaatkan masa yang sedikit itu sebaik mungkin..luv u too..tc!
Mommyfara,
Kalau hari ini membawa rasa tenang..akak sanggup...
Salam Bapak @ Rezeki
ReplyDeleteSaya akan ingat kata2 bapak ini...ia suatu azimat kata yg baik untuk menjadikan diri redha dgn apa yg berlaku ...saya simpan masa lalu, raikan masa kini dan bersiap untuk masa depan...
Dan pahit serta manis itu perlu dalam hidup kalau mahu jadi manusia tabah kan...
cuba kau bayangkan `kalau' tu datang berturutan, pasti akan lebih `memantul' lagi!
ReplyDelete'kalau' ni kalaulah boleh berlaku, kita tiada apa untuk dikeluhkan, untuk diusahakan, untuk dikenang.
ReplyDeleteharap LW baik-baik saja :)
SM,
ReplyDeleteTak boleh aku nak bayangkan 'kalau' ia datang berturut2, maunya aku tumbang terus...
Hiedayahrosli,
Kita sentiasa mahu 'kalau' itu ada dalam kehidupan kerana kita tidak tahu apa dihadapan walaupun sesaat dua lagi...
Harap awak juga baik2 saja ya...tc!
kalaulah kita tau,segalahnya lebih senang...
ReplyDeleteanyway,ur back!miss u! :D
how r u?
Aku ulang sekali lagi baca.. dan lagi... dan lagi.. dan tiba-tiba ada airmata yang bergenang..
ReplyDeleteada rasa ngilu menjalar ke lubuk hati saat membaca.. kalaulah aku tahu....
I should guess something bad had happened to that 'person' when you were warded? So sorry for u..be strong LW..
ReplyDelete...you have your buddies here!
ReplyDeleteMr Clive,
ReplyDeleteYeahhh kalaulah kita tahu, semuanya akan jadi senang tapi tak bestlah hidup kalau tiada pasang surut..
Err..I'm back! Blogging is begins...jeng jeng jeng..! Hihi...
Well my day is doing good..what abt you? Busy blogging?
Nong Andy,
ReplyDeleteItu adalah kenang-kenangan sepanjang hayat aku...Akan sentiasa dikenang.. Dia ialah 'kispen' aku yang paling hebat dan tiada tandingan...ngilu itu akan lebih dirasai apabila membaca ending kispen itu kelak...
All Along the Way,
ReplyDeleteThanks for your support..I know I can..all this while I do caring the sadness...and I will..
SM,
...u know..much appreciate! Really...
koya... hahaha!!!
ReplyDeleteKo la koya...aku tak! Ahahaha....
ReplyDeletekau tau koya tu apa?
ReplyDeleteTahu...
ReplyDeletekalau la aku tau apa yang kau tau...
ReplyDeleteKalau kau tahu apa yg aku tahu, musti kau tak akan mahu tahu...
ReplyDeletekalau begitu, aku terpaksa nak tau...
ReplyDeletesiapa yg masuk wad sebenarnya nie
ReplyDeleteSM,
ReplyDeletei rest my case...tutup kedai...kau tahu atau tidak, tak de masalah...
Telor Power,
Bro, aku lah yang masuk wad...lama eh tenggelam, lu pi menyelam kat mana bro?
jaga kesihatan. lawan penyakit tu...okay
ReplyDeletebz ngan kerja tiba2 tak menentu. hadoo
Ok thanks..la ni cuma buat follow up je to make sure ia dah tak menyerang aku lagi..
ReplyDelete